Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 6 Ogos 2014

Beri Yang Baik, Bertegur Sapa Amalan Yang Baik

Etuza kembali berblog, kembali beraksi dialam maya. Berbicara dengan awan menyatakan yang baik-baik kepada sesiapa sahaja.

Kehadiran semula beraksi seiring dengan masa senada dengan blogger lain harus disyukuri.
Etuza harap blogger yang kenal dengan etuza, tidak baikot saya seperti dah ramai yang membaikot berbagai produk yang diharamkan mahupun yang menyokong Zionis.
Bertegursapa lah kita sesama blogger. Setidak-tidaknya kita merasa ada harga dan nilai blog kita semua. Tapi bertindak menyepi diri...itu hak masing-masing.Kepada yang sudi sila lah kita bertegur sapa.

 Memiliki sebuah blog rasanya BEST. Kita ada paparan perkongsian kepada ramai orang asalkan kita berinfo dengan cara sederhana dan berhemah.
Blog saya biasa sahaja, tak banyak yang menarik tetapi boleh lah menceriakan anda, memberi anda sesuatu yang baru pastinya blog etuza ada kelainan sendiri. Selamat berblog....kata yang elok-elok saja,
bagilah komen membina dan memberi motivasi. Elakkan kutuk mengutuk kerana dalam berblog akan berlaku kertersinggungan ..jadinya nanti ada yang tak memaafkan. Jauhi sikap buruk sangka. InshaAllah aman dan damai, dunia mu berseri.
Hakcipta@etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka:

Umialya berkata...

idok le akak tergamak boikot blog yang penuh berinfomasi ini.. cuma silent reader cuma, tiba2 rasa segan nak lontar pendapat, hi3..

salam aidilfitri buat EE sekeluarga..

Unknown berkata...

terima kasih ya Umi alya..bertegur sapa lah kita..komen mana2 apa saja yg baik2