Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 25 Februari 2013

Satu Pilihan Yang Tepat!

    Jika ada jalan pilihan lain, rasanya jalan itu yang akan dipilih oleh ramai orang atau masyarakat di mana-manan di Malaysia. Sayang kerana hakikatnya tidak ada jalan pilihan lain selain jalan yang satu ini sahaja. Sayang  sekali kerana agak kurang yang memilih jalan ini walaupun mereka diberi hak untuk pilih juga jalan yang satu ini.  Cuma kalau kita memilih jalan ini adakah kita dikatakan kolot atau fikiran sempit sampai tergamak pilih jalan yang satu ini. Entahlah...tanyalah diri sendiri selepas selesai membaca entry ini.

Sekarang sudah mulai kecoh hal POLITIK, maka ramailah yang tampil bersuara, kebetulan Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, di mana kita bebas membuat pilihan yang kita rasakan tepat untuk menjadi pemimpin. Ok...rasa terpanggil hendak memberitahu hal disekelilingi kita, baik di kampung dan desa ada sahaja usul, pendapat dan suara-suara pro kerajaan, jarang pula yang kita dengar mereka memperkatakan kebaikan kerajaan yang sedang memerintah Negara kita sekarang. Walhal kerajaan sudah membuat yang terbaik untuk kita nikmati bersama, kerana macam-macam pembangunan dan bantuan disalurkan untuk memajukan rakyat di mana-mana di Negara kita yakni Malaysia. Adapun yang kita dengar melalui suara2 pemimpin itu sendiri menerusi akhbar-akhbar dan di kaca televisyen serta di internet menerusi laman sosial, demi menunaikan hasrat RAKYAT DIDAHULUKAN & JANJI DITEPATI.

Kita tidak nafikan semakin hampir PRU -ke 13, maka suara-suara yang berani berdebat kita kini dengar saban hari. Apa yang lucu ialah ada sesetengah masyarakat bukan main lagi kutuk pemimpin itu dan ini, mereka kata macam-macam sambil mereka membanggakan pemimpin yang baru yang mereka kata layak untuk menjadi pemimpin. Hal isu lain seperti hak pemilikan tanah, hak kerakyatan dan macam-macam ditimbulkan. Dia benar-benar aggungkan pemimpin dalam parti politik yang dia pilih masa itu. Tetapi beberapa hari kemudian dia ( orang yang sama ) tiba-tiba kita dengar telah beralih lagi ke parti politik lain. Di sinilah letaknya kerapuhan parti politik itu sendiri apabila ahli yang benar-benar berjuang menyokong parti politik itu, akhirnya beralih lagi ke parti politik pimpinan lain, tetapi masih menyalahkan kerajaan masa sekarang.  Di mana lah kedudukan dia tu...bukan kah sudah ketara dia di jalan yang salah. Kerana asyik berpindah parti politik yang disokong.

Kalau lah dapat, kita pilihlah jalan sebagai masyarakat biasa dengan  hanya memilih jalan yang SATU ini, iaitu berserah pada Allah bahawa nawitu kita hidup ini hanyalah hendakkan kebahagiaan di DUNIA dan di AKHIRAT.  Kalaulah jalan ini pilihan yang tepat maka kita tidak akan kisah parti politik mana yang akan menang di PRU13 nanti, kerana undi kita hanya Allah yang tahu. Undi itu rahsia.Jika parti itu yang menang maka kita bersyukurlah dan berdoalah agar Negara kita tetap aman dan damai hingga akhirnya kita rasa selesa dalam merlayarkan kehidupan dengan menghambakan diri hanya kepada Allah lillahhita,ala.
@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

16 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

betul bro... pilihan di tangan kita.... kita tunggu dan lihat.....
jalan terang atau berliku..... haluan kita utk melangkahnya.....

Abang Karu berkata...

sbb ini lah saya tak minat politik....
sana kutuk sini....
sini kutuk sana....haiyaaa

sweetie berkata...

Saya sokong... semua kita mahukan kebahagiaan dunia dan akhirat!

Unknown berkata...

jadi pilihan mana yang tepat ! hehehe...ikut kata hati lah eh !

Kamsiah yusoff berkata...

jika pilihahn kita A..jgn mengkritik mereka yg memilih B...pilihan masing2...namun ukhuwah jgn sesekali diputuskan..

Unknown berkata...

Bukan kebetulan bro, mmg negara kita ni negara demokrasi...ikut warisan penjajah dulu...

Kancil 8349 berkata...

sokong tu cikgu...

Unknown berkata...

kalo bab politik ni mmg kureng gemor..tp sebagai warganegara malaysia harus jalankan tggjwb mengundi tu..

JR berkata...

Di negara2 maju seperti Amerika, UK, Perancis, German, Australia, Jepun dan Korea serta negara jiran Thailand, Filipina dan Indonesia rakyat dapat membuat perbandingan parti mana lebih baik kerana mereka selalu menukar-nukar pemerintah. Parti mana yang baik akan diberi peluang memerintah negara selama 2 penggal, jika penggal ke-2 nampak parti itu tak baik mereka akan tukar kerajaan kepada parti yang satu lagi dalam penggal ke-3.

Tapi itu cerita di negara maju yg org2 nya dah maju...mungkin tak sesuai utk kita....

Hermanbagus berkata...

informasi yang bagus nih cik gu

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum.

Kalau diizinkanNYA..kita satu Malaysia akan melalui skali lagi pilihanraya. Dan ini, bakal menjadi pengalaman pertama saya dalam mengundi ^_^

Bagi saya, walaupun negara kita bersifat demokrasi, kebebasan bersuara itu tak patut disalahguna. Semua berhak bersuara, tapi biarlah bijak dalam setiap patah kata.

Unknown berkata...

ok..terima komen anda, semuanya positive..undilah kerana 1 undi akan merai kemenangan pada yang calon pemimpin. Jalankan undi yg bersih..

THE AUTHOR berkata...

Yg penting apa yg kita nak...
Kita sebagai rakyat Makaysia wajib mengundi...itu hak kita..

Tapi pening lihat senario politik Malaysia sekarang ni..

dya nasir berkata...

dya mmg xberapa suka politik

Unknown berkata...

tahniah..

Mrs Velentine berkata...

MV first time mengundi...nda tak suka politik sebab banyak sgt kutukl mengutuk