Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 28 Februari 2010

Info kesihatan. ( maklumat penting kepada tiap wanita yang mempunyai rahim semulajadi )

Risiko ikat peranakan

Oleh Suzan Ahmad



KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip.

Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF

APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada.

Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga.

Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsan, (DEMC) Shah Alam, Dr Zamri Abdul Rahim menjelaskan ada beberapa sebab mengapa seorang wanita mengambil keputusan mengikat peranakan atau pembuluh yang membawa telur ke dalam rahim ini.

Pertama, jumlah ahli keluarga sudah lengkap atau kedua dinasihatkan untuk berbuat demikian selepas tiga kali melalui kelahiran secara pembedahan atau caesarean atas dasar kesihatan atau ketiga, kerana berkahwin semula.

“Sayangnya kebanyakan kes wanita yang dinasihatkan mengikat peranakan selepas melahirkan secara caeserean masih muda dan berpotensi untuk hamil lagi,” katanya yang menjelaskan ada negara di dunia yang tidak membenarkan prosedur BTL sehingga menyebabkan risiko komplikasi kepada si ibu.

KEADAAN ketika mengikat peranakan (kiri) dan bagaimana proses mengikat itu dilakukan.

Di Malaysia sebaliknya, kesihatan ibu lebih mustahak berbanding bilangan anak kerana mengikut amalan perubatan di negara ini, kemampuan untuk hamil, adalah satu kebolehan seseorang wanita itu.

Ada beberapa cara mengikat peranakan yang biasa dilakukan di negara ini termasuk teknik terbuka selepas selesai kelahiran caesarean. Ia dilakukan dengan mengikat, memotong dan melecuhkan saluran itu. Jika melalui teknik laporoskopi pula, biasanya klip atau lingkaran cincin digunakan, kadangkala ia turut dilecuhkan.

“Apabila wanita mahu hamil kembali secara normal, peranakan yang diikat tadi boleh dibuka semula menerusi teknik RTL. Soalnya adakah anda calon sesuai untuk prosedur membuka tiub peranakan kerana tidak semua wanita yang pernah mengikat peranakan boleh melakukannya,” katanya.

Sepanjang tempoh pemeriksaan, pakar kesuburan akan memeriksa tahap kesihatan semasa salur fallopian, biasanya menggunakan teknik laproskopi. Pakar juga akan menyemak rekod pembedahan dan patologi di mana prosedur mengikat peranakan dilakukan. Mereka juga akan mengambil kira beberapa faktor berikut seperti bagaimana ligasi tiub dilakukan (sama ada tiub fallopian dipotong, diikat, dilecuhkan atau disekat tanpa surgeri mengguna klip atau cincin); bahagian mana pada tiub fallopian anda ligasi dilakukan; berapa banyak lagi tiub fallopia yang tinggal; tahap kesihatan tiub fallopia dan usia anda.

Isu lain yang sama penting adalah kualiti sperma pasangan, keadaan dan status pelvik bebas dari komplikasi seperti endometriosis atau sebarang parut tisu sekitar tiub atau ovari; kuantiti telur dan kualitinya. Jika komplikasi ini wujud, peluang untuk reversal berjaya sangat tipis. Bagaimanapun, komplikasi ini tidak menjejaskan kehamilan menerusi IVF secara umumnya. Justeru IVF dilihat sebagai pilihan terbaik sekiranya pesakit mempunyai masalah endometriosis atau parut tisu di pelvik.

Walaupun, RTL diamalkan dan boleh menyumbang kepada kehamilan secara normal, perlu diambil perhatian prosedur ini tidak dipraktikkan sekerap IVF di Malaysia berbanding Amerika Syarikat dan Eropah.

“Ini kerana RTL menggunakan kaedah mikro surgeri yang agak rumit, mungkin dari segi kos ia lebih murah dan kedengaran lebih mudah dari segi tekniknya berbanding IVF tetapi rasa bimbang sekiranya ia gagal perlu ada.”

Pakar kesuburan di sini mungkin lebih cenderung kepada IVF memandangkan reversal memerlukan teknik khas termasuk mikroskop dan kelengkapannya yang malangnya tidak banyak hospital di Malaysia sanggup melabur kos yang tinggi untuk menyediakan peralatannya,” jelasnya lagi yang merujuk kepada kadar kejayaan yang rendah dan komplikasi reversal yang tinggi termasuk kes hamil luar rahim (ectopic).

“Cara terbaik adalah bertanya pakar mengenai pesakit lain yang berjaya menjalani prosedur reversal mahupun IVF dan bercakap sendiri dengan mereka. Sekiranya ada cara yang lebih selamat, adalah wajar untuk dipertimbangkan kerana akhirnya pasangan hanya mahukan zuriat yang sihat,” jelasnya yang bangga dengan peratusan kejayaan kehamilan menerusi IVF di DEMC yang kini mencecah 25 peratus.



FAKTA:

Alasan ikat peranakan

  • Tidak mahukan zuriat
  • Mengawal jumlah anggota keluarga
  • Tidak boleh hamil atas sebab kesihatan
  • Aktiviti seks yang aktif dan subur tanpa perlu bergantung pada perancang keluarga seperti pil
  • Atas sebab perubatan/kesihatan



Prosedur ikat

  • Tiub fallopia dipotong dan diikat
  • Disekat dengan gelung silikon
  • Penggunaan klip



Pemeriksaan bagi hamil semula

  • Pakar kesuburan memeriksa tahap kesihatan salur fallopian, biasanya menggunakan teknik laproskopi.
  • Meneliti rekod pembedahan dan patologi prosedur mengikat peranakan dilakukan.
  • Faktor lain diambil kira termasuk bagaimana ligasi tiub dilakukan (sama ada tiub fallopian dipotong, diikat, dilecuhkan atau disekat tanpa surgeri mengguna klip atau cincin); bahagian mana pada tiub fallopian anda ligasi dilakukan; berapa banyak lagi tiub fallopia yang tinggal; tahap kesihatan tiub fallopia dan usia wanita berkenaan.
  • Ujian sperma pasangan turut dilakukan.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Dimana rasa kemanusiaan, di mana belas kasihan. Sudahkah kebal diri menghadapi hukuman Allah di akhirat.

Jenazah Syafiah selamat dikebumi


SITI Norhanim Aziz menyiram air mawar ke atas pusara anaknya, Syafiah Humaira di Tanah Perkuburan Islam Batu 17, Kuang, Selangor, semalam. Turut kelihatan datuk dan nenek mangsa, Aziz Shahar (dua dari kanan) dan Nor Azizah Boden (kiri) serta abang mangsa, Mohd. Syafiq Sahari (menabur bunga).


HULU SELANGOR 27 Feb. - Jenazah kanak-kanak malang, Syafiah Humairah Sahari yang mati didera oleh teman lelaki ibunya kelmarin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, hari ini.

Sebelum itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan bilik mayat Hospital Kuala Kubu Bharu, sebaik sahaja jenazah kanak-kanak berusia tiga tahun itu dituntut oleh datuknya, Aziz Shahar, 50, kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Jenazah Allahyarham Syafiah Humairah kemudian dibawa pulang ke rumah Aziz di Kampung Batu 16, Sungai Plong.

Suasana pilu semakin terasa sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikafankan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17, Kuang pukul 4 petang.

Kelmarin, Syafiah Humairah mati akibat didera oleh teman lelaki ibunya di padang bola berhampiran rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali.

Kanak-kanak malang itu dihantar ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu kira-kira pukul 8.30 malam oleh lelaki berkenaan yang mendakwa Syafiah Humairah terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Namun, pihak hospital yang curiga dengan tingkah laku lelaki itu menghubungi polis kira-kira pukul 11 malam untuk memaklumkan mengenai kemungkinan kematian kanak-kanak itu akibat didera.

Berikutan itu, suspek berusia 28 tahun kemudian ditahan pukul 3 pagi semalam bagi membantu siasatan.

Sementara itu, ketika proses bedah siasat sedang dijalankan, berlaku kekecohan di luar bilik mayat apabila keluarga suspek datang untuk menziarahi mangsa.

Saudara dan kenalan keluarga ibu mangsa yang tidak dapat menahan kemarahan cuba menyerang keluarga suspek.

Keadaan itu bagaimanapun kembali terkawal apabila keluarga suspek mendengar arahan supaya mereka meninggalkan hospital tersebut secepat mungkin.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 26 Februari 2010

Sesekali kita pelajari info fakta warna ( betulkah info ini) terserah pada diri anda sendiri.


( gambar sekadar hiasan)

Salam sejahtera.

Baru sebentar tadi saya membaca info atau maklumat tentang warna. Dikatakan bahawa warna pada pakaian kita adalah cerminan perilaku kita. Ada kebaikan dan rasionalnya kita mengetahui info ini, khasnya kepada lelaki yang kurang peka pada situasi dan keadaan.

Sebagai lelaki yang normal, kini berkeluarga, punya isteri dan anak-anak rasanya tidak salah jika saya buat n3 tentang warna ini. Info warna ini lebih ditujukan kepada lelaki. Sebagai lelaki kita harus menetahuinya, bukanlah kita mahu percaya 100% isu warna ini. Pada saya apa saja warna pakaian itu, asalkan warna itu sesuai dan bersih di pandang saya akan pakai. Bagaimanapun kebelakangan ini saya sering berpakaian pada warna ini.

Percayakah anda, dalam membuat pilihan warna pakaian untuk keluar rumah dan kemana sahaja, secara tidak senagaja warna pakaian kita tiba- tiba sama dengan pasangan kita ( isteri) atau kekasih. Itulah keadaan yang saya alami. Bila siap berpakaian saya lihat warna baju kami sama. Dalam hati saya diam saja, kekadang menyapa mama (wife) saya juga demikian. Itu namanya kebetulan.

Sejak akhir-akhir ini saya perhatikan saya keluar rumah dengan pakaian warna oren, hijau dan biru dan coklat. Dalam majalah yang saya baca malam ini, rupanya warna-warna yang saya catat di atas mempunyai rahsia. Oleh kerana saya perasan kerap berpakaian pada warna baju sebegini ketika ke majlis perkahwinan, ke makan amal, keluar makan bersama isteri, ke majlis ilmu anak-anak maka saya begitu terujalah membuat n3 warna mengnai oren, biru, hijau dan coklat. Betulkah ini just for fun untuk kita semua. terserah penilaian anda.

Kata dalam majalah ini warna cerminan perilaku seksual ( ruang sekologi)

OREN
Sebagai pencinta warna oren, anda menyukai fantasi seksual yang erotik. Bagi anda, aktiviti seks adalah permainan yang dramatik, di mana anda memegang peranan utama.

HIJAU
Anda "segar". innocent, dan mungkin tak tahu apa-apa tentang seks. Kata orang anda ini terlalu murni. Anda juga sopan dan lembut.

BIRU
Anda bertuah kerana terdiri daripada golongan yang sangat menggairahkan. Penuh perhatian dan sensitif, kuat dan sangat komited pada respons dalam hubungan. Anda menganggap hubungan intim sebagai permainan cinta anda yang sangat berseni dan sukar dilupakan. Jika anda berkahwin pasangan anda pasti beruntung.

COKLAT
Anda hangat, mempunyai pemikiran yang dalam dan amat sensitif. Keinginan dan hasrat pasangan sangat penting bagi anda.

Sekadar perkongsian info warna. ( ada juga kawan kata memang warna pada pakaian kita itu boleh mempengaruhi jiwa kita)



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Salam maulidurasul


KEPUTRAAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Adapun nasab keturunan baginda S.A.W. adalah: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. Dikatakan bahawa nasib baginda S.A.W. ini sampai kepada Nabi Ismail A.S.

Nabi Muhammad S.A.W. lahir pada tahun Gajah iaitu tahun tentera Abrahah melanggar masuk untuk menyerang dan menawan kota Makkah. Namun percubaan untuk menawan Kaabah ini menemuni jalan kegagalan apabila Allah Taala mengantar sekumpulan burung Ababil untuk memusnahkan angkatan tentera Abrahah itu dalam sekelip mata sahaja. Mengikut pendapat yang paling hampir bahawa baginda S.A.W. telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun itu (terdapat juga beberapa pendapat lain lagi).

Baginda S.A.W. adalah seorang yatim ketika dilahirkan. Bapanya wafat ketika usia baginda S.A.W. dua tahun dalam kandungan ibunya. Setelah dilahirkan baginda S.A.W. dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib kemudian disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Bani Saad Bakri.

Kampung Bani Saad pada ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Setelah sampai Nabi Muhammad S.A.W. untuk menyusu maka kampung tersebut berubah dari sebuah kampung yang tandus kepada sebuah kampung yang subur lagi menghijau. Di kampung ini jugalah baginda S.A.W. telah dibedah perut oleh malaikat ketika usia baginda lima tahun. Ini adalah di antara keberkatan dan mukjizat baginda S.A.W. yang telah dikurniakan oleh Allah Taala.

Ibu baginda S.A.W. telah wafat ketika usia baginda enam tahun. Ini menyebabkan baginda S.A.W. menjadi yatim piatu. Kemudian baginda dipelihara dan dididik pula oleh datuknya Abdul Mutalib sehingga usia baginda lapan tahun. Setelah datuknya meninggal dunia baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

Salam maulidurrasul

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 25 Februari 2010

Jangan menghukum diri tetapi ingatkan Tuhan

Salam sejahtera semua.

Apa jua masalah yang dihadapi anggaplah ia sebagai satu daripada dugaan hidup yang telah ditetapkan untuk anda. Jangan menghukum diri sendiri atau menunding jari menyalahkan sesiapa atas pertengkaran yang berlaku. Lihatlah semula pada diri anda, kaji sikap anda dan perbaiki apa yang berlaku.

Perasaan sedih, kecewa dan marah yang dirasai selepas bertengkar memang wajar anda rasakan namun jangan biarkan ia berpanjangan.

Dalam Islam mereka yang merasakan dirinya gagal mengawal emosi dengan baik seperti perasaan marah yang meluap-luap, sedih mahupun kecewa dinasihatkan agar segera mengambil wuduk dan bersembahyang sunat.

Mengambil wuduk boleh melapangkan fikiran dan melegakan kegelisahan hati yang sedang hebat bergelut dengan emosi. Berwuduk dan bertafakurlah seketika agar anda dapat merasakan ketenangan meresap ke dalam jiwa. Doakan agar pasangan atau sesiapa agar sejehtera atas kurniaan Allah.

Salam kasih sayang.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 24 Februari 2010

Cinta, setia & persahabatan.

A
Anda dilahirkan dalam bulan apa? Adakah anda seorang yang setia dalam becinta. Atau ikhlas dalam persahabatn. Untuk mengetahui apakah ciri-ciri baik yang ada pada diri anda, bacalah keterangandi bawah ini sekadar mengetahui dan manfaatkan jika ada kebaikannya.

Lahir Januari

Buat anda yang, bernaung di bawah bulan Januari anda memang bercita-cita tinggi dan serius di dalam setiap perkara berkaitan dengan masa depan. Malah anda juga memunyai kecenderungan untuk suka mendidik dan dididik oleh orang lain. Anda begitu kemas, teratur dan bijak dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan. Sifat penyayang anda begitu tinggi, terutama terhadap kanak-kanak malahan anda bijak mengambil hati orang lain. Apa sahaja yang anda lakukan akan berhasil dan mendapat keuntungan. Apabila berkaitan dengan soal cinta dan persahabatan, anda memang setia. Namun sifat buruk anda ialah kuat cemburu, terlalu sensitif dan tidak mampu mempamerkan kasih sayang, anda juga mudah di serang selesema.

Info dari Bicara hati ( MW)
Salam ukuhuwa .


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Unik di laman ( keindahan khazana alam)

Salam semua.


1.( Ajaib/ unik daun berlubang )


2.( daun bunga puding, kerinting dan warna daun berkilat bagaikan baldu)

3. Bunga jenis kaktus, himpunan kaktus

4. ( Unik bunga jenis bunga setawar, memang cantk di lihat)


5. Bunga anggrek putih ( jenis orkid..unik dan indah kelopak bunga ini)
Percayakah anda jika saya katakan bahawa semasa menikmati keindahan bunga2an kala pagi, kita mendapat tenaga dan semangat yang luarbiasa. Itulah keajaiban bunga semulajadi.

Khazana alam, unik di lamanku.
Membelaimu, menyayangimu, memujimu
Bak memuji kehebatan kuasaNya
Kala menikmati keindahanmu
Semangat dalaman jiwa turut terasa
Kesegaran udara disekelilingnu
Menggamit kebahagiaan dan kecriaan
Terukir pertautan hati antara kita
Khazana alam bagaikan bersuara
Memohon agar dikasihi, disayangi
Terjalinlah ikatan cinta
mengundang berbagai iliusi rasa
Nikmat kehidupan.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Guru Besar SK. Penagatan bertukar ke St. James, Apin-Apin, Keningau & Majlis bersalaman dengan murid hari ini.

Wah! serba biru, kebetulan pakai baju warna
sama. Biru itu lambang hati yang damai
dan tenang.
Inilah kenangan akhirku bersama
Guru Besar En. Nasip Dipal,sebelum ke sekolah baru.
Senyum itu ibadah dan sedekah serta
boleh awit muda kata guru besar.hehe!
memang kita digalakkan agar senyum ikhlas pada
kekawan..kita
En. Nasip Dipal duduk membelakang ketika
menjamu juadah di kantin SKPK.
Gambar kenangan abadiku.
En. Nasip Dipal bergaya dengan baju ala-ala
koprat versi SKPK. Sedang berucap dalam
satu majlis rasmi. Beliau memang kaya dengan
motivasi.
Sempat posing sakan bersama Philipah dan
Pn. Siti Kaidah, tengok tu serba biru, tudung
Cg. Siti Kaidah juga biru hari saya ambil photo ini.
Salam perpisahan, Jumpa lagi.

Inilah relaiti sebagai kakitangan kerajaaan. Seorang pegawai penjawat awam seperti tugas sebagai guru besar, terpaksa akur dengan situasi bertukar ke sekolah lain. Begitu juga dengan semua kakitangan guru lain yang berkemungkinan akan ditukarkan ke sekolah lain sebagai pendidik kepada anak bangsa tercinta.

Hari ini, nampaknya guru besar baru SK. Penagatan, Keningau iaitu En. Goripin telah datang melaporkan diri di SKPK. Satu majlis ringkas diadakan di bilik guru sebagai mengalu-alukan kedatangan guru besar baru dan meraikan kepergian guru besar lama En. Nasip Dipal ke St. James, Apin-Apin, Keningau. En. Nasip Dipal dalam ucapannya mengharap agar SKPK mampu menunjukkan kejayaan yang cemerlang pada tahun akan datang. Beliau berharap segala apa saja urusan silalah bekerjasama dengan guru besar baru. Tanpa kerjasama apa saja perkara tidak akan selesai. Beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga guru kerana selama bertugas di SKPK beliau nampak guru2 SKPK menjalankan tugas dengan penuh kometmen.
Selesai sahaja guru besar baru berucap secara ringkas, maka majlis bersalaman dengan murid diadakan di dewan serbaguna SKPK. Majlis ringkas perpisahan bersama murid ini selesai pada jam 12.40 tengahari.

Salam perpisahan kepada GB En. Nasip Dipal.
Semoga ceria dan gembira bertugas di sekolah baru.
Kami warga pendidikan di SKPK tetap mengenang jasa dan budi tuan.

Salam 1 Malaysia. Jumpa lagi..

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 23 Februari 2010

Grafik for ZIK THE JALANAN SEPI PERANTAU.

Salam sejahtera. Grafik ini special to ZIK

Birthday Music
Free Myspace Layouts




UCAPAN SELAMAT HARI JADI TERISTEMEWA UNTUK ZIK JALAANAN SEPI PERANTAU.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Penting sebagai panduan saya sendiri, jika anda berminat bacalah jika ada manfaatnya.

Fenomena Facebook.

Facebook menjadi suatu perbualan hampir setiap hari, diseluruh dunia
Salam semua, memang diakui. Perkataan "facebook" menjadi suatu perbualan hangat yang mengubungkan dunia maya secara global tanpa sekatan. Facebook dilihat sebagai fenomena/tsunami yang baru selepas myspace dan friendster.

Tidak kurang juga dengan itu, facebook telah menyebabkan beberapa kekecohan dari segi sudut negative yang berlaku disebabkan oleh FB juga.

Namun begitu, dari segi sudut positif, FB sebenarnya meransang/menjana ekonomi dalam bidang maya diseluruh dunia. Tetapi harus digunakan dengan sebijaksana yang mungkin.

Kebaikan FB.
  1. Dapat mencari kawan baru dan kawan lama yang terpisah sejak dari sekolah, universiti.
  2. Menerima respons dengan sangat pantas, menerima maklumat dengan terkini.
  3. Mempromosikan barang atau servis di facebook secara berbayar atau tidak.
  4. Hebahan maklumat yang begitu mudah, sistematik dan efektif.
  5. Jimat kos (daftar percuma), business secara online.
  6. dan sebagainya...
Keburukan FB.
  1. Jenayah cyber yang tidak disangka-sangka (terbaru, dengan FB menyebabkan kecurian di rumah, hasil dari update status,hanya cakap pergi keluar rumah).
  2. Masalah sosial ( menunjuk gambar-gambar sosial yang keterlaluan, skandal dan sebagainya).
  3. Applikasi games yang terlalu banyak sehingga mengundang kelalaian, best-best lak tuh. Contohnya mafia wars, farmville, poker dan sebagainya.( boleh dibendung jika beringat, dan
  4. Permusuhan, pergaduhan, salah faham dari sebab update status itu sendiri. (kutuk mengutuk).
  5. Prestasi kerja/akademik merudum (bergantung).
  6. Digunakan sebagai senjata untuk mengugut seseorang/individu yang tidak disukai.
  7. dan sebagainya... kalau ada idea lain, boleh tambah di ruangan komen.
Panduan menggunakan FB.
1. Jangan terlalu emosi, apabila menukar status.
2. Jangan masukkan isu-isu perkauman/agama.(jaga tutur kata).
3.Pastikan maklumat-maklumat yang hendak dimasukkan dalam FB jangan terlalu details untuk orang lain boleh menyalahgunakannya.
4. Lagi bagus kita masukkan unsur-unsur dakwah untuk mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan yang lain.
5. Buang/kurangkan penggunaan applikasi yang ada di FB. Gunakan jika ia benar-benar membantu dalam kehidupan seharian kita.

Catatan ini saya copy di laman ZIK Jalanan Sepi Perantau.( harap maklum)

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Demi rasa tanggungjawab, nilai kasih sayang, kewajiban menjaga amanahNya

.
Salam sejahtera.

Adakah anda seorang ayah kepada ramai anak-anak, atau adakah anda seorang lelaki yang ada perasaan kasih sayang terhadap anak-anak. Sayang sekali jika anda hari ini ditakdirkan sebagai lelaki tetapi tiada rasa keikhlasan menyayangi anak-anak mahupun orang-orang yang amat menyayangi anda.

Lebih parah jika hari ini, anda adalah lelaki yang tahu mendirikan rumahtangga tetapi kurang tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak sendiri. Saya ada melawat laman Hafizah ( Dairi Diskusi Diri) dan laman maya Kamsiah ( Detik-detik indah dalam hidupku). Anda mahu tahukah apa kandungan atau maklumat mereka baru-baru ini?. Silakan melayari laman insan ini di dalam kolum kanan pada blog saya etuza warna kehidupan. Tengoklah betapa ngeri BAYI dibuang ke longkang, ke dalam mangkuk tandas, ke laut, ke perit, ke tong sampah, ke dalam bungkusan , ke semak berduri dan di mana-mana yang difikirkan tersorok. Sakit mata memandang, pedih hati leleki etuza melihat nyawa terkorban walhal BAYI itu suci dan putih. Ya Allah inikah perbuatan manusia akhir zaman? inikah tauladan untuk generasi mendatang?.Tidak!!!!..harap kembalilah kepangkal jalan, lihatlah gumpalan dosa-dosa membelit dirimu wahai insan yang membuang bayi bernyawa.

Teman/ pembaca laman etuza warna kehidupan. Mohon dimengertikan bahawa kata-kata itulah yang saya luahkan pada n3 baru saya ini. Kerana tepat jam 1.45 minit petang saya menghidangkan makanan tengahari untuk anak-anak kami, 3 yang lelaki dan 1 perempuan yang kami namakan Puteri Nuraliya Adibah. Umur sudah 5 tahun dan sudahpun pandai menyuap nasi ke mulut, boleh berdikari sendiri. Tetapi apa yang terjadi dia enggan makan, saya paksa, dia tutup mulut katanya "TAK MAHU MAKAN, KENYANG" . Saya selaku ayah padanya risau sangat kerana kelmarin juga dia hanya menyuapkan nasi sekadar 2 atau 3 suap, itupun saya suapkan. Saya paksa dia makan kerana tepat jam 2.00 petang hari ini mereka akan terus saya hantar ke kelas agama di desa laut. Bagaimana keadaannya jika tidak mahu menjamah makanan. Saya memang sibuk apabila menjelang hari isnin hingga jumaat, sabtu dan ahad. Kesibukan saya sebagai seorang lelaki ekoran dari isteri saya menjalani latihan mengajar di SMK Keningau 1 hingga tamap pada 26.April 2010.

Segala kerja-kerja isteri saya berpindah ke tangan lelaki ini. Memberi makan kepada anak-anak,menyediakan pakaian mereka, membasuh kain, membersihkan lantai rumah, melipat kain baju yang dah kering, ringkasnya apa -apa sahaja kerja isteri saya adalah menjadi tanggungjawabku seorang hinggalah jam 6.00 petang. Barulah saya sedar dalam bab menyediakan makanan anak-anak itulah yang sangat mencabar, tambahan anak-anak tidak selera masakan kita( maklum lelaki) hati rasa hendak marah, apabila anak-anak pandang juadah saja seolah tidak selera makan. Hendak bagi tiap-tiap petang makan meggi segera, sardin tin..alamak sayapun tak selera. Hai! masa, rasa terlalu lama masa jika kita menunggunya. Siapalah tidak mahu kalaulah masa itu cepat menghampiri april sayalah yang paling gembira dan bersyukur kerana mama kembali beraksi di dapur etuza home memasak untuk kami anak-beranak.

Apa kaitannya dengan n3 ini, satu lagi mesej dalam maklumat saya ini ialah tanggungjawab seorang isteri dan emak kepada anak-anak kita juga amat berat. Lihatlah laman etuza, saya perlihatkan kelemahan para lelaki dalam memberikan makan dan minum kepada anak-anak. Pengurusan rumah tidak sama dengan cara para wanita mengurus rumah. Maka apa alasan para suami atau lelaki yang sudah punya 1 isteri sekurang-kurangnya dan ayah kepada anak-anak itu jika tidak menyayangi anak-anak dan isteri. Apakah kuat hujah anda bahawa tugas semua urusan rumahtangga terpikul di bahu isteri semata. malang sungguh jika ada lelaki yang beranggapan sebegitu. Lihatlah kesibukan saya, menggalas tugas isteri ketika isteri keluar bertugas. Jika dibiarkan tidak diurus apa-apa sahaja tugas isteri di rumah..hehe! alamatlah berserakan sampah di dalam rumah anda, habuk sana-sini dan keadaan dapur berantakan. Hehe..keadaan ini tidak mustahil berlaku dalam family kita jika keegoan lelaki itu sukar dibendung.

Salam perkongsian rumahtangga dari etuzaWarnakehidupan.

Inilah tanda kita menyayangi anak-anak, kita mahu beri mereka kesihatan, tetapi akan ada masa mereka tidak berselera makan. Kita masak sedap sekalipun jika anak-anak tidak selera makan maka mereka tidak akan menjamah makanan itu. Apa yang berlaku ialah mereka akan menangis dan memborontak. Saya risau sangat Nuraliya tidak menjamah makanan sejak kelmarin, entah apa sangat dia makan di kelas TABIKA KEMAS di desa ulu. Katanya dia dan kawan-kawan diberi makan 2 kali dalam satu sesi pembelajaran di TABIKA KEMAS. Entah betul atau tidak saya kurang periksa. Saya ada mengunjungi sekolah TABIKA anak saya ini, tetapi lupa pula menanyakan kekerapan makan juadah dalam satu sesi pembelajaran hingga jam 11.00 pagi.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selamat menjalani latihan mengajar di SKPK musim akhir PISMP & KPLI akhir

Cg Ranger dan Cg Kiffly sedang berbincang
tentang P&P yang perlu di rancang di Pusat
Sumber. Tahniah bakal guru ini manfaatkan
PSS untuk persiapan ktiviti P&P.

Cg Nurhayati W & Cg. Salamie juga merupakan
guru pelatih KPLI yang memperlihatkan
kometmen terhadap bidang keguruan.
Tahniah.
Wajah ceria bakal guru Adi dan Jamal
Aktif P&P menggunakan komputer.
Tahniah

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Setiap tahun ada saja bakal guru datang latihan mengajar di SKPK. Mereka umpama adik-adik baru warga pendidik yang lahir menerusi kursus Pendidikan ( PISMP) atau ( KPLI).
Saya selaku guru yang lebih senior mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang berjaya ditempatkan latihan mengajar di SKPK musim 2010. Pelatih PSIMP yang terdiri dari Ranger Diris berasal dari Kota Marudu Sabah dan Keffly Kaling dari Keningau, Sabah. Kedua-dua mereka mengambil opsyen Bahasa Melayu. Sementara pelatih KPLI kali ini menempatkan empat guru pelatih yang terdiri dari Norhayati Wasimin dari Keningau, Sabah, Salamie Samin dari Lahad Datu, Sabah, Mohd Harjuniadhi Suparno dari Tawau, Sabah dan Jamaludin Nodran dari Tambunan, Sabah.
Ketika bertanya kepada Kiffly Kaling tentang kerjaya sebagai guru di sekolah, katanya banyak cabaran yang dihadapi, khususnya ketika berada di Institut Perguruan ( IPGM - Keningau). Minat menjadi guru dengan sedirinya meresap ke dalam diri apabila pelbagai aktiviti pengisian semasa di IPGM. Interaksi yang berlaku dikalangan sesama guru pelatih merangsang minda secara positif agar menjadi seorang warga pendidik yang terlatih dengan pelbagai kemahiran.
Katanya lagi tugas guru memang memerlukan kometmen yang tinggi, ketekunan dan keinginan yang tebal dalam hati untuk mencelikkan murid di sekolah rendah dalam pengasaan 3M. Bakal guru Ranger Diris juga menyatakan bahawa berbagai cabaran sebagai guru harus di pikul dengan penuh tanggungjawab. Kehendak pendidikan untuk mencelikkan semua murid di sekolah rendah dalam penguasaan 3M sesuatu yang mencabar dan memerlukan kesabaran guru, lebih-lebih lagi pada murid tahun satu yang tidak ada asas 3M, disinilah peranan guru dimanfaatkan sepenuhnya.
Di SKPK, merekan semua telah didedahkan rutin guru di sekolah, dengan diberi tugasan lain selain mengajar murid di kelas. Dalam bidang kesukanan juga mereka melibatkan diri dengan kepercayaan pihak sekolah kepada mereka melatih acara sukan dan perbarisan. Lihat saja gambar dua guru ini, nampak semangat di wajah mereka untuk membantu sekolah serta atlit merai kejayaan di majlis sukan peringkat Zon Pegalan baru-baru ini.
Sebagai guru yang lebih dahulu terjun ke profesion pendidikan mengharapkan agar mereka semua menjadi tenaga guru yang menjadi pelapis warga guru di Malaysia khasnya. Di manapun anda nanti di hantar bertugas, laksanakan amanah kerajaan Malayisa yang meninginkan murid atau pelajar celik 3M dengan memuaskan.

SK. Penagatan indah ceria
Tempat kita menambah ilmu
Bertemu berpisah adat biasa
Tabahkan hati menabur ilmu.

Guru ibarat permata memberikan cahaya
Menerangi jiwa si anak watan
Tugas guru amatlah mulia
Mendidi bangsa berbagai rumpun.

Selamat maju jaya & ceria selalu

Tahniah dan salam 1 Malaysia.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 21 Februari 2010

Pandai aku menasihati tetapi aku sendiri bukan yang terbaik ( musahabah pagi ahad )

Saudaraku di manapun jua dirimu
Dengarkanlah kata hatiku
Kata hati insan bernama etu
Ibu yang melahirkan aku memanggil
Namaku demikian yang bermaksud sayang
Seorang lelaki keluarga Adam alaf ini

Layakkah etuza menasihati
Mengutarakan idea terbuka di laman maya ini
Memberitahu dan mengingatkan kononlah begitu adanya
Aduhai etuza layakkah engkau pada bait bicara itu
Sedang dirimu ketahuan sering melalaikan diri
Semua tahu kini, kau membelai masa emasmu
Pada wajah putih riba hujung jejarimu
Buktinya hari ini berapa banyak masamu
Merenung nota ribamu dan sesekali
Etuza mengintai di cela maya
Menyulam kata dan berpujangga gayanya
Haruskah diteruskan
Haruskah mengundur diri
Ataukah perlu bertahan
Hingga tiba saatnya jejarimu ganjil tidak bergerak

Rupanya inilah dunia teknologi
Bisa menyapa, bicara tetapi akhirnya
Ada yang terguris hatinya
Seperti aku yang kini
Terlalu malu dan amat malu
Ya Allah aku hilang keyakinan diri
Setelah aku bermusahabah, melihat
Kekurangan diriku sebagai hambaMu yang kerdil

Hanya kata-kata ini boleh ku terima
Kata itu, jangan menyinggung orang lain
Usah letakkan sesensiviti
Usah bawa kata menjatuhkan orang
Usah menabur fitnah
Hanya itu, tetapi katanya
Ungkapkan kata- kata dakwah
Banyak manfaat untuk semua
Tetapi layakkah insan etuza pada itu

Ya Allah ampuni dosaku
lapangkan dadaku dan perluaskan mindaku
Setidaknya untuk ku bawa diri
Dan kebaikan pada keluargaku cuma
Kiranya ada restuMu ku bersyukur
PadaMu jika selama ini
Apa yang kami buat di lembah blogger
Di celahan facebook ada
Ada manfaatnya kepada UMUM

Ilusi hatiku.

Salam muhibah.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rahsia segala rahsia - Faham



Di sekolah, anak kita belajar di dalam kelas. Dalam konteks ini, ia meliputi bilik darjah, makmal,bilik kemahiran, bengkel dan di luar kelas.

Apabila guru mengajar, pelajar dapat dibahagiakan kepada empat kelompok atau empat kemungkinan berikut:

Pertama : PELAJAR CEMERLANG,
FAHAM SEPENUHNYA ( 75 - 100 %)
Dimana anak kita memehami sepenuhnya apa yang diajar. Kalaupun dia
tidak menegrti 100 peratus, sekurang-kurangnya dia telah
memahami sebahagian besar dari apa yang telah diajar.

Kedua: PELAJAR SEDERHANA,
FAHAM SEBAHAGIAN ( 40 - 75 % )
Dia memahami hanya sebahagian daripada apa yang diajar. Ada yang di
fahami tidak sampai separuh dan ada yang lebih daripada separuh.

Ketiga : PELAJAR LEMAH,
FAHAM SEDIKIT ( 20 - 40 % )
Dalam kes ini, mereka memahami tidak sampai separuh daripada
apa yang dipelajari.

Kempat: PELAJAR GAGAL,
TIDAK FAHAM ( 0 - 20 % )
Ada pelajar yang tidak memahami langsung apa yang diajar. Ada juga pelajar
yang hanya memahami sebahagian kecil daripada apa yang dipelajari.

Sebagai seorang guru kita dapat mengesan keadaan prestasi setakat mana pelajar kita faham dengan pelajaran yang kita menerusi ujian yang kita adakan. Selepas memberi markah kita akan dapat ketahui setakat mana pelajar kita berusaha menggunakan kepakaran mendengar dan melihat pada penyampaian pelajaran kita selama ini. Dengan tindakan ini akan memudahkan kita menyusun teknik baru atau strategi lain dalam memberi bimbingan kepada semua pelajar kita di dalam kelas.

Selamat mencuba . ( Catatan ini saya petik dari buku panduan membimbing anak belajar- Dr. Mohd Shukri Abdullah Ph.D)




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 20 Februari 2010

Perkahwinan elak manusia terjerumus dalam maksiat.



Daripada Jabir, katanya dia mendengar Nabi bersabda : " Apabila ada anara kamu yang tergoda hatinya kepada seseorang wanita maka hendaklah pulang kepada isterinya bagi melepaskan rindunya. Sesungguhnya demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatinya". ( Hadis Rriwayat Muslim)
Perkahwinan adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Rumah yang didiam bukan sekadar tempat berlindung, bahkan tempat beristerehat, membina kasih sayang dan mencari keredahaan Allah.
Sesungguhnya, manusia perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan pisikologi dan fitrah dijadikan Allah. Maka atas tuntutan itu tanpa adanya perkahwinan, manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat.
Islam memuiakan sebuah perkahwinan dan menggalakkan umatnya berkahwin seperti mana sabda Rasulullah: " Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan ( daripada gejolak nafsu)".( Hadis riwayat Bukhari)

Sumber dari berita harian ( 16.Febuari 2010)

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Berminat ha ini peluang anda, x minat alamak melepaslah kamurang yee...trylah perkara baik ma...

Jom Jadi Guru!


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon-calon yang layak dan berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di institut-institut perguruan seluruh negara. Jom rebut peluang untuk menjadi guru.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
AMBILAN JUN 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :

Nama Program:Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah:Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Tempoh:Lima Tahun Enam Bulan (Termasuk Satu Tahun Enam Bulan Kursus Persediaan)
Mod Kursus:Sepenuh Masa
Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mac 2010
Info selanjutnya sila lunsuri laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rebut peluang ini.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 19 Februari 2010

Kisah ( pesanan roh kepada manusia)


Salam sejahtera.
Hari ini saya menerima khabar tentang kematian di desa ulu, rasa terkejut juga mendengar berita ini. Terus teringat pada sikap orang ini, dia selalu menghulur tangan bersalaman serta mudah tersenyum. Dia jarang menunjukkan muka muram, malah sentiasa senum dan begitu menghormati.
Alhamdulilah, pagi hari ini, saya menziarahi mayat arwah bersama teman sekerja Ustaz Sallehudin R. Dia mengetuai bacaan Yasin dan doa. Syukur ku panjatkan kepada Allah kerana dalam kesibukan tugas ini saya dan ustaz diberi masa menziarahi. Semoga roh orang ini ditempatkan oleh Allah di sisi orang yang beriman.
Malam ini, terasa ingin mengulas kutbah jumaat di desa pada solat jemaah jumaat hari ini, khutbah mengisi tentang kematian yang semua manusia akan menemuinya walau di mana tempat sekalipun. Terasa mata berat ..seolah memberi arahan agar saya pergi melelapkan mata. Tetapi terfikir pula hendak sampaikan niat untuk membuat catatan tentang kematian, lalu saya melayari internet pada line mozila firefox, terjumpalah saya tentang tajuk yang penuh makna ini iaitu: Kisah Kematian ( Pesanan Roh Kepada Manusia) apakah pesanan itu ayuhlah kita baca bersama semoga kita mendapat manfaat demi menuju taqwa dan amalan ke akhirat

( inilah kisah roh berpesan kepada manusia)

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majl! i! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah da! n cintanya kepada AllahS..W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
P/S : Petikan daripada emel yang diterima dari member induksi.TQ.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini