Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 24 Februari 2010

Guru Besar SK. Penagatan bertukar ke St. James, Apin-Apin, Keningau & Majlis bersalaman dengan murid hari ini.

Wah! serba biru, kebetulan pakai baju warna
sama. Biru itu lambang hati yang damai
dan tenang.
Inilah kenangan akhirku bersama
Guru Besar En. Nasip Dipal,sebelum ke sekolah baru.
Senyum itu ibadah dan sedekah serta
boleh awit muda kata guru besar.hehe!
memang kita digalakkan agar senyum ikhlas pada
kekawan..kita
En. Nasip Dipal duduk membelakang ketika
menjamu juadah di kantin SKPK.
Gambar kenangan abadiku.
En. Nasip Dipal bergaya dengan baju ala-ala
koprat versi SKPK. Sedang berucap dalam
satu majlis rasmi. Beliau memang kaya dengan
motivasi.
Sempat posing sakan bersama Philipah dan
Pn. Siti Kaidah, tengok tu serba biru, tudung
Cg. Siti Kaidah juga biru hari saya ambil photo ini.
Salam perpisahan, Jumpa lagi.

Inilah relaiti sebagai kakitangan kerajaaan. Seorang pegawai penjawat awam seperti tugas sebagai guru besar, terpaksa akur dengan situasi bertukar ke sekolah lain. Begitu juga dengan semua kakitangan guru lain yang berkemungkinan akan ditukarkan ke sekolah lain sebagai pendidik kepada anak bangsa tercinta.

Hari ini, nampaknya guru besar baru SK. Penagatan, Keningau iaitu En. Goripin telah datang melaporkan diri di SKPK. Satu majlis ringkas diadakan di bilik guru sebagai mengalu-alukan kedatangan guru besar baru dan meraikan kepergian guru besar lama En. Nasip Dipal ke St. James, Apin-Apin, Keningau. En. Nasip Dipal dalam ucapannya mengharap agar SKPK mampu menunjukkan kejayaan yang cemerlang pada tahun akan datang. Beliau berharap segala apa saja urusan silalah bekerjasama dengan guru besar baru. Tanpa kerjasama apa saja perkara tidak akan selesai. Beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga guru kerana selama bertugas di SKPK beliau nampak guru2 SKPK menjalankan tugas dengan penuh kometmen.
Selesai sahaja guru besar baru berucap secara ringkas, maka majlis bersalaman dengan murid diadakan di dewan serbaguna SKPK. Majlis ringkas perpisahan bersama murid ini selesai pada jam 12.40 tengahari.

Salam perpisahan kepada GB En. Nasip Dipal.
Semoga ceria dan gembira bertugas di sekolah baru.
Kami warga pendidikan di SKPK tetap mengenang jasa dan budi tuan.

Salam 1 Malaysia. Jumpa lagi..

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: