السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kadangkala kita rasa hilang mood untuk menulis atau mencatat sesuatu yang boleh kita kongsikan kepada para saudara dan saudari di luar sana. Bila keadaan begini, saya ambil kesempatan melawat blog kawan dan membaca. Lepas satu blog ke blog yang lain. Dapat banyak informasi yang menjadi ilmu baru bagi saya. Pada umur saya agaknya berehat sambil membaca adalah sesuatu yang membawa manfaat.
Bagaimanapun keadaan nampaknya saya kena juga membuat pengisian ke laman saya ini. Paling tidakpun ada juga beberapa kawan blogger yang sangat setia ke laman etuza ini. Terlebih dahulu saya ucapkan banyak- terima kasih. Saya tahu apa yang ada dalam laman ini, tidaklah seseri dan tidaklah sebagus pengisian para sahabat blogger yang lain.
Boring sangatkah jika kita membaca ni? Apakah aktiviti membaca ini amat kolot sebagai cara menimba ilmu baru atau adakah cara lain selain membaca kita akan terus faham apa yang kita pelajari di sekolah. Apakah masa begitu terbuang jika kita gunakan masa senggang kita untuk membaca. Inilah yang terniang-niang dalam benakku, benak hati seorang lelaki dewasa seperti etuza.
Sungguh saya merasa tertanya-tanya, kenapa program galakan membaca yang di usahakan oleh sesebuah organisasi itu seolah tidak menerima sambutan yang hangat. Apa yang di war-warkan bagaikan menuang air ke daun keladi. hasil yang tidak memberangsangkan. Saya benar-benar rasa sedih apabila melihat dan memerhati keadaan ini.
Atau adakah cara menyalurkan maklumat tentang galakan membaca ini kurang tepat menuju sasaran atau sayakah yang tidak punya kelayakan mewar-warkan program ini di organisasi saya. Maklumlah pada usia saya yang boleh dikatakan sedang menuju usia senja. Apakah program ini boleh menjadi sangat menarik dan amat gahnya apabila mereka yang masih muda belia yang memainkan peranan mewar-warkan program ini. Entahlah..saya cukup menghulur bantuan semampuku, sedaya upayaku tetapi nampak gayanya seolah saya sahaja yang menjalankan aktiviti ini. Atau saya buta apabila tidak melihat dengan jelas dukungan dan sokongan mereka. Eantahlah...
Situasi atau keadaan ini, lebih membebankan saya apabila melihat anak-anak saya sendiri apabila ada masa senggang seperti masa cuti yang lalu saya jarang melihat mereka membuat aktiviti membaca. Apa yang saya nampak ialah mereka termanggu atau terpacul di hadapan kaca televisyen, walhal jika terlalu banyak menonton akan membuang masa, masa untuk ulangkaji yang sepatutnya di salah gunakan. Ya Tuhanku..saya menjadi tertanya-tanya apakah aktiviti membaca itu amat memboringkan. Saya rasa terpukul dengan keadaan ini. Puas pujuk rayu dengan suara yang merdu dan mendayu agar mereka ikut cara atau sikap rajinku membaca, tetapi mereka mencapai buku atau surat khabar membelek2kan dan seketika membaca. Bila saya berdiri untuk ke dapur minum dan kembali ke ruang membaca, buku2 tak tersusun atas meja, majalah atau surat khabar bersepah..orang yang tadinya konon membaca entah ke mana, lesap bermain bola di luar rumah. Hai! anak-anakku boring sangatkah membaca ?
Jika saya tidak nyatakanpun semua 100 % tahu benar bahawa dengan membacalah maka kita akan tahu dan punya banyak ilmu. Dengan membacalah seseorang pelajar yang cemerlang itu akan menjadi yang terbaik dalam peperiksaan. Dengan membaca kita akan dimudahkan menjawab soalan peperiksaan, dengan membaca berulangkali kita akan lebih faham kehendak soalan dan kita akan mampu menjawab soalan mengikut kehendaknya. Katalah kita pergi ke satu bandar baru, ketika kita memandu kita akan membaca papan tanda atau petunjuk jalan, maka dengan membaca petunjuk itu kita akan sampai ke distenasi yang dituju. Asas kepada kecemerlangan adalah dengan membaca. Mengapa terlalu ramai orang tidak gemar membaca termasuk anak-anak kecil di sekolah, dan termasuklan anak-anak hingusan saya.
Seolah saya perlukan teman untuk membina kembali semangatku ini.Agar saya tidak berputus asa, agar saya teruskan juga membantu organisasi saya agar mendapat sambutan yang memuaskan hatiku. Pada masa ini statistik anak-anak kecil di organisasiku membaca terlalu sedikit. Adakah silap yang tidak dapat dijumpai, adakah ibubapa tidak dimaklumkan, walhal telah di beritahu dan telah dimesyuaratkan. Sebagai menyenangkan hatiku, biarlah program menyemai sikap suka membaca ini saya dan organisasi teruskan sahaja, biarlah masa dan keadaan yang menentukan, dalam masa yang sama pupukan dan semangat budaya membaca itu diteruskan sehingga bila-bila, kerana tugas saya menuntut usaha itu sehingga bila-bila.
Selamat membaca, yakinlah bahawa membaca jambatan ilmu
Salam ceria.
10 Pesona Kata Hati Mereka:
salam
adapun membaca kini mungkin kurang diminati [di malaysia saja, bukan di luar negara]. entah apa sebabnya orang kita kurang sangat membaca [bukan malas]. galakan sudah banyak dilakukan tapi hasilnya? hasilnya, banyaklah lambakan buku-buku terkumpul di dalam gudang, buruk tanpa pembaca dan pembeli. contohnya kita turun saja ke DBP, di sana kita akan lihat buktinya
wasala'mualaikum.
merujuk kpda sikap pljr2 pula, amat rugi jika saat akhir baru nak membaca & nak memahami isi2 pelajaran. Bukankah kalau nak cemerlang kena dari mula, kalau saat akhir masih boleh berjaya tetapi masih ada rasa tidak puas.
Saya memandang ke sudut pelajar.ya.
Terima kasih, AAwang
ape2pun membaca adalah amalam mulia! marilah membaca! :)
murid saya pun tidak minat membaca. hasilnya penulisan ayat mereka tidak tersusun. ejaan pun banyak salah. kami sekeluarga ulat buku kerana terpengaruh dengan tabiat bapa yang kuat membaca. Dia tak pernah memaksa tapi minat itu datang sendiri.
samalah..di sekolah sya jg agak ramai mrd kurang membaca..entahlah maybe..bila meningkat umur baru diorg ada kesedaran, cuma risau kalau ketinggalan.
Salam..
Kembali kepada wahyu pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad iaitu ‘bacalah’. Sedar atau tidak budaya membaca memang telah lama diamalkan oleh kita iaitu amalan membaca al-Quran tetapi janganlah kita hanya sekadar membacanya tetapi tidak memahaminya dan terus menyebabkan kita semakin ke belakang.
wasalam Araz..
Iya betul tu, membaca al-quran memang banyak fadilatnya.terima kasih bagi pihak semua kerana mengingatkan tentang membaca al-quran. Membaca buku pljran, akhbar dan bahan bacaan lain itu tetapi kita kena ingat bahawa membaca al-quran sebaik-baik amalan.
salam..
anak2 akan minat membaca jika ibu bapa menunjukkan contoh suka membaca...
saya lbh minat beli buku drpd beli brg2 hiasan yg mahal...buku tak pernah jemu dibaca,setia menemani sepanjang masa..
ramai yg merunggut bila datang kerumah saya...sbb kat ruamh saya takde yg bersembang kosong..masing2 ada buku/majalah kt tgn..atau melayari internet...so bila ada yg bermulut becok...pot pet pot pet 24 jam..takde respon la jawabnya..:)
terbaru saya baru habis baca buku "malam pertama di alam kubur"...
wasalam..
terima kasih tambahan motivasi & info, amalan keluarga kamsiah di rumah sememangnya contoh yang baik. Apapun saya percaya anak2 suatu masa akan sedar bahawa apa yg ibubapa tunjukkan itu akan membawa kebaikan kpda mereka. cuma kita harap x putus asa mendidik perkara baik iaitu" amalan membaca" tq
membaca jambatan ilmu... dulu masa sekolah2 memang suka membaca... tapi sekarang nie dah kurang membaca...
Catat Ulasan