Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 20 Februari 2010

Perkahwinan elak manusia terjerumus dalam maksiat.



Daripada Jabir, katanya dia mendengar Nabi bersabda : " Apabila ada anara kamu yang tergoda hatinya kepada seseorang wanita maka hendaklah pulang kepada isterinya bagi melepaskan rindunya. Sesungguhnya demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatinya". ( Hadis Rriwayat Muslim)
Perkahwinan adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Rumah yang didiam bukan sekadar tempat berlindung, bahkan tempat beristerehat, membina kasih sayang dan mencari keredahaan Allah.
Sesungguhnya, manusia perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan pisikologi dan fitrah dijadikan Allah. Maka atas tuntutan itu tanpa adanya perkahwinan, manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat.
Islam memuiakan sebuah perkahwinan dan menggalakkan umatnya berkahwin seperti mana sabda Rasulullah: " Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan ( daripada gejolak nafsu)".( Hadis riwayat Bukhari)

Sumber dari berita harian ( 16.Febuari 2010)

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: