Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 13 Disember 2012

Header Pesona Blog

Header ini ~ Mama Arina 
yang buat ~ Terlalu menghargainya.
Aku takkan tukar untuk masa terdekat ~
Kalau dapat mahu kekal kan tapi~
Boleh kah aku dapat yang asal.
Semoga Mama Arina dapat membaca
kesedihan pemilik Pesona Blog.
Untuk itu diucapkan terima kasih~
Syukran...

PESONA
Header kini nampak kecil...
     13hb 12.2012 ~ Khamis Tarikh inilah hadir terdetik hendak mengubah bentuk tamplate   blog Pesona Etuza, bukan kerana di desak oleh siapa-siapa tetapi terasa ingin membuat kelainan agar blog Pesona itu akan menjadi lebih ringan dan nampak kemas berbanding sebelumnya. 
 
 Aku melihat terlalu banyak blog yang sangat cantik dan aku memang cemburu melihat blog mereka sama ada blog pemiliknya wanita atau lelaki. Siapa tak cemburu, blog mereka wow! sangat cantik dan ceria serta ribuan pengunjung dan follower mereka. 

Tapi cemburuku bukanlah sampai tahap merosakkan blog mereka dan siapa-siapa tetapi sebaliknya aku cuba belajar membuat blog Pesona juga kelihatan cantik. Hemmm! tak kan pernah cantik blog Pesona ni, kerana ilmu blog aku cetek sangat malah blog Pesona menjadi kini rosak. Ha! header Pesona dah rosak selepas copy paste kod baru untuk 3 kolum tamplate baru ini.

Kenapa aku suka header ini?
  1. Aku  nampak cantik dan kelihatan Islamik header ini.
  2. Aku memang suka tengok masjid, naskah al quran, yakin Allah itu hanya 1 dan Nabi Muhammad itu nabi akhir zaman. Aku tengok ada semua itu dalam header ini.
  3. Cantik sangat ~ kreatifnya.
  4. Aku sangat menghargai pemberian rakan blog maya. Terima kasih Mama Arina.
Kepada sesiapa yang baru terjah blog etuza ni, jangan lupa klik blog  yang dimiliki oleh orang hebat iaitu Arina S.
(Klik gambar) 
@hakcipta etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

28 Pesona Kata Hati Mereka: