Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 10 Mac 2013

Bisikan Nurani Dari Blog Pesona Untukmu Pejuang Negara

Sajak : Majulah Halakan Langkahmu Jangan Berpaling

Majulah wahai perajurit negara
Halakan langkahmu jangan berpaling..
Hunuskan segala perisaimu..
Menghapus petualang di rimba..
Peluru yang tidak bermata itu..
Halakan..halakan dan halakan lah
Kerana di rimba itu ada ulat memijak..
Mendaki pagar sempadan keselamatan terancam..
Majulah wahai perajurit negara..
Teguhkan tekadmu seiring dengan doa kami
Doa sejagat seluruh rakyat Malaysia..
Agar sejahtera dan kau genggam kejayaan
Menumpaskan petualang itu..
Petualang durjana yang bertopengkan manusia..
Sedang hati busuk merampas hak..

Perajurit tanah air tercinta..
Budimu, jasamu dan pengorbananmu..
Hingga  darahmu menitis simbah bumi..
Kau tetap tidak berganjak berundur..
Demi Negara, demi kami rakyat Malaysia..
Sedang kami diulit mimpi..
Sedang lena dibuai angin malam..
Sedang terlena oleh nikmatnya malam
Kau di rimba berhujan dan berembun
Disiang hari kau berpanas...
Tanpa menarik tangan mengelap peluhmu..
Demi negara, demi kami bangsa Malaysia
Perajurit rela berkorban nyawa..
Kerana itu sumpahmu memayungi
Sebagai panji - panji negara
Yang berdiri di hadapan
Mempertahankan 
Kedaulatan Tanah Air 
Malaysia tercinta..

Gambar dari google

@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

19 Pesona Kata Hati Mereka:

Adilah Asari berkata...

nice entri :)

Unknown berkata...

salam etuza , azie singgah sini...respect them !

Amin A. R berkata...

Kita terhutang budi pada mereka...

||aLeaSaRa|| berkata...

mmg suka sgt entri kali ni kreatif,padat dan sebak baca.hati berdebar2 tiap kali dgr brta terkini kt tv.smga cptlah semua ni berakhir.

Unknown berkata...

nice bro!!! tiupan semangat kata2 buat panglima negara.......

Unknown berkata...

nice bro...kata kata penuip semangat perwira negara.....

Kancil 8349 berkata...

terharu walaupun kita bukan tentera tetapi ia dapat membantu mereka di sana,,,

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

doakan yg tebaik buat mereka..

Unknown berkata...

byk jasa mereka utk malaysia...moga mereka dilindungi Allah...

Mrs Velentine berkata...

nice puisi...ya majulah perwira ku

Kamsiah yusoff berkata...

mereka gugur sbg perwira..jasa dan pengorbanan tak terhingga utk kita..

Nurul Says berkata...

sajak yg best cikgu!!

Mrs Velentine berkata...

cikgu menang GA intan berlian http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2013/03/senarai-link-pemenang-intanberlian-mega.html...bagi details cepat

Unknown berkata...

MV terima kasih memberitahu kemenagnan blog pesona tu..alhamdulillah betullah ada nama pula ...

Miss N™ berkata...

terbaikk.. :)

9n0L4 berkata...

al fatihah buat yg gugur di medan perang.

Flower Haziqah berkata...

Keep pray for them, that the best thing we can do..semoga segalanya cepat berakhir..Amin..

Unknown berkata...

sudah 10 orang pasukan terkorban ni..kasihan..apakan daya takdir

Admin berkata...

Moga tenang mereka di 'sana'..