Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 7 April 2013

Persediaan Pengelidahan & Pembersihan Bloglists

 Nampaknya saya kena bersihkan Bloglist yang terdapat dalam blog Pesona ini. Sebagaimana blogger lain rasanya amalan membersihkan bloglist harus saya lakukan juga.  Kepada pemilik blog yang sudah mencapai setahun, ada yg 11 bulan, 6 bulan atau 5 bulan tidak updated blog dengan sebarang entry baru harap dapat membuat update blog walaupun mungkin ringkas atau sekadar gambar untuk menghidupakn semula blog anda. Kerana jika tidak saya akan mengelidah dan membersihkan bloglists dalam blog Pesona walaupun rasanya amat berat hati hendak membuka blog tersebut. Mungkin dengan adanya pembersihan bloglists yang tidak aktif akan mempu mengurangkan berat blog Pesona. Insha Allah.

Apabila blog begitu lama tidak diupdatekan, kita yang selalu melihat dan menunggu kehadiran entry baru mereka akan merasa tertanya dan inginkan jawapan yang pasti. Blog kalau begitu lama tiada entry baru kemungkinan yang dapat kita jangkakan secara positif ialah :-

1. Pemilik blog tersebut terlupa pasword untuk log in blog
2. Pemilik blog sudah tidak berminat membuat catatan di blog.
3. Pemilik blog tiada laluan internet ( tiada Bband)
4. Pemilik blog itu lebih suka membaca entry2 blog orang lain.
5. Tidak berminat untuk mengaktifkan blog, tetapi merasa 
sayang entry2 mereka yang terdahulu maka blog tidak dihapuskan.
6. Pemilik blog kesuntukan masa dan sukar online
7. Pemilik blog itu memilih jalan berdiam diri itu lebih 
selesa baginya.
8. Pemilik blog sudah tidak berminat untuk berblog.

Sebagai persediaan, agar tidak berlaku keterkejutan maka saya membuat entry sebegini, namun jika punyai masa dan kelapangan esok saya akan drop komen dahulu di bloglists yang tidak aktif itu untuk memohon maaf dan berterima kasih kerana blog mereka pernah menjadi bloglist blog Pesona sejak 2009 hingga April 2013. Masa yng cukup lama saya kira.
@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

8 Pesona Kata Hati Mereka:

Umialya berkata...

nmpak gayanya kena update selalu

Bin Muhammad berkata...

Salam,
Rasanya pembersihan bloglist perlu kerana blog yg terlalu lama tidak update menjadi tanda tanya statusnya. Selain pengurangan juga dpt merengankan blog utk loading.
Tindakan cikgu membuat komen pd blog yg ingin dikeluarkan juga amat baik dan wajar.

Kalau rasa list terlalu byk, cikgu boleh buat bloglist di Page, tidaklah halaman blog terlalu berat dan penuh (spt dlm blog saya) Jadi, boleh listkan sebanyak mana yg cikgu mahu dan mudah utk blogwaking, maka xperlulah dikeluarkan blog yg tidak ber update tu. Sekadar cadangan :)

ewanthology berkata...

saya hampir setiap hari update :-)

Mrs Velentine berkata...

saya setiap hari update

9n0L4 berkata...

lately, saye pun kesuntukan mase utk update entry cekgu. byk keje skolah. :)

Bunda_nora berkata...

betul juga tindakan cek gu tu..untuk meringankan blog..

Nurul Says berkata...

tiada mood kali diorang cigu

Unknown berkata...

he3...remy waktu tukar header hari tu..terus hapdet bloglist...mana yg tak xtive..... remy kuarkan.....