Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 26 Februari 2013

Deru Hujan Malam

    Masuk ke 2 hari hujan di area tempat tinggal etuza di Keningau, Sabah. Sejak awal malam pada hari ahad hingga petang dan hari isnin, jam 11.56 minit malam masih hujan lagi.  Rasa sejuk jika hujan malam, deru hujan malam menampar atap rumah kadangkala menghiburkan dan mengasyikkan, bagaikan menjadi muzik yang tidak dapat dipersembahkan oleh okestra handalan.

Deru hujan malam..bagaikan menemaniku mancatat nota ringkas di dalam Pesona Blog, sebagai pengisian malam sambil mendengar deru hujan malam. Terbayang jika esok masih hujan lagi, agaknya akan terbantut sesetengah rancangan kehidupan esok hari. Dan yang pastinya nikmat hujan malam akan melenakan kita dan menjadikan kita bangun pagi hari esok dengan badan yang segar kerana lenanya tidur di malam hari kerana terbuai lena oleh deru hujan malam.

Ok kalau hujan berterusan, pastinya ada kain yang basah kerana tidak kering di laman, ada limpahan air yang akan menakungi kawasan rumah, air sungai bagaikan dibancuh dengan serbuk tanah kuning lalu air mengalir kuning dan kelabu, lumpur sana-sini dan tanah becak mengotorkan kereta,kotorkan kasut dan selipar kita. 

Tapi usah kita lupa nikmat hujan ini, hujan membasahi bumi menyirami pepohon nan hijau, katak dan mergas tua dihutan bersahutan kerana merasakan air sebagai minuman dini hari. Menyirami dan menyuburkan tanaman melata oleh petani desa, lalu tanaman sayuran dedaun hijau, apa jua tanaman akan membesar tumbuh dan akhirnya mengeluarkan hasil yang baik hingga petani mengaut rezeki jualan tanaman di kota. sawah bendang cukup ditampung air, semuanya nikmat kala hujan membasahi buana ini.

Untuk itu hendak berpesan pada diri dan sesiapa yang terjah membaca, bahawa tidak perlu risau dan bimbang jika hujan rancak berpanjangan kerana pasti akan ada hentinya dengan takdirNya juga.Sebaliknya banyakkan zikir membesarkanNya kerana Dialah yang maha tahu rahsia hujan. Alhamdulillah tepat 12.10 minit malam ini, tidak lagi kedengaran deru hujan malam, bermakna hujan hingga 2 hari di daerah ku sudah berhenti dengan takdir Allah. Maka berilah izin untuk ku beradu, semoga hari esok menjadi yang terbaik untuk ku, untuk mu jua. Selamat malam..
Deru Hujan Malam Ku kini tamat....)
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

16 Pesona Kata Hati Mereka: