Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 14 Disember 2012

Pesona Cempedak Crepe

Fisrtly : Nak Ucapkan Terima Kasih Bunga Hati blog~ TQVM ~ Mama Arina. Cantik dah header.

Buah cempedak dekat rumah telahpun mulai meranumkan diri, satu persatu masak dan musim ini buah cempedak tersebut tidak banyak yang rosak akibat serangga perosak. Ipar dari Taman Jutaya, Keningau juga telah datang ke rumah dan kami titipkan dia buah cempedak  untuk  buah tangannya balik ke rumah. Kalau banyak buah yang masak boleh saja, silakan bawa banyak2 pulang ke rumah . Boleh buat CEMPEDAK CREPE.

Nampak tak juadah di gambar. Ha akhirnya menjadi, etuza dan mama buat hari ini, lepas dihidangkan kami seisi keluarga makan kuih cempedak  crepe ni dengan air susu nesprey + milo. Sedapnya terasa...anak2 etuza juga FIRST TIME makan ni. Agak ketinggalankan. 

Pesona Cempedak Crepe Etuza ( tengok resipi juga~ resipi mama yang pilih)

Bahan A ~2 gelas tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 biji telur
1, 2 gelas santan kelapa
setengah sudu teh garam
1 sudu teh vanilla esen
cara ~ Gaulkan semua hingga nampak cantik struktur
tepung tersebut, ( agak2 cair ~ jangan pekat sangat)
ketepikan.
Bahan B ~ 100ml krim susu
Cempedak secukupnya buang biji dan siat2kan.
setengah gelas tepung kastad
susu cair ( agak2 secukupnya)
gula castor,2 biji kuning telur
1 sudu besar butter
setengah sudu teh vanilla esen.
secubit garam.
Cara~ Gaul kan semua bahan dan kalau dah sejuk
bolehlah mula letekkan ke crepe tersebut
lipat kemas dalam bentuk 4 segi.
Kalau nak makan terus boleh tapi lebih sedap
jika dinginkan dahulu dalam peti ais.
( krim etuza kurang menjadi ~ namun tetap sodap )
selamat mencuba 
@Hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

28 Pesona Kata Hati Mereka: