Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 15 Disember 2012

Tanpa Nama Berkata

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
   
       Baru ada entry baru Pesona blog. Blog lain dah ke hadapan dan bertubi-tubi entry menebuk jendela maya, dan ribuan orang sana yang melihat membaca dan manfaatkan apa2 yang baik di blog kita. Setinggi2 tahniah kepada teman blogger yang TIDAK PERNAH KEKERINGAN IDEA untuk dipersembahkan di Jendela Maya. Kalau mahu berinfo, memang apa2 saja pun kita boleh sumbat di wall blog kita, cuma apa rasionalnya, apa faedahnya jika orang yang nak datang bagaikan tak lalu nanti melihat jauh sekali membaca blog kita akibat sesuka hati tanpa garis panduan membuat entry ke blog. Maka sebab itu kita ada disiplin sebagai blogger sampingan yang tidak mengharap imbuhan bayaran apa2 pun.
Alamak bermadah2 pula intro saya. Bukan apa nak sedapkan hati sendiri. Harap ada mesej intro saya tu. Ada hari tu dalam ruang komen blog Pesona ( Tanpa Nama ) berkata, bertubi2 komen dia kat blog Pesona. Mohon maaf ya, tak saya publishkan komen dia. Sebenarnya bagus juga komen dia. Cuma dalam Bahasa Inggeris, faham jugalah tetapi, rasanya blog Pesona sekadar dairi catatan diri saya dalam menyelusuri kehidupan ini. Saya ingat komen Tanpa Nama, katanya :-
  1. " Saya cadangkan gunakan blog awak untuk menjana kewangan" 
  2. " Blog awak nampak ramai pengunjung, kesempatan untuk wangkan blog anda" Selain itu ada juga kata 
  3. " Untuk apa semua gambar yang sangat menarik di blog awak, adalah lebih baik disamping berblog awak usahakan agar blog awak dijadikan jalan untuk mendapatkan  wang"
Siapa tak nak wang, nak juga sebenarnya. Kan ada kawan2 blog yang dapat cek dari sumber tertentu dengan adanya blog mereka. Cuma, saya saja yang tak faham dan tak tahu apa ilmu agar blog memberikan pulangan kewangan biarpun sedikit. Saya berfiikir semula nawitu saya untuk berblog, maka saya tak kisah kalaupun blog saya tak ada apa2 wang masuk poket saya setiap kali ada entry baru saya. Setinggi2 tahniah kepada mereka yang bila berblog dapat pulangan wang, dan pastinya bukan lagi perkara baru ada kini yang bergelar JUTAWAN hanya menggunakan blog sebagai punca perniagaannya. 

Beginilah, dengan tidak mempersoalkan siapa itu Tanpa Nama maka saya nak katakan bahawa:-
  1. Sejak kecil saya suka membaca dan menulis sajak dan cerita. Serta memang suka sangat pada gambar2.
  2. Kini kesinambungan hobi itu saya bina blog sekadar catatan maya sendiri dan untuk kenangan anak2 saya.
  3. Suka berinformasi dan mencari info kerana kini zaman ICT internet.Semuanya di hujung jari.Kalau ada yang suka blog Pesona silakan membaca dan saya nak ucapkan SYUKUR.
  4. Tiada niat nak menjana kewangan melalui pelaburan mana2. Tak tahu dan tak reti nak buat wang di internet.Bukan rezeki saya lah tu.
  5. Sekadar hendak mencari ukuhuwa maya, menjalin persahabatan diantara blogger lain. Sesungguhnya berbual dengan mereka melahirkan satu rasa kegembiraan kepadaku melebihi wang.
Maka di sini saya nak katakan bahawa, memang banyak blog seperti blog Pesona. Blog peribadi mereka dan mereka hanya berinformasi menyumbang berkarya untuk tatapan umum dan bukan mengharap imbalan kewangan.Assalamualaikum...
@hakcipta etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

7 Pesona Kata Hati Mereka: