Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 10 Mac 2013

Bisikan Nurani Dari Blog Pesona Untukmu Pejuang Negara

Sajak : Majulah Halakan Langkahmu Jangan Berpaling

Majulah wahai perajurit negara
Halakan langkahmu jangan berpaling..
Hunuskan segala perisaimu..
Menghapus petualang di rimba..
Peluru yang tidak bermata itu..
Halakan..halakan dan halakan lah
Kerana di rimba itu ada ulat memijak..
Mendaki pagar sempadan keselamatan terancam..
Majulah wahai perajurit negara..
Teguhkan tekadmu seiring dengan doa kami
Doa sejagat seluruh rakyat Malaysia..
Agar sejahtera dan kau genggam kejayaan
Menumpaskan petualang itu..
Petualang durjana yang bertopengkan manusia..
Sedang hati busuk merampas hak..

Perajurit tanah air tercinta..
Budimu, jasamu dan pengorbananmu..
Hingga  darahmu menitis simbah bumi..
Kau tetap tidak berganjak berundur..
Demi Negara, demi kami rakyat Malaysia..
Sedang kami diulit mimpi..
Sedang lena dibuai angin malam..
Sedang terlena oleh nikmatnya malam
Kau di rimba berhujan dan berembun
Disiang hari kau berpanas...
Tanpa menarik tangan mengelap peluhmu..
Demi negara, demi kami bangsa Malaysia
Perajurit rela berkorban nyawa..
Kerana itu sumpahmu memayungi
Sebagai panji - panji negara
Yang berdiri di hadapan
Mempertahankan 
Kedaulatan Tanah Air 
Malaysia tercinta..

Gambar dari google

@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

19 Pesona Kata Hati Mereka: