Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 10 Ogos 2014

Alamak Apa Dah Jadi!!...

Inilah proses penyembelihan ayam-ayam yang
diguanakan untuk dibuat gulai atau lauk pauk.
Puteri etuza yang kedua nampaknya mengambil gambar
kenangan ini di sekolahnya di SMK Agama Mohammad Ali Ranau, Sabah.
Sebagai ayah saya rasa inilah pengalaman sebenar dia 
sedangkan di rumah di kampung jarang sudah nak
sembelikan ayam, berbanding zaman remaja saya.
Di mana saya selalu membantu ayah dan ibu 
mencabut bulu ayam selepas ayam yang telah disembelih itu
direndam dalam besen berisi air panas. 
Kata ibu selepas direndam bulu ayam akan mudah dicabut
sehingga bersih.
Nampaknya ini pengalaman luar biasa anak perempuan etuza.
Boleh lah dia bagitahu kami bagaimana
caranya nak bersihkan bulu ayam yang baru disembelih.

Ok jemput tengok ya..

ALAMAK!!!! apa dah Jadi!!!!

Dimasukkan ke dalam besen besar..

Buka kepala ayam..


Ayam sedia dituangkan air yang panas untuk mudah cabut bulu2 ayam.


Gotong royong mencabut bulu ayam secara team work.
Inilah prosesnya..


 Ha tengok dah siapa pun..nampak bersih..
Alamak nampak bulat..lepas ni apa nak buat?

Hampir siapa..

Alamak apa dah jadi ni !!!
Tak apa lah cepat-cepat potong potong..
orang dah sedia nak masak...

Ha ini lah kejadiaannya..
kan dah kata bulat, jadi ayam bulat .


Tahnia pada anak saya dan kawan-kawannya sekurang-kurangnya
telah belajar sesuatu yang baru.
Sempat abadikan dengan ayam bulat,...
Ok yang pegang dagu tulah puteri kedua etuza..
happy lah tu berjaya membuat misi mencabut bulu-bulu
ayam, saya difahamkan inilah antara anak guru yang
bersama dalam majlis makan-makan mereka..
layan...


Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

14 Pesona Kata Hati Mereka:

Cik Nor berkata...

terbaikk..:)

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

biasa saja nieza...terpanggil entry kan pengalaman anak-anak...biasa beli yg dah kena potong sedia kat market..ayam siap sedia masuk kuali..ni yg segar ni baru sembelih kan..

Ain I Mama berkata...

singgah blogwalking..last raya tahun lepas dpt la merasa cabut bulu ayam kampung. selalunya makan ayam bandar je.hehe

Jejari Menaip berkata...

saya tolong pegang dan makan je..:D

ujud al ikhwan berkata...

boleh di coba :)

Blog Santai berkata...

Menarik gak pengalaman dia orang ni..bukan semua merasa ni...

Unknown berkata...

terima kasih yang drop komen ya..sangat dihargai..

suka suka berkata...

Assalam Etuza... anak saya dulu sekolah agama pun ada praktikal sembelih ayam.. saya tak sangka juga sebab ingatkan belajar akedemik dan ilmu agama .. dia org pun seronok dpt makan ayam sembelihan sendiri..

Mrs Velentine berkata...

alhamdulillah....belajar sesuatu yg baru..kalau MV tgk ni teringt zmn sekolah bab cabut bulu ayam kalau ada kenduri mmg MV lah tendernya

SalbiahM berkata...

wah..cabut bulu ayam bagai, baju sekolah sikit pun tak kotor.hebat adik-adik

Unknown berkata...

ya tu lah cabut bulu ayam..saya tak sempat ajarin dia bab baba cabut bulu ayam..nilah bagus jua sekolah dia ada aktiviti ini..tq drop komen ya

Dunia Zumal berkata...

Zumal tak sanggup la buat semua tu. Selalu beli ayam proses jew ^_^

Cikwa berkata...

ehh anak guru tu macam kenal lah..ibu dia cikgu jugak klau tak silap nama panggilan Wanie kan?