KEPUTRAAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
Adapun nasab keturunan baginda S.A.W. adalah: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. Dikatakan bahawa nasib baginda S.A.W. ini sampai kepada Nabi Ismail A.S.
Nabi Muhammad S.A.W. lahir pada tahun Gajah iaitu tahun tentera Abrahah melanggar masuk untuk menyerang dan menawan kota Makkah. Namun percubaan untuk menawan Kaabah ini menemuni jalan kegagalan apabila Allah Taala mengantar sekumpulan burung Ababil untuk memusnahkan angkatan tentera Abrahah itu dalam sekelip mata sahaja. Mengikut pendapat yang paling hampir bahawa baginda S.A.W. telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun itu (terdapat juga beberapa pendapat lain lagi).
Baginda S.A.W. adalah seorang yatim ketika dilahirkan. Bapanya wafat ketika usia baginda S.A.W. dua tahun dalam kandungan ibunya. Setelah dilahirkan baginda S.A.W. dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib kemudian disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Bani Saad Bakri.
Kampung Bani Saad pada ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Setelah sampai Nabi Muhammad S.A.W. untuk menyusu maka kampung tersebut berubah dari sebuah kampung yang tandus kepada sebuah kampung yang subur lagi menghijau. Di kampung ini jugalah baginda S.A.W. telah dibedah perut oleh malaikat ketika usia baginda lima tahun. Ini adalah di antara keberkatan dan mukjizat baginda S.A.W. yang telah dikurniakan oleh Allah Taala.
Ibu baginda S.A.W. telah wafat ketika usia baginda enam tahun. Ini menyebabkan baginda S.A.W. menjadi yatim piatu. Kemudian baginda dipelihara dan dididik pula oleh datuknya Abdul Mutalib sehingga usia baginda lapan tahun. Setelah datuknya meninggal dunia baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.
Salam maulidurrasul
5 Pesona Kata Hati Mereka:
Salam..
Salam maulidur rasul
Semoga Allah selalu memberikan taufiq dan pertolonganNya kepada kita sehingga kita dapat berjalan mengikut manhaj NabiNya.
Wasalam zake..
oh anda dri sarawak ya..salam mmaulidurarsul..kita banyakkan selawat dan salam keatasnya..moga amal diterima. Tq visit laman saya ya..
Salam singah ..
selamat menyambut maulidur rasul
Wasalam..selawat dan salam kepda nabi junjungan..salam malidurrasul untuk kita semua..semoga mendapat manfaat..
Tq singgahnya..ya
salam ziarah..
salam maulidur Rasul pakcik..
j0m baca kesah mGhayat hati di page sy..m0ga ada hikmah pGajarannya =)
Catat Ulasan