Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 5 Mac 2013

Petua Teman Sezaman Mujarab ( Alhamdulillah )

   Ada teman mengatakan bahawa tidak ada ubat khusus jika kita diserang selesma, yang antara tanda selesma menyerang ialah, bersin, batuk-batuk, sakit tekak, sakit hidung, demam panas dan hidung berair serta korongkong gatal. Kalau terhidu asap dan debu-debu bertambah lah kekerapan untuk bersin.
http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com kalau anda klik entry ni, anda akan terbaca satu petua untuk sembuhkan sakit tekak dan pulihkan suara asal kita. Petua ini petang kemarin saya amalkan dan ternyata " SEKALI MINUM" menggunakan gelas air ramuan ini, sakit tekak dan suara saya beransur sembuh. Subahanallah..syukran kepada yang maha esa dan sangat berterima kasih kepada teman sezaman itu. Semoga Allah beri limpahan pahala kepada teman yang menurunkan petua itu kepada saya pada pagi ahad minggu lalu. Ramuan ini bagus kerana HARUM, ADA AROUMA, ADA RASA ASAM PEDAS kerana gabungan  limau nipis, halia dan kunyit. Tidak perlu letak garam atau gula. Tetapi sesuai jika di letakkan sesudu madu asli. Cubalah petua ini.
Sebelum menutup pintu blog Pesona, 
ini ada satu lagi petua yang saya baca
dari buku bertajuk,
"Jus sihat bagi golongan berdarah B "
terbitan Synergy Media 

AWET MUDA

Untuk 1 Bahagian
150 gram brokoli
150 gram bayam tanpa akar
300 gram epal hijau-dikupas.

Cara
Proses semua bahan dengan menggunakan pemerah jus.
selamat mencuba
@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

7 Pesona Kata Hati Mereka:

ewanthology berkata...

saya pun tgh sakit tekak sekarang ni.... nak telan nasi pun susah.

Arina Shamsul berkata...

alhamdulillah...setiap kesembuhan adalah dari-NYA.

terima kasih atas perkongsian petua yg baik ni cikgu :) insyaallah nanti akan dicuba.

Unknown berkata...

wahhh !menarik....bole cuba nanti...ahaks

lynmunir berkata...

Kalau berdarah A+, petuanya macam mana pulak ?

Miss N™ berkata...

pertama kali nur dengar ni..
nanti boleh cuba.. :)

terima kaseh sudi berkongsi.. :)

Mrs Velentine berkata...

first time dengar tp kalau makan mcm tue jak mmg paling febret

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. berkata...

semua bahan sedap2 dimakan. yummy... trm kasih ats petua diberi