Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 5 Ogos 2014

Mudah Dan Cepat Masak Pasti Nak Lagi

Nampak sedap dan enak kelihatannya hidangan yang dalam gambar. Baru sebenarnya di masak oleh anak perempuan etuza. Agaknya dia mengambil peluang untuk memasak dan menikmati juadah ini, kerana menurutnya dia terbaca resepi ini di internet hari ini. Bila melihat warna asli masakan ini saya teruja hendak menikamtinya ternyata lemak dan sedap dengan rasa manis yang sederhana. 

Resepi ini ialah BUBUR LEMAK MAKARONI.
Kalau nak cuba ini bahan-bahannya:-
1. Makaroni ( setengah plastik )
2. Santan Paket
3. Gula sedikit
4. Ubi manis ( pilih yang warna yang anda suka-warna ubi menentukan warna bubur makaroni ini, jika kuning kuninglah warna dan sebaliknya)
5. Sedikit sagu biji.
6. Satu tin susu cair.

Cara - cara nak masak:-
1. Panaskan air dalam kuali, masukkan makaroni  dan sagu biji masak hingga lembut.
2. Masukkan gula,susu cair, ubi manis yang telah dihiris nipis.
3. Masukkan santan paket gaul hingga masak gaul hingga masak.

Selamat mencuba, ceriakan hari-hari anda dengan memasak untuk seisi keluarga.

Hakcipta @ Etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

8 Pesona Kata Hati Mereka:

LYAfrina berkata...

Menarik ni
Xpernah lg dgr resepi bubur lemak makaroni

Unknown berkata...

resipi mudah rasanya tu Lya..hehehe

Kamsiah yusoff berkata...

tak pernah lagi macaroni dibuat bubur...:)

Cik Nor berkata...

mudah & sedap..:)

Unknown berkata...

Bubur makaroni? Wahh..benda baru pada saya ni..nampak sedapp...^_^

Unknown berkata...

hehehe ada yg rasa pelik..tapi betul jadi buburlah pula...yg peting halal dan asli..makanan kita orang2 Islam.Baikot makanan israil..hehehe

Bunda_nora berkata...

Bubur macaroni yer...nampak macam ais krim ...kalu sejuk kat petiais pun tentu lagi sedap kan..

Unknown berkata...

ya itu lah namanya Bunda..hehehe lebih sedap kot jika dimasukkan ke aisbok.boleh try ya