Salam sejahtera semua.
Apa jua masalah yang dihadapi anggaplah ia sebagai satu daripada dugaan hidup yang telah ditetapkan untuk anda. Jangan menghukum diri sendiri atau menunding jari menyalahkan sesiapa atas pertengkaran yang berlaku. Lihatlah semula pada diri anda, kaji sikap anda dan perbaiki apa yang berlaku.
Perasaan sedih, kecewa dan marah yang dirasai selepas bertengkar memang wajar anda rasakan namun jangan biarkan ia berpanjangan.
Dalam Islam mereka yang merasakan dirinya gagal mengawal emosi dengan baik seperti perasaan marah yang meluap-luap, sedih mahupun kecewa dinasihatkan agar segera mengambil wuduk dan bersembahyang sunat.
Mengambil wuduk boleh melapangkan fikiran dan melegakan kegelisahan hati yang sedang hebat bergelut dengan emosi. Berwuduk dan bertafakurlah seketika agar anda dapat merasakan ketenangan meresap ke dalam jiwa. Doakan agar pasangan atau sesiapa agar sejehtera atas kurniaan Allah.
Salam kasih sayang.
1 Pesona Kata Hati Mereka:
syaitan 'menguasai' manusia ketika manusia berada dlm 3 keadaan/situasi
-ketika nafsu syahwatnya sedang memuncak
-ketika seseorang sedang marah
-ketrika seseorang sedang bersedih..quavici
Catat Ulasan