السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rupa-rupanya inilah TOKEK atau POKOOK namanya di desa saya ( etuza). Suatu hari saya dan keluarga pergi ke Ranau Sabah, dalam perjalanan ke Ranau itu ada satu tempat dari jauh saya dan mama serta anak-anak nampak satu ekor haiwan kecil tegak kepalanya seperti dalam gambar di atas betul-betul menghala pandangan ke arah kami.
"Eh apa tu nampak macam cicak tapi besar sedikit dari cicak" itulah kata-kata saya pada mama yang duduk di sebelah. "Aikk iyalah..langsung tidak bergerak..hati-hati jangan pijak dia" inilah pula kata-kata mama kepada saya dengan mengingatkan agar jangan terpijak haiwan kerdil itu. "Mungkin inilah yang kawan saya cakap..POKOOK boleh mencapai jutaan ringgit katanya..tapi kawan saya yang suku Cina tu ada berpesan jangan salah tangkap nanti kena racun atau gigitan bahaya" segera saya teringat kata-kata kawan saya tentang haiwan yang benar-benar hangat di perkatakan di daerah etuza sekarang ini.
Saya tengok di cermin, tokek tu tak juga berganjak atau beredar sama sekali..malah kepalanya masih tegak. Masa itu saya kurang yakin dan memikirkan bahawa tiada alat hendak tangkap tokek tu. Cara menangkappun saya tidak tahu, jikalau tangkap pakai tangan saja memanglah boleh tetapi terfikir keselamatan, selain itu di mana nak simpan dalam kereta, risau pula lagi keselamatan anak-anak. Hai...rugi rasanya ..haiwan di depan mata, seolah Allah perlihatkan saya haiwan ini yang saya benar-benar jarang nampak. Orang-orang kampung demam mencari haiwan ini di desa saya.
Semalam ingatan terhadap haiwan yang saya nampak ini terpacul dalam memori apabila adik saya yang balik rumah bercuti di rumah mak di desa melayari internet dengan tujuan melihat TOKEK ini. Nampaklah gaya gambar haiwan ini seperti di gambar. Sebiji inilah haiwan yang kami nampak tertokek di jalanraya. Tidak bergerak dan menegakkan kepalanya. Kalaulah saya ada kepakaran tangkap haiwan..bolehlah tangkap. Malangnya...penakut bro..!!! hehe..
Berbalik lagi cerita tokek,saya ada terdengar seseorang yang saya kenal menjual haiwan ini. Khabarnya ribuan ringgit, di beli oleh orang luar negara. Inilah yang dikatakan rezeki. Benda seberat 3 gram boleh mencecah ribuan malah jutaan ringgit. Tidak hairanlah semalam mama ada bercerita dengan saya, berita pembunuhan berlaku di daerah Lahadatu Sabah tentang TOKEK ini. Iaitu seorang warga asing telah ditangkap membunuh warga tempatan lalu mayatnya dibuang ke sungai, akibat hendak mencuri TOKEK si mayat. Hai TOKEK ribuan ringgit, kalau iapun kita harus ingat harta bertimbun tidak kemana, tidak dibawa matipun. Sebaik-baik amalan adalah secara bersederhana dan ingat pada dosa dan siksaan neraka.
Wallahualam.
Janganlah timbul riak, sombong dan membunuh hanya kerana seekor TOKEK>
Salam ukhuwa fillah
10 Pesona Kata Hati Mereka:
salam etuza.....manusia yang nak cepat senang... hanya kerana seekor haiwan sanggup berbunuhan....
Salam..
Baru-baru ni pakcik saya yang duduk di Tuaran ketikanya balik bercuti ke sini ada bercerita tentang cicak ni. Ini rupanya yang bernilai berjuta ringgit itu.
Masya Allah, sampai berbunuhan manusia pasal binatang ini. Itulah dunia.
Alimaz & Araz..
Iya inilah makhluk yg menjadi igauan di Sabah sekarang ni..rumah saya di kebun ..ada juga teringin mencari. Haiwan ini kalau kita jumpa langsung tak lari. dia hanya bersenjatakan racun di dalam mulutnya. Saya dah nampak..n3 utama saya hari ni. betul x guna nak kaya kalau sampai membunuh. Inilah akhir zaman..
wah! tokek ke nama dia? sy pnh tgk gak tp ingatkan dorg ni sesumpah? rupanya spesis cicak jgk ke? pelik la.. mahalnyer 2 juta!!! wah! masa uncle jmpe dia ni klu uncle tangkap simpan ke msti sah jutawan dh uncle skrg... hehe
khabarnya ada 26 spesis tu nick.
Rasanya sesumpahpun spesisnya tu agaknyalah. Hhehe x di izinkan lah tu, bukan rezeki..uncle
memula tgk gamnbar,sebelum baca entri,saya pikirkan binatnag ni mengkarung...
huhu mahalnya harga ...boleh kaya kalau diternak ni..:)
yup..di kampung saya ada kawan pelihara benda ni..nak kasi berat timbangannya. Ipar saya pula dapat 2 ekor sekarang di bela la tu..betul2 jutawan jual benda ni..diproses jadi ubat.
Bos, sy sebenarnya pun nda brapa yakin bah pasal ni tokek... tapi bila sy dtg minat utk mo bela, sy beli la dlm 3 ekor (harga rahsia).. sy peliharalah dalam sangkar @ kandang yang kana kasi free oleh tu bugis di tawau... satu hari, sy kehabisan duit... sy fikir2 mcm mana mo mcari duit.. skali ada kwn sy ckp (tawau) dia bilang itu haiwan yg sy piara bulih buat duit.. sy setuju lah... dia dtg bawa urg pg timbang... nda cukup 300g... tapi tu urg mau bli juga dlm rm5000... klu sampai 300g dia bilang dia sanggup bayar 150k... sy tkejutlah!!! trus sy nda jadi jual... sy kasi besar dululah... ada rezki adalah... kalau teda at least sy puas ati skurang2 nya sy sudah tjumpa urg yg sanggup byr mahal utk tokek sy... tapi, satu kebaikan piara ni haiwan kan, bila ada tokek dalam rumah sy, x pernah lagi ada lipas di rumah sy mau 1 bulan udah... tq
Selamat pagi sabtu 3hb July 2010.
Saya ucapkan terima kasih kerana sudi bagi info ke blog etuza ni ya. maklumat ini menambahkan keyakinan ramai orang bahawa haiwan ini bukan caang2nya tetapi punya nilai yg tinggi. Saya harap busku pelihara bagus2 ya..cepat besar dan di muidahkan urusan.
Cuma hati2 ya kerana haiwan ini telah dikhabarkan sebagai haiwan yg dilindungi. Dah lama sebenarnya tokek ni..cuma di Sabah kita kebaru-baruan.
Terima kasih busku. Semoga berjaya ya.
askum.saye budak k.l,saye ade tokek banyak,saye suke tangkap yg kecil2 tapi sape nk bela sampai tokek ni dah besar call la saye k.rizal 0173217089
Catat Ulasan