Jenazah Syafiah selamat dikebumi
|
HULU SELANGOR 27 Feb. - Jenazah kanak-kanak malang, Syafiah Humairah Sahari yang mati didera oleh teman lelaki ibunya kelmarin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, hari ini.
Sebelum itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan bilik mayat Hospital Kuala Kubu Bharu, sebaik sahaja jenazah kanak-kanak berusia tiga tahun itu dituntut oleh datuknya, Aziz Shahar, 50, kira-kira pukul 1.30 tengah hari.
Jenazah Allahyarham Syafiah Humairah kemudian dibawa pulang ke rumah Aziz di Kampung Batu 16, Sungai Plong.
Suasana pilu semakin terasa sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikafankan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17, Kuang pukul 4 petang.
Kelmarin, Syafiah Humairah mati akibat didera oleh teman lelaki ibunya di padang bola berhampiran rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali.
Kanak-kanak malang itu dihantar ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu kira-kira pukul 8.30 malam oleh lelaki berkenaan yang mendakwa Syafiah Humairah terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Namun, pihak hospital yang curiga dengan tingkah laku lelaki itu menghubungi polis kira-kira pukul 11 malam untuk memaklumkan mengenai kemungkinan kematian kanak-kanak itu akibat didera.
Berikutan itu, suspek berusia 28 tahun kemudian ditahan pukul 3 pagi semalam bagi membantu siasatan.
Sementara itu, ketika proses bedah siasat sedang dijalankan, berlaku kekecohan di luar bilik mayat apabila keluarga suspek datang untuk menziarahi mangsa.
Saudara dan kenalan keluarga ibu mangsa yang tidak dapat menahan kemarahan cuba menyerang keluarga suspek.
Keadaan itu bagaimanapun kembali terkawal apabila keluarga suspek mendengar arahan supaya mereka meninggalkan hospital tersebut secepat mungkin.
3 Pesona Kata Hati Mereka:
Salam kpda pembaca.
Membaca artikal ini dan realiti seperti ini membuatkan jiwa saya jadi resah,sedih dan pilu. Hati bertanya mengapa bayi yang sesuci kain putih dan tanpa secalit dosa di dera hingga meninggal dunia. Ya Allah inikah cara beberapa insan mengutip amal sebagai bakti di dunia. Kebalkah diri menghadap hukuman Allah. Astagfirullahi azim. Jauh kami dari musibah sebegini..beri petunjuk kepada hambaMu seperti kami ke jalan yang terang bercahaya.Amin
salam...
disyurga tempatmu adik Syafia...
saya amat geram pd ibunya...
dah la bersekedudukan..hingga ada anak luar nikah...
dia kata dia tahu bopren dia panas baran..sering marah kat anaknya..
dah tu dok biarkan,kenapa?
keluarganya dah byk kali bgtau..tp dia tak percaya anaknya sering didera...
wasalam..
Saya hanya pandang pada sidut syafia yang malang itu. 3 tahun!!! apa benda yang boleh difikir..masih bau bayi ..di dera. Ya Allah!
Inilah tanda2 besar manusia akhir zaman...ada juga wanita macam ibu syafia itu, membiarkan tindakan orang menyakiti anaknya... Bagilah peluang anak sekecil itu mengenal dunia nyata...
Catat Ulasan