Tropi & Sijil kemenangan Nur Hijratul
(Johan) Mohd Ismat Afif ( ketiga) kategori bercerita
Sirah Nabi L & P SR.
Md. Ismat Afif di pentas terima award tempat
ke 3 bercerita L, SR.
Barisan hakim bercerita
Aksi Nur Hijratul bercerita P SR
Aksi Md. Ismat Afif bercerita ktg L SR
Hari ini bersamaan 23.3.2010 ( Selasa) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor, Keningau, Sabah Majlis Tadarus Al-Quran ( MTQ) sempurna dilaksanakan seawal jam 7.30 pagi hingga jam 1.30 petang.
MTQ telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Keningau En. Raisin Saidin. Banyak acara yang telah dipertandingkan mengikut kategori SR dan SM mengikut Zon masing-masing. SK. Penagatan, Keningau dengan kejayaan Mohd Ismat Afif Md Zali ( cerita/ sirah nabi) dan Nur Hijratul Morinus ( cerita/ sirah nabi ) menewaskan beberapa peserta dari sekolah-sekolah peingkat Zon Pegalan dalam pertandingan bercerita pada 12.3.2010 secara langsung menjadi wakil sekolah-sekolah di Zon Pegalan dalam kategori bercerita lelaki dan perempuan SR berpuas hati dengan kemenangan Nur Hjratul Marinus ( Johan) bercerita perempuan SR serta tempat ketiga Mohd Ismat Afif ( ke 3) bercerita lelaki SR di MTQ tahun 2010. Syabas dan Tahniah kepada kedua-dua murid ini kerana telah mengharumkan nama SK. Penagatan, Keningau, Sabah. Di fahamkan bahawa Nur Hijratul Marinus akan terus menjadi wakil daerah Keningau ke MTQ peringkat Bahagian pula yang akan diketahui tarikhnya kelak. Ismat Afif berpuas hati dengan percubaan pertama dan pengalaman pertamanya menyertai MTQ yang julung kalinya ini di tempat ke 3.
Meninjau MTQ, etuza ( penulis ) dapat melihat banyak manfaat pada program tahunan ini dalam bidang Agama Islam. Di sinilah kita dapat menggilap dan mencari pelajar untuk diketengahkan sebagai role model kepada pelajar lain. Pelajar yang begitu halus suara menyampaikan surah dalam kategori hafazan, peserta yang mampu berqsidah dengan iringan cuma paluan kompang dan rebana amat memukau. Bgitu juga dengan acara tilawah Quran. Pelajar-pelajar ini secara langsung terdidik mendisiplinkan diri, membina keyakinan diri untuk tampil dikhalayak ramai, bersabar dan berusaha serta dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik. Selain itu pelajar juga dapat mengenali para nabi yang berjuang menentang kejahilan. Penulis berpendapat bahawa MTQ satu program aktiviti keagamaan yang sangat sesuai untuk diterusan di masa-masa akan datang.
Johan keseluruhan MTQ 2010 telah disandang oleh SM. Gunsanad, Keningau. Manakala Johan keseluruhan sekolah rendah ialah SK. Bingkor, Keningau ( tuan rumah). Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh PPD En. Raisin Saidin.
3 Pesona Kata Hati Mereka:
Tahniah buat adik Nur Hijratul dan adik Ismat...bulih tahan dorg ni...mampu meraih tempat di peringkat daerah. Moga bakat terus terserlah. :)
Alahmdulillah hasil bimbingan Ustaz Salleh dan Ustazah Mazila Saleh.
Ingatkan x ada no..sebab pesaingan sangat sengit..semua fasih dan lancar..cumanya kandungan cerita mereka ada yg panjang sangat hingga habis masa masih bercerita..itu tidak di kira markah..best juga mereka dah harumkan nama Zon Pegalan, Keningau.
comey2 adik2 tu ye ;-)
Catat Ulasan