Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 26 Februari 2010

Sesekali kita pelajari info fakta warna ( betulkah info ini) terserah pada diri anda sendiri.


( gambar sekadar hiasan)

Salam sejahtera.

Baru sebentar tadi saya membaca info atau maklumat tentang warna. Dikatakan bahawa warna pada pakaian kita adalah cerminan perilaku kita. Ada kebaikan dan rasionalnya kita mengetahui info ini, khasnya kepada lelaki yang kurang peka pada situasi dan keadaan.

Sebagai lelaki yang normal, kini berkeluarga, punya isteri dan anak-anak rasanya tidak salah jika saya buat n3 tentang warna ini. Info warna ini lebih ditujukan kepada lelaki. Sebagai lelaki kita harus menetahuinya, bukanlah kita mahu percaya 100% isu warna ini. Pada saya apa saja warna pakaian itu, asalkan warna itu sesuai dan bersih di pandang saya akan pakai. Bagaimanapun kebelakangan ini saya sering berpakaian pada warna ini.

Percayakah anda, dalam membuat pilihan warna pakaian untuk keluar rumah dan kemana sahaja, secara tidak senagaja warna pakaian kita tiba- tiba sama dengan pasangan kita ( isteri) atau kekasih. Itulah keadaan yang saya alami. Bila siap berpakaian saya lihat warna baju kami sama. Dalam hati saya diam saja, kekadang menyapa mama (wife) saya juga demikian. Itu namanya kebetulan.

Sejak akhir-akhir ini saya perhatikan saya keluar rumah dengan pakaian warna oren, hijau dan biru dan coklat. Dalam majalah yang saya baca malam ini, rupanya warna-warna yang saya catat di atas mempunyai rahsia. Oleh kerana saya perasan kerap berpakaian pada warna baju sebegini ketika ke majlis perkahwinan, ke makan amal, keluar makan bersama isteri, ke majlis ilmu anak-anak maka saya begitu terujalah membuat n3 warna mengnai oren, biru, hijau dan coklat. Betulkah ini just for fun untuk kita semua. terserah penilaian anda.

Kata dalam majalah ini warna cerminan perilaku seksual ( ruang sekologi)

OREN
Sebagai pencinta warna oren, anda menyukai fantasi seksual yang erotik. Bagi anda, aktiviti seks adalah permainan yang dramatik, di mana anda memegang peranan utama.

HIJAU
Anda "segar". innocent, dan mungkin tak tahu apa-apa tentang seks. Kata orang anda ini terlalu murni. Anda juga sopan dan lembut.

BIRU
Anda bertuah kerana terdiri daripada golongan yang sangat menggairahkan. Penuh perhatian dan sensitif, kuat dan sangat komited pada respons dalam hubungan. Anda menganggap hubungan intim sebagai permainan cinta anda yang sangat berseni dan sukar dilupakan. Jika anda berkahwin pasangan anda pasti beruntung.

COKLAT
Anda hangat, mempunyai pemikiran yang dalam dan amat sensitif. Keinginan dan hasrat pasangan sangat penting bagi anda.

Sekadar perkongsian info warna. ( ada juga kawan kata memang warna pada pakaian kita itu boleh mempengaruhi jiwa kita)



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

4 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

salam...
pd saya,warna yg saya pakia ikut mood saya...biasanya warna2 ceria-pink,oren,peach...jika mood utk keluar/jalan2 tu ceria,happy...jika 'dipaksa' utk keluar...pilih baju berjam2..baju yg dipakai terasa ada ja yg tak kena...

Lintagu berkata...

Bagus untuk perkongsian ilmu...:)

Zikri Husaini berkata...

Suka warna biru... :-)

etuza berkata...

salam kpda lintagu & zik.
Hai apa khabar?
Hehe! entahlah ada betul ke tu tentang warna, secara x senagja nampak maklumat ini..apapun just for fun..saja-saja. Kalaupun ada benarnya kita syukuri nikmat itu dariNya.