Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 25 Mac 2013

Apakah Dokumentasi Anda Selepas Membaca!

info gambar ( buku-buku cerita baru yang etuza pamerkan selepas direkod)
Entry kali ini khusus kepada masyarakat pelajar di mana - mana sahaja berada dan sepcial kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar di sekolah menengah. Rasanya kepada yang membaca entry saya kali ini rasanya dia bertuah kerana akan mendapat ilmu atau tambahan pengalaman selepas membaca entry ringkas ini..

Amalan membaca adalah amalan yang terbaik, budaya membaca dikalangan masyarakat di Malaysia amat-amat di harapkan. Pernah saya membaca satu artikal bahawa penduduk Malaysia peratusan masyarakat yang gemar membaca adalah sangat rendah. Tahniah lah kepada individu di Malaysia di mana berada yang memang rajin membaca.

Biasanya kita membaca kerana apa? Pasti untuk mendapatkan berita, info dan ilmu pengetahuan menerusi pembacaan tersebut. Namun kalau kita sekadar membaca dan kita tidak dokumentasikan maka pembacaan kita itu dengan sendirinya tiada kualiti atau sekadar untuk diri sendiri. Bagaimana cara dokumentasikan pembacaan kita selepas kita membaca pada sudut pandang etuza. Pada etuza selepas membaca amalkan dan budayakan beberap tips berikut:-
* Selepas membaca catatkan ke rekod buku NILAM 
( ni jika awak tu pelajar )
* Berceritalah dengan kawan mengenai apa
yang awak baca, kongsikan tarikh, nama dan tempat
berlakunya peristiwa menarik yang awak baca kepada
anak-anak, kawan atau teman sepejabat.
* Buat entry sebagai ulasan atau imbasan kembali
pada pembacaan anda di buku dairy atau di dalam BLOG anda.
* Kerat atau potong artikal dan jadikan buku skrap
susun sekeratif awak dan jadikan koleksi tambahan
yang memberi manfaat kepada orang lain..
* Buat catatan ringkas ke buku nota mengenai
nama, tarikh,tempat dan masa pada artikal tersebut.
Ini berguna sebagai mengukuhkan pengetahuan anda
dan jika ada temuduga banyak info awak tahu.

Ha inilah cara kita dokumentasikan pembacaan kita bukan kita perapkan
ilmu yang kita baca dalam diri kita, seolah-olah
kita tidak tahu apa-apa peristiwa di dunia luar
walhal kita banyak membaca .

Harap entry saya dapat membantu .
@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

9 Pesona Kata Hati Mereka:

Farah Waheda Wahid berkata...

perkongsian yang berguna ni cikgu... ^_^

Cik Nor berkata...

nice sharing..

Tanpa Nama berkata...

Salam Etuza,

Kak Ani bab membaca ni sehingga pencen ni pun resah kalau tak dapat membaca. Habit membaca dah tersemai dari sekolah lagi.

Kamsiah yusoff berkata...

anak2 suka membaca jika biasa melihat ibubapa amalkan budaya membaca..

Unknown berkata...

betul tu cegu
nice sharing
sy klo majalah terus update kat blog
nnti info tu melekat
sebagai bahan entry jugak
berkongsi ilmu bermanfaat ngn rakan blogger lain

tringat ms skolah dulu..sy pernah dpt anugerah pelajar nilam..hikhik..

JR berkata...

Mengapa ayat pertama yg diturunkan Allah ialah "iqrak" (baca)? Ia kerana Allah mahu umatNya selalu membaca.....

Unknown berkata...

kena pupuk semangat membaca dari kanak2 lagi...... kaedah yg menarik dpt membantu.....

Unknown berkata...

cikgu mmg slalu ingtkan psl membaca ni kan.. bgs cikgu...deqla sndiri suka membaca.. =)

Arina Shamsul berkata...

tips yang baik :) sangat sesuai untuk dijadikan panduan :)