.
Salam sejahtera.
Adakah anda seorang ayah kepada ramai anak-anak, atau adakah anda seorang lelaki yang ada perasaan kasih sayang terhadap anak-anak. Sayang sekali jika anda hari ini ditakdirkan sebagai lelaki tetapi tiada rasa keikhlasan menyayangi anak-anak mahupun orang-orang yang amat menyayangi anda.
Lebih parah jika hari ini, anda adalah lelaki yang tahu mendirikan rumahtangga tetapi kurang tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak sendiri. Saya ada melawat laman Hafizah ( Dairi Diskusi Diri) dan laman maya Kamsiah ( Detik-detik indah dalam hidupku). Anda mahu tahukah apa kandungan atau maklumat mereka baru-baru ini?. Silakan melayari laman insan ini di dalam kolum kanan pada blog saya etuza warna kehidupan. Tengoklah betapa ngeri BAYI dibuang ke longkang, ke dalam mangkuk tandas, ke laut, ke perit, ke tong sampah, ke dalam bungkusan , ke semak berduri dan di mana-mana yang difikirkan tersorok. Sakit mata memandang, pedih hati leleki etuza melihat nyawa terkorban walhal BAYI itu suci dan putih. Ya Allah inikah perbuatan manusia akhir zaman? inikah tauladan untuk generasi mendatang?.Tidak!!!!..harap kembalilah kepangkal jalan, lihatlah gumpalan dosa-dosa membelit dirimu wahai insan yang membuang bayi bernyawa.
Teman/ pembaca laman etuza warna kehidupan. Mohon dimengertikan bahawa kata-kata itulah yang saya luahkan pada n3 baru saya ini. Kerana tepat jam 1.45 minit petang saya menghidangkan makanan tengahari untuk anak-anak kami, 3 yang lelaki dan 1 perempuan yang kami namakan Puteri Nuraliya Adibah. Umur sudah 5 tahun dan sudahpun pandai menyuap nasi ke mulut, boleh berdikari sendiri. Tetapi apa yang terjadi dia enggan makan, saya paksa, dia tutup mulut katanya "TAK MAHU MAKAN, KENYANG" . Saya selaku ayah padanya risau sangat kerana kelmarin juga dia hanya menyuapkan nasi sekadar 2 atau 3 suap, itupun saya suapkan. Saya paksa dia makan kerana tepat jam 2.00 petang hari ini mereka akan terus saya hantar ke kelas agama di desa laut. Bagaimana keadaannya jika tidak mahu menjamah makanan. Saya memang sibuk apabila menjelang hari isnin hingga jumaat, sabtu dan ahad. Kesibukan saya sebagai seorang lelaki ekoran dari isteri saya menjalani latihan mengajar di SMK Keningau 1 hingga tamap pada 26.April 2010.
Segala kerja-kerja isteri saya berpindah ke tangan lelaki ini. Memberi makan kepada anak-anak,menyediakan pakaian mereka, membasuh kain, membersihkan lantai rumah, melipat kain baju yang dah kering, ringkasnya apa -apa sahaja kerja isteri saya adalah menjadi tanggungjawabku seorang hinggalah jam 6.00 petang. Barulah saya sedar dalam bab menyediakan makanan anak-anak itulah yang sangat mencabar, tambahan anak-anak tidak selera masakan kita( maklum lelaki) hati rasa hendak marah, apabila anak-anak pandang juadah saja seolah tidak selera makan. Hendak bagi tiap-tiap petang makan meggi segera, sardin tin..alamak sayapun tak selera. Hai! masa, rasa terlalu lama masa jika kita menunggunya. Siapalah tidak mahu kalaulah masa itu cepat menghampiri april sayalah yang paling gembira dan bersyukur kerana mama kembali beraksi di dapur etuza home memasak untuk kami anak-beranak.
Apa kaitannya dengan n3 ini, satu lagi mesej dalam maklumat saya ini ialah tanggungjawab seorang isteri dan emak kepada anak-anak kita juga amat berat. Lihatlah laman etuza, saya perlihatkan kelemahan para lelaki dalam memberikan makan dan minum kepada anak-anak. Pengurusan rumah tidak sama dengan cara para wanita mengurus rumah. Maka apa alasan para suami atau lelaki yang sudah punya 1 isteri sekurang-kurangnya dan ayah kepada anak-anak itu jika tidak menyayangi anak-anak dan isteri. Apakah kuat hujah anda bahawa tugas semua urusan rumahtangga terpikul di bahu isteri semata. malang sungguh jika ada lelaki yang beranggapan sebegitu. Lihatlah kesibukan saya, menggalas tugas isteri ketika isteri keluar bertugas. Jika dibiarkan tidak diurus apa-apa sahaja tugas isteri di rumah..hehe! alamatlah berserakan sampah di dalam rumah anda, habuk sana-sini dan keadaan dapur berantakan. Hehe..keadaan ini tidak mustahil berlaku dalam family kita jika keegoan lelaki itu sukar dibendung.
Salam perkongsian rumahtangga dari etuzaWarnakehidupan.
Inilah tanda kita menyayangi anak-anak, kita mahu beri mereka kesihatan, tetapi akan ada masa mereka tidak berselera makan. Kita masak sedap sekalipun jika anak-anak tidak selera makan maka mereka tidak akan menjamah makanan itu. Apa yang berlaku ialah mereka akan menangis dan memborontak. Saya risau sangat Nuraliya tidak menjamah makanan sejak kelmarin, entah apa sangat dia makan di kelas TABIKA KEMAS di desa ulu. Katanya dia dan kawan-kawan diberi makan 2 kali dalam satu sesi pembelajaran di TABIKA KEMAS. Entah betul atau tidak saya kurang periksa. Saya ada mengunjungi sekolah TABIKA anak saya ini, tetapi lupa pula menanyakan kekerapan makan juadah dalam satu sesi pembelajaran hingga jam 11.00 pagi.

2 Pesona Kata Hati Mereka:
macam-macam hal dah berlaku ...kes pembuangan bayi ini. entahla...
kenapa dengan anak pakcik yang paling bongsu, tak mahu makan??
Salam zik, yup! dua hari x mahu, kena suap 2, 3 kali sudah cukup. Tapi ok sudah, tadi dinner berselera dia. Sya risau anak kami kena gstrik. Sayang anak katakan zik.
Catat Ulasan