Fenomena Facebook.
Salam semua, memang diakui. Perkataan "facebook" menjadi suatu perbualan hangat yang mengubungkan dunia maya secara global tanpa sekatan. Facebook dilihat sebagai fenomena/tsunami yang baru selepas myspace dan friendster.
Tidak kurang juga dengan itu, facebook telah menyebabkan beberapa kekecohan dari segi sudut negative yang berlaku disebabkan oleh FB juga.
Namun begitu, dari segi sudut positif, FB sebenarnya meransang/menjana ekonomi dalam bidang maya diseluruh dunia. Tetapi harus digunakan dengan sebijaksana yang mungkin.
Kebaikan FB.
Kebaikan FB.
- Dapat mencari kawan baru dan kawan lama yang terpisah sejak dari sekolah, universiti.
- Menerima respons dengan sangat pantas, menerima maklumat dengan terkini.
- Mempromosikan barang atau servis di facebook secara berbayar atau tidak.
- Hebahan maklumat yang begitu mudah, sistematik dan efektif.
- Jimat kos (daftar percuma), business secara online.
- dan sebagainya...
- Jenayah cyber yang tidak disangka-sangka (terbaru, dengan FB menyebabkan kecurian di rumah, hasil dari update status,hanya cakap pergi keluar rumah).
- Masalah sosial ( menunjuk gambar-gambar sosial yang keterlaluan, skandal dan sebagainya).
- Applikasi games yang terlalu banyak sehingga mengundang kelalaian, best-best lak tuh. Contohnya mafia wars, farmville, poker dan sebagainya.( boleh dibendung jika beringat, dan
- Permusuhan, pergaduhan, salah faham dari sebab update status itu sendiri. (kutuk mengutuk).
- Prestasi kerja/akademik merudum (bergantung).
- Digunakan sebagai senjata untuk mengugut seseorang/individu yang tidak disukai.
- dan sebagainya... kalau ada idea lain, boleh tambah di ruangan komen.
Panduan menggunakan FB.
1. Jangan terlalu emosi, apabila menukar status.
2. Jangan masukkan isu-isu perkauman/agama.(jaga tutur kata).
3.Pastikan maklumat-maklumat yang hendak dimasukkan dalam FB jangan terlalu details untuk orang lain boleh menyalahgunakannya.
4. Lagi bagus kita masukkan unsur-unsur dakwah untuk mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan yang lain.
5. Buang/kurangkan penggunaan applikasi yang ada di FB. Gunakan jika ia benar-benar membantu dalam kehidupan seharian kita.
Catatan ini saya copy di laman ZIK Jalanan Sepi Perantau.( harap maklum)

2 Pesona Kata Hati Mereka:
terima kasih pakcik ... diberikan credit kepada saya.
Erm facebook nie sebenarnya bagus, cuma kadang-kadang orang banyak menyalahgunakannya..itu yang jadi semakin parah sekarng ini.
contohnya isu perkauman..
Zik, saya orng baru di FB, apa lagi saya tag saja di fb kwan2 niat nak dakwah, baru saya sedar tak mnta izin, kena minta izin dulu baru selesa tag maklumat seperti dlm bentuk note ni..tidaklah semua orang. Bagus n3 Zik tu bagi kita panduan agar bijak dan berhati-hati.
Catat Ulasan