Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 6 April 2012

Kembara Iman Melihat Kebesaran Tuhan / Kongsi Sajian Mudah Pesona Etuza



Syukur ke hadratNya kita dikurniakan hari Jumaat yang mulia hari ini. Satu perkara yang selalu kita lakukan ketika senggang cuti ialah kita pasti akan membaca pada bahan bacaan yang kita suka. Antara bahan bacaan yang terbaik masa sekarang ialah Solusi. Kepada yang meminati bacaan keagamaan dan suka menyuburkan jiwa dengan tazkirah2, ilmu agama inilah majalah yang saya syorkan ( Solusi ) sesuai untuk semua peringkat umur anda.

Maka hari ini tertarik hendak kongsikan apa yang di dalam Solusi muka surat 65 artikal yang dikarang oleh Dato'Hj.Muhammad Zakaria. Tajuk Kembara Iman Melihat Kebesaran Tuhan. Tidak kira dekat atau jauh tempat kita pergi itu  namanya kembara dan kembara kita itu biarlah diisi dengan niat untuk melihat kebesaran Tuhan yang mencoiptakan segala-galanya. Kalau melihat sesuatu yang indah lalu lupa dan lalai siapa penciptanya itu alangkah rugi hidupnya. Walaupun bangunan cantik mencakar langit yang kita lihat semua itu terjadi akibat adanya sumber alam semulajadi yang Allah ciptakan lalu kita manusia hanya merancang dan mencipta sesuatu atas izinNya juga. 

Menurut Dato'Hj. Muhammad Zakaria, kewangan menjadi kekangan untuk mengembara dan bagaimana?
1. Mulakan pengembaraan ( melawat) ke tempat-tempat di negara sendiri, dan pilih lokasi yang dekat.
2. Bermalam di hotel kos rendah
3.Tidak menaiki teksi, sebaliknya naik bas atau kereta api
3. Jika ada pilihan, jangan makan di hotel
4. Jangan membeli-belah kecuali beberapa cenderahatisahaja sebagai kenang-kenangan.
5.Apabila ada kesempatan masa dan perbelanjaan yang lebih, barulah melangkah ke luar negara.

Beliau menambah lagi dengan mengsyorkan agar mengembaralah ketika usia muda, kerana:-
1. Lebih awal sedar akan keinginan dan potensi diri.
2.Belum banyak komitmen.
3.Lebih bebas.
4. Mempunyai tenaga yang banyak.
5.Belum berkahwin dan mempunyai anak.
6.belum terikat untuk mengurus aset seperti syarikat,tanah, bangunan dan kereta.
7. Boleh mengembara lebih kerap dan jauh.

Inilah antara pendapat Tuan Haji Muhammad Zakariah di majalah Solusi  keluaran 42 yang berkonsepkan motivasi dan fardu ain. 

kek hari lahir anak ke -3


resepi ayam masak kari berkuah ( etuza )

sajian kegemaran anak ke -7
ha inilah selalu dia minta....

minta mahhhaf sangat2 kalau ada juga yang terliur
sajian ini walau kami nun di Pedalaman Sabah ya.
kita tengok2 untuk melihat hebatnya anugerahNya.
Wasalam
Terbit di hati etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

12 Pesona Kata Hati Mereka:

dieyna berkata...

suka mengembara tetapi bnyk kkgn huhu

9n0L4 berkata...

mmg terliur niiiii. lapor tgk mknn. belum sarapan lagi ni. ;)

mbb berkata...

wah...nasi goreng pataya. Lapar...lapar...

Saya pun suka mengembara. Jalan-jalan di tempat orang. Tapi bnyk sgt kekangan. Tym family bcuti, sy masi di KL. Exam.Presentation.Lagipun, susah skit mo kuar sbb anak perempuan kan. Family x bg jln sllu. Kalo p pun, mesti berteman. :)

~ jauh mengembara, luas pandangan. :)

Cik Ai berkata...

Haishh...sdp je nmpk ns grg pataya tu =p

insan_marhaen berkata...

Solusi memang banyak mengenengahkan isu2 yang dapat mberi manfaat...x rugi beli dan baca byk ilmu di dlmnya...setiap bulan c'jai akn dapatkn nye... :-)

Miss N™ berkata...

sedapnye kek..! terliur lak tgk makanan.. tiba2 perut berbunyi..hehehe

lelamaisara berkata...

Baru berkesempatan singgah sini...

Memang terliur...Huu...sedap aje nampaknye...

Unknown berkata...

Terima kasaih drop komen ya.
To : Mastinah, betul tu, kena berhati2 selalu.

To: C'Jai, sama saya mesti nak solusi ..kualiti untuk membina rasa kekurangan diri di depanNya.
to Dieyna: Ada rasa sangat bangga dapat melihat keindahan alam ciptaanNya. Memang banyak kekangan..

M@W@R Q@SeH berkata...

org kata jauh perjalanan luas pemandangan...
lamanya x mkn nasi goreng pataya...

JR berkata...

Antara pengembaraan saya yg paling menarik ialah kembara di sepanjang Sungai Pahang dari Temerloh Pahang hingga ke Taman Negara dan kemudian ke sempadan Terengganu dgn menaiki bot. Pengalaman yg paling seronok bila melalui satu jeram, bot terbalik, semuanya basah kuyup!

Unknown berkata...

JR, pasti mendapat pengalaman melihat tempat orang lain..keindahan alam semulajadi yg mengkagumkan. Tahniah

Arina Shamsul berkata...

saya memang suka mengembara cigu,tetapi tengok juga kewangan,jika mengizinkan..alhamdulillah dapatkah melihat bumi Allah Yang indah ini :)


saya rindu dengan makanan sabah,terutamnya mee goreng ayam dan rojak ayam sabah.. :)lama tidak makan.