Nampak sedap dan enak kelihatannya
hidangan yang dalam gambar. Baru sebenarnya di masak oleh anak perempuan etuza.
Agaknya dia mengambil peluang untuk memasak dan menikmati juadah ini, kerana
menurutnya dia terbaca resepi ini di internet hari ini. Bila melihat warna asli
masakan ini saya teruja hendak menikamtinya ternyata lemak dan sedap dengan
rasa manis yang sederhana.
Resepi ini ialah BUBUR LEMAK MAKARONI.
Kalau nak cuba ini bahan-bahannya:-
1. Makaroni ( setengah plastik )
2. Santan Paket
3. Gula sedikit
4. Ubi manis ( pilih yang warna yang anda
suka-warna ubi menentukan warna bubur makaroni ini, jika kuning kuninglah warna dan sebaliknya)
5. Sedikit sagu biji.
6. Satu tin susu cair.
Cara - cara nak masak:-
1. Panaskan air dalam kuali, masukkan
makaroni dan sagu biji masak hingga lembut.
2. Masukkan gula,susu cair, ubi manis yang
telah dihiris nipis.
3. Masukkan santan paket gaul hingga
masak gaul hingga masak.
Selamat mencuba, ceriakan hari-hari anda
dengan memasak untuk seisi keluarga.
Hakcipta @
Etuza
8 Pesona Kata Hati Mereka:
Menarik ni
Xpernah lg dgr resepi bubur lemak makaroni
resipi mudah rasanya tu Lya..hehehe
tak pernah lagi macaroni dibuat bubur...:)
mudah & sedap..:)
Bubur makaroni? Wahh..benda baru pada saya ni..nampak sedapp...^_^
hehehe ada yg rasa pelik..tapi betul jadi buburlah pula...yg peting halal dan asli..makanan kita orang2 Islam.Baikot makanan israil..hehehe
Bubur macaroni yer...nampak macam ais krim ...kalu sejuk kat petiais pun tentu lagi sedap kan..
ya itu lah namanya Bunda..hehehe lebih sedap kot jika dimasukkan ke aisbok.boleh try ya
Catat Ulasan