Di sekolah, anak kita belajar di dalam kelas. Dalam konteks ini, ia meliputi bilik darjah, makmal,bilik kemahiran, bengkel dan di luar kelas.
Apabila guru mengajar, pelajar dapat dibahagiakan kepada empat kelompok atau empat kemungkinan berikut:
Pertama : PELAJAR CEMERLANG,
FAHAM SEPENUHNYA ( 75 - 100 %)
Dimana anak kita memehami sepenuhnya apa yang diajar. Kalaupun dia
tidak menegrti 100 peratus, sekurang-kurangnya dia telah
memahami sebahagian besar dari apa yang telah diajar.
Kedua: PELAJAR SEDERHANA,
FAHAM SEBAHAGIAN ( 40 - 75 % )
Dia memahami hanya sebahagian daripada apa yang diajar. Ada yang di
fahami tidak sampai separuh dan ada yang lebih daripada separuh.
Ketiga : PELAJAR LEMAH,
FAHAM SEDIKIT ( 20 - 40 % )
Dalam kes ini, mereka memahami tidak sampai separuh daripada
apa yang dipelajari.
Kempat: PELAJAR GAGAL,
TIDAK FAHAM ( 0 - 20 % )
Ada pelajar yang tidak memahami langsung apa yang diajar. Ada juga pelajar
yang hanya memahami sebahagian kecil daripada apa yang dipelajari.
Sebagai seorang guru kita dapat mengesan keadaan prestasi setakat mana pelajar kita faham dengan pelajaran yang kita menerusi ujian yang kita adakan. Selepas memberi markah kita akan dapat ketahui setakat mana pelajar kita berusaha menggunakan kepakaran mendengar dan melihat pada penyampaian pelajaran kita selama ini. Dengan tindakan ini akan memudahkan kita menyusun teknik baru atau strategi lain dalam memberi bimbingan kepada semua pelajar kita di dalam kelas.
Selamat mencuba . ( Catatan ini saya petik dari buku panduan membimbing anak belajar- Dr. Mohd Shukri Abdullah Ph.D)
2 Pesona Kata Hati Mereka:
Salam pakcik, biasanya zik ditahap ketiga.memang kena banyak usaha sendiri. Tak boleh nak mengharapkan cikgu semata-mata.
faktor kedudukan dalam kelas pun memberi % kefahaman.tumpuan dalam pelajaran.
zik, pkcik dulu2 juga di tahap kedua time sekolah rendah, bila sekolah menengah tu, barulah usaha kuat, saya rasa ketinggalan dan malu dengan kawan2, tepat tu zik kena usaha baru dapat bersaing secara positif.
Catat Ulasan