Pengikut fasa 5 ( Jumlah Pengikut 230 Blogger )
Pengikut fasa 4 guna template skin corner ( template sekarang )
Pengikut fasa 3 guna template skin coner ( template sekarang)
Pengikut fasa 2 masih guna template flickr gebu
Pengikut seawal berbogger ( guna template flickr)
Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.
Apa khabar anda semua, perhatikan wajah andakah anda termasuk di dalam lingkungan blogger di dalam pengikut EtuzaWarna-WarnaKehidupan yang telah mula membina blog pada Ogos 2009.
Hingga kini bertarikh 21.3.2010 genaplah 230 pengikut EWWK ini.
Kepada semua pengikut EWWK selamilah puisi tidak seindah ini, lambang kasih sayang dan penghargaanku pada anda semua. Berkunjung ziarah kemudian mengikuti EWWK merupakan satu ANUGERAH yang sangat ISTEMEWA untuk saya selaku blogger kerdil. Saya merasakan satu getar ilusi yang sangat indah rasanya, pada saya inilah NIKMAT lazatnya menjalinkan ukuhuwa di alam maya. Sesungguhnya kita bagaikan berjiran di alam maya, saling menyapa dengan kalimah SALAM ALIKA , kita bersama dalam menuju iman dan taqwa, walaupun hanya dengan kata bicara tetapi rasa ini sangat beharga bagi saya. Maka kerana itu saya mengandaikan bahawa kehadiran anda memberi warna dan rasa keindahan dalam kehidupanku.
Akhir sekali terimalah puisi kerdil dari EWWK.
Sesekali berpaut pada ilusi masa
Halus bak angin sekelip cuma
Terkial genggam erat takut ketinggalan
Aduhai terlepas juga akhirnya
Biarpun eratku genggam temali masa
Hanya kesan disisakan
Di danau hati
Siapalah aku
Dalam mengejar ilusi masa yang amat halus
Seketika tenggelam oleh ledakan
Mendung hitam nan pekat gelita
Tercungap dan lesu
Sebegitu kerdil mempertaruhkan
Etuza warna-warna kehidupan
Memberi, menerima, mengamalkan
Semua yang terbaik dari insan blogger
Bersahutan melagukan dakwah
Bak menghampar kerlipan bintang
Di angkasa nan bebas
Biar rimbun bintang bersinaran
Tetap muncul sinar bintang paling ungul
Merantingkan kalimah bicara bak butir mutiara
Menyuluh jiwa iman bercahaya
Dan yang pasti bintang unggul itu
Bukan Etuza Warna Kehidupan
Syukur kehadrat Ilahi
Sesekali memberi aku mengenggam
Temali masa..menyinggah
Bak mengetuk pintu laman para maulana maya
Mengukir lah keunikan wajah di kalbuku
Menghampar begitu menggamit rasa
Percayalah terlalu aku menghargai
Sukar kugambarkan ilusi rasa ini
Hanya sekadar ku katakan
Bahawa
Wajah dan tinta anda
Telah mewarnakan hari-hari
Etuza Warna Kehidupan..
10 Pesona Kata Hati Mereka:
salam
saya antara yg terawal mengikuti/mengenali etuza ya..
semoga ikatan ukhuwah berpanjangan..amin...
Terima kasih..
Kadang2 suka tengok para pengikut..lalu saya copy semua sekali nampak. Tahniah anda terawal.
owh..sy terlambat sket..fasa 2 ye?? nasib baik tak pasar 2, hehe..gurau!!
Apa maksud guna template flickr gebu?? huhu..mcm mana bro etuza tau gebu ke tak..haha..
Oh flickr putih gebu, temlate tu paparan putih saja pada ruang catatan dan sisi sdebar. Cantik tapi saya tersilap pilih template flickr yang tidak boleh letak ulasan atau komen. Itu yang cari template lain. Sekarang adalah mahir sikit2 bila tengok punyalah banyak template cantik2. Tak apalah malas tukar2 .
Oh ya ada award kan..tak tengok kah catatan lama tu rasanya blog anda terpilih award tu
Salam etuza, mengajar di Sabah ke? Orang semenanjung atau memang orang sana...?
Salam Etuza,
kak dalam fasa ke tiga.. semoga ikatan ukhwah antara blogger berkekalan.
Wasalam kpd Uhah & Werdah terima kasih, sudi membuat ulasan...Very nice blog..
To Uhah, saya memang bertugas di Sabah, di Daerah Keningau.
eh! nama uncle zulkbo ade dalam cerita hantu saya!!!!!!!!!!!!! tp minta maaflah watak yg saya kasi ni hiburan semata2 jgnlah plak menyumpah sy? sory2.... byk2.....
salam ziarah..
makin kerap pakcik berpuisi skRg..
nukilannya bagus2, kadang2 tak terduga maksud sebenar yG trsirat..
tinggi bahasanya =) TAHNIAH..
huhu..
sy antara yG da pertengahan mengenali pakcik kan..tapi rasa cam da lama je berukhwah,,erat di alam maya..m0ga berkekalan
Waslam azrai..
Hehe ....pcikpun kadang2 rasa payah nak cipta puisi atau sajak ni.Kalau tidak ada seni atau perasaan rasanya sukar nak buat kata-kata puisi tu.
Puisi pcik nipun lama pcik cari kata2nya..entahkan betul atau tak. Mesej pcik tu tentang masa, kemudian saya kaitkan dengan maklumat2 dari blog2 kawan2 yang sangat menarik..antara ada dalam link EWWK. Anda akn tahu blog mana yang tinggi dakwahnya...
Bagi saya mereka ini...punyai satu kekuatan iaitu semangat berdakwa yang sangat tinggi. Di iringi dengan keikhlasan dan kesabaran.
Harap dpt memahami maksud pcik.
Catat Ulasan