Alhamdulillah hi ta'aala...
gambar terbaru mereka di Mesir.
Etuza masih ingat ada teman maya bertanyakan apa khabar anak etuza yang kini berada di negara Mesir ( negara para ambia ). Alhamdulillah dia sihat-sihat saja di sana, bersama teman2 serumah dan sekuliahnya. Negara Mesir katanya ketika ini :-
- Musim sejuk sedang berlaku pada tahap 9 darjah celcius katanya. Jadi pergi kuliahpun pakai kot, siang, tengahari juga sejuk sangat katanya. ( boleh lah merasa musim sejuk walaupun tak ada salji seperti di Korea katanya sambil ketawa petang tadi ~ sembang di hphone )
- Dan ketika ini sedang berlangsung pilihanraya di Negara Mesir. Kerana itu minggu hadapan katanya mereka akan bercuti lagi untuk memberi laluan piliharaya ini dilangsungkan.
- Terdapat insiden rusuhan ( tunjuk perasaan ) di kawasan tempat tinggal mereka pada minggu yang lalu, tetapi tidak lama dan dalam keadaan terkawal. ( kecut perut dengar cerita dia )
- Pelajar perubatan & pergigian sedang menduduki peperiksaan pertengahan semester bagi semester pertama. Dan katanya esok masih ada paper yang akan diduduki, ( mohon mak ayah doakan saya katanya ). Sesungguhnya tiap detik waktu kami mendoakan anak kami dan kawan2 dia.
- Terdapat rusuhan di Kaherah atas ketidakpuasan terhadap perlembangaan palsu yang disebarkan oleh pihak yang menyamar.
- Oleh kerana kesan cuaca musim sejuk, katanya kalau waktu siang di Mesir agak pendek / singkat masanya tetapi waktu malam agak dirasakan panjang / lama. ( bayangkan kalau siang agak singkat tu rasanya kalau berpuasa mudah dan tenang ja rasanya ~tu pendapat saya ja.
- Cubaan terakhir mengelirukan masyarakat dengan sebaran perlembagaan yang palsu di beberapa Masjid dan beberapa kumpulan yang menyamar sebagai Ikhwan dan kumpulan Islam melaungkan laungan-laungan kasar yang menyebabkan kemarahan masyarakat.( ini saya petik di FB ~ Pilihanraya Mesir )
Untukmu anak
Kami doakan kesejahteraanmu di sana
Kami mohon pada Dia yang Rahman & Rahim
Agar tiap detik waktumu di sana..
Dibaluti dengan kegembiraan dan
Ketabahan untuk terus mendaki...
Disamping mengharap keredhan dan kerahmatanNya.
Hingga apabila saatnya..
Kembalimu penuh sarat dengan
Ilmu dunia dan akhirat..
@hakcipta etuza
16 Pesona Kata Hati Mereka:
semoga die berjaya :)
Nice Info cik gu :)
salam kenal cik gu :) follow ya :)
harap keadaan di sana tenang tenang sahaja
Ameen...!
Alhamdulilllah, puteri cikgu dalam keadaan sihat dan baik2 di sana..
Alhamdulillah semuanya baik saja yek.. M doakan puteri etuza berjaya dlm exam dan dilindungi Allah swt
Semoga anak Etuza selamat dan berjaya dlm pengajian... di UK pulak menurut anak saya salji dah mula turun sikit2... suhu hingga negatif satu... samalah siang pendek mlm panjang... maghrib pukul 4 ptg.
semoga anak cikgu sentiasa sukses dan semua urusannya disana dipermudahkan amin..
Salam.. Mudah2an anakandamu bahagia dan membahagiakan ibu-bapanya jua... Ameeen.
sejuk perot ibu mengandung.. sejuk hati cikgu kan tgk ank berjaya mcm ni...alhamdulillah, dia sihat kat sana.. :)
teringat kat cendol. die pun di sane juge. ;)
alhadulillah moga anak cikgu berjaya disana
semoga puteri etuza berjaya disana..
alhamdulillah..semoga puteri cikgu dlam keadaan baik2 saja
semoga puteri etuza berada dalam keadan yang baik..semoga dia lulus dengan cemerlang n success=)amin
semoga dipermudahkan urusan mereka di tempat orang ..
Catat Ulasan