السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Pemandangan Panorama Alam Bunang Sook, Keningau Sabah 2012.
Aku bangga lahir di Pedalaman Sabah
Kerana memang takdir dan kudratku di sini
Meskipun jauh dari hiruk pikuk kota mitropolitan
Yang penuh dengan kerakusan nafsu nafsi sesetengah manusia
Lihatlah keindahan flora dan fuananya
Sungguh terlalu indah, laksana samudera lukisan
Nukilan sang pencipta segala cekrawala..
Sayang yang jejari mampu ialah
Membinasakan rona keindahan alam
Yang dia ciptakan..
Jejariku tergolong kakiku yang memijak
Ego jariku, shrap kakiku tanpa rasa
Menebang, meracuni dan membakar flora alam
Lihat merah tanah tandus dan gersang
Dek hentaman jejari dan kegagahan langkah kaki
Untuk apa!!!!
Mencari rezeki halal, mencari identiti diri
Sebagai anak jati Pedalaman Sabah..
Untuk apa!!!
Ada izinNya..katanya
Bertebaranlah kamu untuk mencari rezeki
Di bumi ku ini dengan caramu sendiri..
Inilah hakikat bumi menzahirkan butiran
Nikmat khazana bumiMu
Demi taqwa menuju bahagia di dunia dan di akhirat
Sebagai kuasa...
Penerusan hayat generasi mendatang..
Yang sampai waktunya akan ku tinggalkan jua.
Suara dikelam malam, etuza.
6 Pesona Kata Hati Mereka:
Panorama alam yg indah di Keningau bila nature nya belum banyak terusik, tak spt kota2 besar hanya di kelilingi oleh hutan batu yg menyesakkan nafas...
salam
selamat pagi cikgu...
mmg keindahan alam,bunyi2an unggas..sejuk air perigi...begitu mendamaikan...yg tinggal di kota besar pun akan cari 'hutan' jugak utk menenangkan jiwa...
anak ke2 saya,asyik tanya..mak,bila kita nak ke Kundasang..?:)
teringin jgk nak pergi sane. mesti byk tmpt yg cntik. hutan², jalan² kampung kan. ;)
tingin nya nk g sabah..x smp lg nih ke sana :)
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..
Dengarnya Sabah begitu indah...menyimpan hasrat untuk ke sana..
memang indah ciptaan-NYA.namun ada sesetengah manusia lupa untuk mensyukuri setiap pemberiannya.. sedih :(.
rindu dengan kampung kelahiran kota belud sabah.
mengenai pertanyaan cikgu tu,saya faham sikit2 bahasa dusun cikgu,tapi masih kekok untuk bercakap,sebab suami saya dusun ranau :)
Catat Ulasan