Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 20 Jun 2010

Kasih Sayangku Tiada Pernah Berubah Untukmu Anak-Anakku Tersayang


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Kasih sayang ini
Tidak pernah berubah
Tidak pernah pudar
Tidak pernah kering oleh mentari
Tetap menitis menyirami kalbumu
Menyegarkan jiwamu
Membajai nalurimu
Agar engkau menjadi hambaNya
Yang berguna di dunia dan di akhirat
Mendakapmu semasa kecil
Itu kewajibanku
Kala remajamu dakapan itu
Bukan lagi kala lahirmu
Namun saat ini 
Dan sehingga bila-bila 
Kasih sayangku
Tidak pernah akan berubah
Mala kian tebal di nubari
Melihat kau seiring denganku
Bagaikan kita kini
Pasangan sahabat sejati.
Salam kasih sayang 
Untuk tujuh zuriat ku..
Menjadilah di kalangan 
HambaNya yang berakhlak mulia
Kepada lelaki yang ku panggil ayah
Maafkan diriku jika selama ini..
Tiada kebaikan yang aku lakukan untukmu
Selain lafaz doa agar ayah & ibu
 Sejahtera dan sihat walafiat hendaknya.

Sajak etuza
Selamat hari Bapa kepada yg bergelar abah.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

4 Pesona Kata Hati Mereka:

Abd Razak berkata...

Salam..

Begitu besar pengorbanan seorang ayah.

Ayahanda....
terima kasih
kuucapkan kerana banyaknya kebaikanmu padaku
terima kasih atas segalanya
Aku tertanya-tanya
apakah kebaikan yg kulakukan padamu
Maafkan aku jika tiada kebaikan yg dikau peroleh dari diriku

Unknown berkata...

Walaikumsalam
Araz..terfikir juga apakah saya juga ada melakukan kebaikan kpda ayah saya sendiri. Walhal ibubapa yg dah berumur tu perlu perhatian. Saya syukur padaNya ibubapa saya masih sihat. Tiap masa saya doakan mereka. Apakah anak2 saya sendiri seperti apa yg saya lakukan. Hanya Dia yg tahu.
Selamat hari bapa.
Saya baru sampai di rumah hantar anak2 ke asrama. Penat ni

Unknown berkata...

selamat ari bapa utk uncle dan ayah uncle jgk! :)

Unknown berkata...

nick.
Tq ucapannya.take care