Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 2 April 2013

Lelaki Ini Berpesan Berdampinglah Dengan Sebotol Air

                               

Musim sekarang cuaca panas, baru mandi sudah terasa seperti berpeluh, kadangkala kita rasa tidak selesa. Berita dari TV 1 mengatakan bahawa ketika ini pergerakan Bumi kita dan Matahari bergerak selari  bererti bergerak seiring dan bertantangan, sebab itu kita rasakan bahang matahari itu panas dari siang hingga ke malam. Kajian ini turut disiarkan menerusi akhbar2 seperti berita harian dan para blogger lain di internet. 

Kawan-kawan sekerja juga kata, panas dan peluh agak melekit padahal masil awal pagi. Kepada semua masyarakat Malaysia, saya hendak berpesan banyakkan minum air pada masa ini serta dapatkan air minuman yang bersih dan dijamin memberikan kita kesihatan.

Untuk informasi lain, baru-baru ini saya ada mengikuti satu Ceramah Motivasi Kem Membaca Alaf 21. Penceramah itu menegaskan sangat agar semua pelajar mesti membawa SEBOTOL air mineral. Kerana air tersebut sangat baik untuk merangsang otak agar sentiasa berfikir secara positif. Dengan itu etuza nak syorkan sekali lagi berdampinglah dengan sebotol air walau kemana pergi, kerana amat memberi manfaat kepada kita.

Info meminum air mineral :-
1. Mengurangkan rasa kering tekak dan kekurangan air dalam badan
2. Menjadikan otak seseorang itu berfungsi dengan baik
3. Menjadikan seseorang itu lebih bertenaga
4. Membolehkan seseorang itu kuat dan bergerak aktif
5. Boleh menjadikan fikiran ( mental )kita sihat dan kreatif
6. Lebih cepat memahami isi pelajaran di dalam kelas
7. Kita lebih cergas dan lebih yakin 
8. Membolehkan saraf darah mengalirkan darah ke otak dengan baik
9. Kuat dan jauh dari jangkitan penyakit
10. Air itu lebih berfungsi membersihkan buah pinggang dan kita lawas.

Oleh yang demikian mulai hari ini, marilah kita sering berdamping dengan sebotol air mineral walau ke mana hendak pergi, kerana kuasa air itu sangat diperlukan oleh tubuh badan kita serta otak yang kita gunakan untuk berfikir sehari-hari terutama masyarakat pelajar di Malaysia.
@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

23 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

minum air putih/kosong...sebanyak mana pun takpe..jgn terlebih minum minuman yg manis pulak..

Amin A. R berkata...

Saya memang hari2 bawak air masak ke tempat kerja....memang panas dan kerap dahaga...

Unknown berkata...

nice sharing
aah...memang terasa kekeringan n suhu yg panas di siang n malam hari
mineral minuman terbaik..byk khasiat

ewanthology berkata...

saya pun sekarang sedang rajinkan diri minum air masak sebab batuk

maszull berkata...

assalamualaikum ....betul tu kena minum banyak air dalam cuaca panas ni...:)

ANIM berkata...

botol air sentiasa mendampingi saya. kalau trperangkap dalam jammed...minum air, boleh cool perasaan..

Unknown berkata...

azie singgah sini...
memang betul pun...cuaca sekarang lain mcm...panas sungguhkan..jadi utk itu kene minum air lah kan..hehehe

berdamping sebotol air seperti org cina kan...pergi mana2 mereka pasti akan bawa air tak kira lah besar ke kecil botolnya..

Bin Muhammad berkata...

Salam,
Betullah skrg ni panas luar biasa walaupun di sini sering hujan, tapi bahang panas masih terasa. Ramai yg mula demam dan batuk2...Panduan dari anda mamt berguna. Bykkan minum air, terutama air mineral.

Akupenghibur.com berkata...

wow nice sharing ..

Solehah Shamsuddin berkata...

Baik cikgu. Oleh kerana sekarang cuaca asyik panas saje, jadi air kena cukup diminum. nanti kalau xcukup air, sakit tekak. boleh bawak batuk.

Chic Na berkata...

selalu ada. lg2 skrg musim tgh panas terik kat sini. :)

Kancil 8349 berkata...

betul tu...malam pun terasa panas...kipas angin pun macam ndak berfungsi padahal dah tekan ke tahap maksimum...apapun terima kasih dengan nasihat nie

boni kacak berkata...

patutlah panas je sekarang ni.. ini sebabnya rupanya

Unknown berkata...

berdamping dgn sebotol air..bkn dgn mambang air ye cikgu...hihihi... gurau jek cikgu...mmg skng ni musim panas skng..tdo mlm pun terasa bahang... kalo kurang minum air mmg cpt la skt...

Mrs Velentine berkata...

saya mmg selalu akan bawa air mineral sebab saya ni jenis kuat minum air kosong

HeNRieTTa JoSe berkata...

btul tu...sangat panas sekarang nie...rietta pown ada bawak bekal air masak...

Nurul Says berkata...

iyalah saya pun x tahan panas..nak jemur kain pun rasarasa nak pakai spec hitam hu hu

NIA SI DRUMSTICK berkata...

kite asyik minum air kaler2 ni..cm mna..hahaha

Abang Karu berkata...

cuaca di tmpat saya x menentu....kdg hujan kdg panas....
kalau kena time panas...2 botol besar minirel pun x cukup huhuhuu

JR berkata...

Dari dulu JR sentiasa pastikan minum lebih dari 8 gelas air kosong sehari...sampai satu kali bila buat pemeriksaan mendapati badan JR terlebih air....ketika itu rasa lawak pulak..

Miss N™ berkata...

mmg lain macam cuaca sekrang ni...
taiping hari2 hujan..
tp tetap panas...

Si Matatajam berkata...

M pun mmg tak bleh berpisah ngan air ni...selang beberapa minit ja mesti nak minum air putih ni..

9n0L4 berkata...

haah cekgu. kat sini pun panasnye ya rabbi. musim agknye.