Nampaknya esok merupakan hari terakhir kami sekeluarga berkumpul bersama anak-anak. Terasa begitu cepat masa berlalu. Sepanjang cuti adalah juga kami sekeluarga beriadah atau bersosial seperti menghadiri majlis perkahwinan, menghadiri majlis hari lahir dan majlis doa selamat anak kawan rakan setugas di SKPK. Membersihkan kawasan rumah dan bersama mereka kemas rumah. Suatu yang sangat menggembirakan mereka ialah kami adakan jamuan makan ala kadar sempena hari lahir anak kami yang pertama yang jatuh pada 13hb Jun yang lalu. Terasa ingin lama bersama anak-anak tersayang, kerana dapat melihat kesihatan mereka, dapat solat berjemaah bersama mereka, makan bersama dan paling penting ialah dapat membuat pemantauan apa mereka buat ketika masa senggang. Pastikan mereka membaca, ulangkaji dan tidak keluar rumah tidak minta izin ibubapa.
Sekembali anak-anak di asrama mereka akan membuat rutin harian mereka seperti makan, cuci baju dan kemas bilik asrama secara sendiri. Rasanya mereka akan keluarkan segala sifat rajin jika sudah jauh dari ibubapa, kerana biasanya ketika bersama ibubapa di rumah mereka seolah berat tulang membuat kerja-kerja seperti membasuh baju dan megemas bilik. Mahu tak mahu ibu atau bapa juga yang perlu menasihati mereka agar kemaskan bilik tidur dan melipat pakaian. Bila di asrama semua kerja-kerja sebegitu akan digalas di bahu mereka. Saya berdoa semoga anak-anak akan kembali ke asrama kali ini dengan semangat yang baru dan lebih kuat usaha bersaing secara positif dengan rakan-rakan mereka yang lainnya. Saya berdoa agar anak-anak kami itu kuat, tabah, dan di lindungi oleh Allah dari sikap malas dan rajin mengulangkaji pelajaran sehingga mereka beroleh kejayaan. Selain itu mereka dijauhkan dari gangguan syaitan dan menunaikan solat dengan penuh tertib.
Siapapun ibu dan bapa mengharapkan kejayaan anak-anak dalam bidang pelajaran. Bila mendengar dan melihat sendiri anak-anak kawan-kawan yang terdahulu menjadi ibu dan bapa, terasa tumpang gembira anak-anak mereka yang berjaya dan cemerlang SPM dan STPM 2009 kini berangkat ke distinasi masing-masing. Ada anak rakan kawan sekerja saya ke IPGM Tengku Bainun Perguruan Pulau Pinang dan di Universiti Malaya. Bertuahnya dapat anak yang menyejukkan hati ibu dan ayah. Pada saya ( etuza) inilah sebesar-besar hadiah yang anak beri kepada si ayah sempena HARI BAPA yang menjelang pada hari esok ( 20hb 06.2010). Rasanya perasaan ayah melihat anak ke medan jaya dan akan mengutip hasi jerih payah ibubapa dan usaha kuat anak itu terubat dan berbunga kasih terhadap anak yang menyejukkan hati itu.
Kepada ibubapa yang punyai anak2 yang hanya mampu kembali ke sekolah dengan menyambung pelajaran ke tingkatan 6 rendah, sesungguhnya saya hendak ucapkan setinggi-tinggi tahniah. Semua jalan itu adalah langkah bijak untuk ke menara gading. Kembali kepada anak-anakku yang akan kembali ke asrama esok..pakinglah malam ini, isikan buku2 rujukan ke bagmu malam ini, bersolatlah dan lafazkan doa agar tiap langkah diperhatikan olehAllah dan berusahalah agar esok dapat merancang perjalanan jauh bersama ayahmu ini. Saya doakan semoga esok masih ada untuk kita semua, dan selamat sampai ke asrama, tenang dan damai serta redha dengan rutin kehidupan di sekolah kali ini. Pada ayahmu semoga selamat menghantar kalian dan selamat kembali ke rumah kita di Keningau Sabah.
Amin ya rabbal alamin.
Semoga apa saja perancangan kita di mudahkan olehNya.
8 Pesona Kata Hati Mereka:
semoga anak2 semakin membara nak ke sekolah terutama yang bakal menduduki peperiksaan awam...
( pssst...cikgu sendiri terasa lemah nak ke sekolah! )
Salam...
Selamat menjalankan tugas semula moga Allah permudahkan segala-galanya
salam
rasa sekejap jakan..2 minggu anak2 dirumah...bebas dari keje sekolah,main,tgk tv...
selamat kembali ke sekolah :)
belaja rajin2 ye
ye le... pejam celik dah nak abis cuti sekolah... apa2 pun kerja mesti diteruskan... mesti banyak citer semasa cuti
salam ziarah..
berada di h0stel mmG wajib merajinkan diri..di rumah terfikir nak rehat jew..huhu.. m0ga anak2 etuza terus success, jadi insan berguna..
Wa'alaikum salam semua.
Specialy sonata, araz, azrai,wanzie & kamsiah. Saya rangkumkan satu ruang sebagai membalas ulasan anda. Yup dah nak balik kerja. Kerja sem lalu kena sambung lagi. terima kasih kata2 semangat nak mulakan kerja di sem 2. Azrai..betul tu, jika di rumah kejap2 ja tertidur diorang. saiz badan macam naik..dulu dari asrama..kesiannya cengkung..maybe x cukup rehat. Apatah lagi anak2 pcik di tingkat 3 tu..naik tangga tiap hari..kasian juga. Papun memang wajib merajinkan diri.. biasa orang yang rajin pasti berjaya tu.
n3 saya tentang balik sekolah tu. x siap, ada lagi nak cakap. hehe..saya peruntukkan sejam saja kat PC..kerja lain menunggu, saya pun tinggalkan ja. Fikir ada masa terus sambung.
Tau2 hari ini hari bapa se Malaysia, terus lepas subuh cari kad menarik cipta sajak ala kadar ja tu wat pula n 3 baru.
Maaf kepada semua ya kerana memang catatan saya sejak akhir2 ini ala kadar ja. Menulis ni nak mood yg baik juga.
Catat Ulasan