- " Saya cadangkan gunakan blog awak untuk menjana kewangan"
- " Blog awak nampak ramai pengunjung, kesempatan untuk wangkan blog anda" Selain itu ada juga kata
- " Untuk apa semua gambar yang sangat menarik di blog awak, adalah lebih baik disamping berblog awak usahakan agar blog awak dijadikan jalan untuk mendapatkan wang"
Siapa tak nak wang, nak juga sebenarnya. Kan ada kawan2 blog yang dapat cek dari sumber tertentu dengan adanya blog mereka. Cuma, saya saja yang tak faham dan tak tahu apa ilmu agar blog memberikan pulangan kewangan biarpun sedikit. Saya berfiikir semula nawitu saya untuk berblog, maka saya tak kisah kalaupun blog saya tak ada apa2 wang masuk poket saya setiap kali ada entry baru saya. Setinggi2 tahniah kepada mereka yang bila berblog dapat pulangan wang, dan pastinya bukan lagi perkara baru ada kini yang bergelar JUTAWAN hanya menggunakan blog sebagai punca perniagaannya.
Beginilah, dengan tidak mempersoalkan siapa itu Tanpa Nama maka saya nak katakan bahawa:-
- Sejak kecil saya suka membaca dan menulis sajak dan cerita. Serta memang suka sangat pada gambar2.
- Kini kesinambungan hobi itu saya bina blog sekadar catatan maya sendiri dan untuk kenangan anak2 saya.
- Suka berinformasi dan mencari info kerana kini zaman ICT internet.Semuanya di hujung jari.Kalau ada yang suka blog Pesona silakan membaca dan saya nak ucapkan SYUKUR.
- Tiada niat nak menjana kewangan melalui pelaburan mana2. Tak tahu dan tak reti nak buat wang di internet.Bukan rezeki saya lah tu.
- Sekadar hendak mencari ukuhuwa maya, menjalin persahabatan diantara blogger lain. Sesungguhnya berbual dengan mereka melahirkan satu rasa kegembiraan kepadaku melebihi wang.
Maka di sini saya nak katakan bahawa, memang banyak blog seperti blog Pesona. Blog peribadi mereka dan mereka hanya berinformasi menyumbang berkarya untuk tatapan umum dan bukan mengharap imbalan kewangan.Assalamualaikum...
@hakcipta etuza.
7 Pesona Kata Hati Mereka:
Minta maaf lah ya Tanpa Nama. Terima kasih kunjungan awak ke blog Pesona.
bagaimana nak ke web site dia tak ada pun http...
harap maaf sangat2.
Nawaitu seseorang blogger bkn semua sama kan Cikgu..
terpulang pd diri sendiri. masing2 ada tujuan utk berblog kan cikgu.
nice info cik gu :)
betul kata kak M..
naiwaitu semua org tak sama..
betul tue..nawaitu tue yg penting....
kadang-kadang mcm spam...autogenerate kot..selalu saya dpt mesej mcm tu dari anon..
Catat Ulasan