Masuk ke 2 hari hujan di area tempat tinggal etuza di Keningau, Sabah. Sejak awal malam pada hari ahad hingga petang dan hari isnin, jam 11.56 minit malam masih hujan lagi. Rasa sejuk jika hujan malam, deru hujan malam menampar atap rumah kadangkala menghiburkan dan mengasyikkan, bagaikan menjadi muzik yang tidak dapat dipersembahkan oleh okestra handalan.
Deru hujan malam..bagaikan menemaniku mancatat nota ringkas di dalam Pesona Blog, sebagai pengisian malam sambil mendengar deru hujan malam. Terbayang jika esok masih hujan lagi, agaknya akan terbantut sesetengah rancangan kehidupan esok hari. Dan yang pastinya nikmat hujan malam akan melenakan kita dan menjadikan kita bangun pagi hari esok dengan badan yang segar kerana lenanya tidur di malam hari kerana terbuai lena oleh deru hujan malam.
Ok kalau hujan berterusan, pastinya ada kain yang basah kerana tidak kering di laman, ada limpahan air yang akan menakungi kawasan rumah, air sungai bagaikan dibancuh dengan serbuk tanah kuning lalu air mengalir kuning dan kelabu, lumpur sana-sini dan tanah becak mengotorkan kereta,kotorkan kasut dan selipar kita.
Tapi usah kita lupa nikmat hujan ini, hujan membasahi bumi menyirami pepohon nan hijau, katak dan mergas tua dihutan bersahutan kerana merasakan air sebagai minuman dini hari. Menyirami dan menyuburkan tanaman melata oleh petani desa, lalu tanaman sayuran dedaun hijau, apa jua tanaman akan membesar tumbuh dan akhirnya mengeluarkan hasil yang baik hingga petani mengaut rezeki jualan tanaman di kota. sawah bendang cukup ditampung air, semuanya nikmat kala hujan membasahi buana ini.
Untuk itu hendak berpesan pada diri dan sesiapa yang terjah membaca, bahawa tidak perlu risau dan bimbang jika hujan rancak berpanjangan kerana pasti akan ada hentinya dengan takdirNya juga.Sebaliknya banyakkan zikir membesarkanNya kerana Dialah yang maha tahu rahsia hujan. Alhamdulillah tepat 12.10 minit malam ini, tidak lagi kedengaran deru hujan malam, bermakna hujan hingga 2 hari di daerah ku sudah berhenti dengan takdir Allah. Maka berilah izin untuk ku beradu, semoga hari esok menjadi yang terbaik untuk ku, untuk mu jua. Selamat malam..
Deru Hujan Malam Ku kini tamat....)
@hakcipta etuza
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini
16 Pesona Kata Hati Mereka:
salam bro...hujan rahmat yg turun..membasahi bumi yg sedang tenat.......
hari ni mmg lebat betul hujankan,,,
salam etuza..di Kelantan juga hujan sejak awal pagi Ahad. Bimbang juga berlaku banjir krna sbhgian bsr murid2 tinggal di kwsan rendah. Cuma mampu berdoa hujan akn reda sebelum Khamis ni sbb hari tu ada merentas desa sek n Le Tour de Langkawi di dpn sek.
hujan tu rahmat ALLAH...diberi cuaca hujan dan panas,semua org pasti mendapat habuan masing2...peniaga2 air,penoreh getah...amat mengharapkan cuaca yg panas...pekebun pula..hujan amat diperlukan oleh tanaman mereka..
saya suka hujan..waktu malam...sejuk ja tido hehe
perghh sedap tdo hujan2 nih.. haha
hujan rahmat tuu..
kalau hujan malam2 mmg best tido kan. tenang rasanya.
Assalammualaikum.
Uncle..baris ayat uncle dalam entry ni spt yang selalu saya jumpa dalam novel.. ^_^
Entri yg penuh bunga dan lenggok bahasa..nice
sini pon hujan je cikgu...
dah dua hari saya balik kerja malam dalam hujan.......
kat sini pun hujan tak berhenti :-)
*btw, pasal baucer tu, saya kurg paham soalan awk..
emmm actually, saya dapat baucer tu, disebabkan marketing manager dia emel saya.. saya pun xpasti dari mana dia ambik emel saya.. eh, tapi maybe dr blog la kot...
sy xpasti napa dia pilih blog saya.. apa kreteria dia :-)
hujan rahmat Tuhan..
di Kulim pun skrg hujan jugak,selalunya sbelah petang..
mmg hujan skg ni..tue yg bikin demam..tp alhamdulillah sejuk jugalah bumi sabah
kat johor bahru pown slalu hujan mlm skang ni. sedap laaa tidur. kelmarin, seminggu hujan siang, kain jemuran pulak yg sejuk. klau nk pkai baju kenalah iron dulu...
hujan ke panas ker, tak elok mengeluh kannnnn
Waktu hujan antara waktu afdal utk berdoa....betul kan?
Catat Ulasan