Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 6 April 2012

Kembara Iman Melihat Kebesaran Tuhan / Kongsi Sajian Mudah Pesona Etuza



Syukur ke hadratNya kita dikurniakan hari Jumaat yang mulia hari ini. Satu perkara yang selalu kita lakukan ketika senggang cuti ialah kita pasti akan membaca pada bahan bacaan yang kita suka. Antara bahan bacaan yang terbaik masa sekarang ialah Solusi. Kepada yang meminati bacaan keagamaan dan suka menyuburkan jiwa dengan tazkirah2, ilmu agama inilah majalah yang saya syorkan ( Solusi ) sesuai untuk semua peringkat umur anda.

Maka hari ini tertarik hendak kongsikan apa yang di dalam Solusi muka surat 65 artikal yang dikarang oleh Dato'Hj.Muhammad Zakaria. Tajuk Kembara Iman Melihat Kebesaran Tuhan. Tidak kira dekat atau jauh tempat kita pergi itu  namanya kembara dan kembara kita itu biarlah diisi dengan niat untuk melihat kebesaran Tuhan yang mencoiptakan segala-galanya. Kalau melihat sesuatu yang indah lalu lupa dan lalai siapa penciptanya itu alangkah rugi hidupnya. Walaupun bangunan cantik mencakar langit yang kita lihat semua itu terjadi akibat adanya sumber alam semulajadi yang Allah ciptakan lalu kita manusia hanya merancang dan mencipta sesuatu atas izinNya juga. 

Menurut Dato'Hj. Muhammad Zakaria, kewangan menjadi kekangan untuk mengembara dan bagaimana?
1. Mulakan pengembaraan ( melawat) ke tempat-tempat di negara sendiri, dan pilih lokasi yang dekat.
2. Bermalam di hotel kos rendah
3.Tidak menaiki teksi, sebaliknya naik bas atau kereta api
3. Jika ada pilihan, jangan makan di hotel
4. Jangan membeli-belah kecuali beberapa cenderahatisahaja sebagai kenang-kenangan.
5.Apabila ada kesempatan masa dan perbelanjaan yang lebih, barulah melangkah ke luar negara.

Beliau menambah lagi dengan mengsyorkan agar mengembaralah ketika usia muda, kerana:-
1. Lebih awal sedar akan keinginan dan potensi diri.
2.Belum banyak komitmen.
3.Lebih bebas.
4. Mempunyai tenaga yang banyak.
5.Belum berkahwin dan mempunyai anak.
6.belum terikat untuk mengurus aset seperti syarikat,tanah, bangunan dan kereta.
7. Boleh mengembara lebih kerap dan jauh.

Inilah antara pendapat Tuan Haji Muhammad Zakariah di majalah Solusi  keluaran 42 yang berkonsepkan motivasi dan fardu ain. 

kek hari lahir anak ke -3


resepi ayam masak kari berkuah ( etuza )

sajian kegemaran anak ke -7
ha inilah selalu dia minta....

minta mahhhaf sangat2 kalau ada juga yang terliur
sajian ini walau kami nun di Pedalaman Sabah ya.
kita tengok2 untuk melihat hebatnya anugerahNya.
Wasalam
Terbit di hati etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

12 Pesona Kata Hati Mereka: