Perkahwinan antara kaum Adam dan Hawa itu merupakan sunah Nabi junjungan yakni Rasulullah S.A.W. Kepada lelaki yang sudah dewasa, cukup syarat dan mampu memberikan nafkah zahir batin kepada seorang wanita adalah dialu-alukan untuk mendirikan rumahtangga agar dapat mengelak dari melakukan kemaksiatan seperti zina.
Zaman dulu lain zaman sekarang lain, pemuda dan pemudi suka memilih sendiri calon untuk dijadikan suami atau calon isteri. Kalau dulu teguh dan bulat mengatakan bahawa " Perigi mencari timba" amat memalukan, terbalik pula masa sekarang kerana kata-kata itu tidak bernilai lagi kerana zaman sekarang berlaku wanita datang meminang atau melamar lelaki. Atau lebih jelas bahawa wanita yang memilih lelaki mana dijadikan suami. Namun keadaan seumpama ini bukanlah berlaku pada semua wanita tetapi adalah beberapa orang wanita melakukan situasi ini di negara kita. Tetapi di negara lain memang inilah keadaan yang kerap berlaku.
Wanita masa dahulu cukup menjaga maruah diri dan keluarga, mereka mempunyai budi dan kesantunan yang tinggi. Mempunyai perasaan malu yang tebal terhadap kaum lelaki. Sebab itu kita jarang mendengar berita atau melihat teruna dan dara berpimpinan tangan, berdua-duaan di tepi pantai atau di kebun bunga. Jauh sekali kita melihat keadaan lelaki dan perempuan melepak di khalayak ramai serta terang-terangan berdua-duaan di tempat terdedah. Jika keadaan ini berlaku ianya dianggap suatu yang sangat memalukan dan menconteng arang ke muka keluarga. Berlainan pula masa sekarang, diadakan pesta terutama musim Kasih Sayang ( valentine ) hari kasih sayang dengan memperagakan pasangan masing-masing. Mereka berpesta hingga akhirnya berlakulah kejadian yang melangar agama khususnya agama Allah ini. Keadaan rela diperlakukan sedemikian oleh kaum wanita semata-mata untuk membuktikan kasih sayang dan cinta kepada lelaki idaman atau keadaan itu berlaku apabila kedua-duanya hanyut dengan tidak sedarkan diri kerana bermabuk-mabukan sehingga larut malam. Sayang sekali apabila menyedari keadaan maruah telah di ragut menyesal kemudian tdak berguna. Sungguh menakutkan lagi apabila lelaki yang telah merampas maruah dan kesucian mahkota wanita itu tidak bertanggungjawab atas perbuatannya. Tamparan berlaku lagi kepada para wanita. Di sinilah keadaan kata-kata orang " habis madu sepah dibuang". Kasihan tidak berguna lagi.
Cinta masa kini, konon tidak bemakna jika tidak selalu berjumpa. Cinta sekarang adalah lebih bermotifkan nafsu serakah. Membuak di dada kerana terlalu tipis iman dan mengikut hasutan iblis laknatullah. Kata oarang cinta sekarang tidak indah jika tidak ada keadaan berkunjung - kunjungan ke rumah lelaki dan perempuan, kononnya untuk lebih kenal keluarga lelaki itu atau wanita itu. Tetapi apa yang berlaku selepas lebih kenal mengenali..mereka berjinak pula dengan perbuatan terkutuk yang sepatutnya di nikmati pada malam selepas di ijab kabulkan secara sah. Sayang sekali maruah tergadai dan cukup murahan. Ekoran dari perbuatan itu kes pembuangan bayi yang tidak berdosa terus berlaku. Kenapa tidak bertanggungjawab untuk menjaga bayi yang tidak tahu kenapa dia wujud ke dunia. Mengapa dua insan itu hanya tahu menikmati kenikmatan berasmara tetapi benih yang terhasil tidak dihiraukan, padahal anak itu adalah rezeki dan harta tidak ternilai kurnia Ilahi. Kepada pasangan yang bercinta dan cepat bertindak bertaubat mungkin akan menginsafi perbuatan dosa lalunya kemudian memohon ampun kepada Allah akan terselamat dari musibah lain. Nauzubillahi.
Menurut pembacaan saya pada satu laman di blogger bahawa, katanya pasangan yang berkahwin atas dasar cinta suci pada mulanya, kemudian saling merelakan serta mereka bagaikan pasangan suami isteri padahal belum berkahwin secara sah. Setelah mereka berkahwin dan mendirikan rumah tangga, nikmat perkahwinan itu mereka tidak mengalami lagi. Akhirnya nikmat kelazatan berkahwin dan berumahtangga itu langsung tidak dirasai kerana kenikmatan itu telah di cabut oleh Allah. Sayang sekali, jika keadaan ini berlarutan terhadap pasangan itu maka tidak hairanlah jika penceraian akan berlaku. Perpisahan akhirnya akan berlaku mengakibatkan ramai insan lain yang turut terluka. Inilah sinario cinta zaman sekarang. Keadaan ini agak kerap berlaku akibat situasi atau keadaan yang terlebih biasa sejak bercinta.
Berbalik kepada cinta masa dahulu, cinta dan kasih sayang berputik selepas mereka dikahwinkan atau dinikahkan oleh Tok Kadi. Kemesraan terjalin utuh kerana mereka baru berada dalam era saling mengenali hati budi masing-masing. Selain nikmat rumahtangga mereka yang bahagia, mereka juga akan dikurniakan zuriat yang solleh dan soleha. Suami kelihatan sangat bertanggungjawab terhadap isterinya. Tidak mustahil apabila kasih sayang terpupuk, maka kebahagiaan dan kegembiraan akan berterusan dalam keluarga sakinah ini. Rumahtangga mereka kemudian akan berkekalan sehingga bila-bila. Inilah nikmat rumahtangga yang sebenarnya. Kita mahukan kebahgiaan yang berpanjangan dan kekal hingga akhir zaman. Anak-anak yang lahir secara sah dan di redhi oleh semua umat manusia.
Terbukti dan kebanyakan yang kita lihat ibubapa dan datuk nenek kita begitu lama bertahan dalam membina rumahtangga mereka hasil dari cinta pertama yang berputik selepas dikahwinkan atas dasar pilihan keluarga. Perasaan cemburu mereka kurang tebal, mereka matang dalam hal urusan membentuk rumahtangga yang terbaik untuk mereka bersama. Antara dasar kerukunan rumahtangga mereka antaranya ialah lelaki yang menjadi suami itu mempunyai kepimpinan dan tanggungjawab penuh dan merasakan tanggungjawab mereka itu adalah amanah. Kukuh iman dengan ketaqwaan terhadap agama Allah dan sentiasa menjaga maruah dengan tidak bergaul bebas dengan kaum wanita. Mereka juga berkahwin pada usia yang matang dan dibenarkan oleh syariah. Berbanding sekarang ramai pasangan yang berkahwin berwalikan hakim akibat tidak cukup umur ketika berkahwin terutama calon isteri.
Memang jelas pada kita bahawa cinta dan alam perkahwinan zaman lampau sangat jauh berbeza di zaman kita sekarang. walaupun masih ada amalan berkahwin kerana pilihan keluarga masih berlaku sebenarnya masa sekarang tetapi masih boleh dikira. Berbanding perkahwianan atas dasar bercinta dahulu dan saling mengenali sangat jelas ketara masa kini. Malah lebih teruk lagi jika kita katakan keruntuhan akhlak para remaja masa kini sangat-sangat membimbangkan, ini kerana ramai dikalangan remaja mereka sudah biasa malah gian melakukan zina. Inilah yang merosakkan akidah dan meruntuhkan kesucian agama Allah.
Sebelum mengakhiri kita lihat beberapa maklumat ringkas siapakah lelaki yang layak berkahwin dan mencari pasangan atau calon isterinya. Salah satu syaratnya ialah :
* Lelaki = Islam, baligh, berakal. tidak dalam ihram haji/ umrah, tidak dipaksa, tidak
beristeri 4, lelaki yang tertentu dan bukan muharamnya perempuan yang ingin dikahwini.
* Perempuan = Islam, tidak dalam ihram haji/ umrah, bukan isteri orang, tidak dalam idda, cukup umur, perempuan tertentu ( bukan saudara)
Wasalamualaikum
6 Pesona Kata Hati Mereka:
emm betul.. remaja zaman sekarang memg cm tulah, klu dh bercinta mesti nk jumpe tiap2 hari, klu tk jumpe call tiap2 hari..yg tahu tu sb benda berlaku kt kwn2 sya.. sy tk lg kot.. sb saya tk fikir lagi nk bercinta-cinta ni, klu blh fikir benda tu bila dh ada kerja..
Asalam apiez..
Harap apiez melihat info pcik tu dala sudut positif ya. Mesej pcik tu murni, bkan bertujuan menafikan perasaan normal kemanusiaan antara lelaki dan perempuan. Tetapi biarlah cinta itu diselami berlandaskan iman dan taqwa, saya yakin bahawa lelaki yg baik beriman seperti apiez jodohnya pastilah Allah beri dikalangan wanita yang beriman dan dikalangan keturunan yang baik-baik.InsyaAllah.
salam ziarah..
hmM..semua yG terc0ret di sini mmG benar..itulah realiti muda-mudi masa kini..entah la, sy sendiri belum ketemui wanita 'zaman dulu' di zaman sekarang..suasana berubah, namun perkembangan diri lebih advance perubahannya...hingga terbabas, kadang2 terkandas..
Assalamualaikum salam sejahtera,
Pemanis kata pembuka bicara;
Dari Blog kami bercerita,
Untuk tatapan sahabat semua.
Bukan kacang sebarang kacang.
Kacang melilit si kayu jati.
Bukan datang sebarang datang.
Datang membawa hajat di hati.
Anak raja main congkak,
Main congkak punya pelan ,
Boleh saya tumpang bertanya,
salam dihulur tanda persahabatan,
Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
Salam dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
banyak yang dapat dipelajari dari blog ni.... membuat aku terfikir sejenak... sungguh berinfor lah ....aku kagum sekali
Asalam Azrai
Biasanya orang yng beriman dan tahu hukum dosa & pahala akan di rahmati Allah. Pastinya Dia kurniakan yang terbaik dalam hal pasangan hidupnya, Insyallah..pada suatu masa Azrai akan ketemu tanpa terduga, tungglah hari itu pasti hadir menceriakan hidup Azrai.
Kalaulah ada remaja yg membaca dan mengambil iktibar..
Wasalam Afzainizam
Laman ni kecil saja..pengisan pun pelbagai x khusus pada satu hala penulisan.
Seandainya berkesempatan dan ada terluang masa Afzaini..kita sama2 saling menyokong, kehadiran blogger ke blog2 maya rasanya dapat merapatkan siraturahim dan kita dapat megetahui pelbagai info yang kita kurang tahu selama ini. Terma kasih..pantunnya.
Salam ukuhuwa.
Catat Ulasan