Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 17 Disember 2012

Test Kek Mocha Kukus Mudah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aku tengok kadang2 dia boring 
lalu membaca segala buku, novel
di dalam almari kakaknya yang ditinggalkan.
Lepas tu ada sekali aku tengok dia asyik
membaca buku resipi yang aku beli..
Hari ini jam 10.00 pagi, aku baru
balik dari rumah di kampung Ulu.
Sekali lagi aku tengok dia membaca buku resepi.
Lepas tu aku duduk menghadap komputer
terjah blog ke blog kawan-kawan maya.
Sesekali ada pertanyaan...
Ikut sukatan ke memasak ni ayah!
Ni lah azie ( nama singkatan ) nak try lah masak ni.
Nampak mudah ja, dan azie cek
semua bahan ada di dapur.
Mahu cuba lah buat..boring tak ada nak buat.

Ada juga campur tangan, sementara ibunya 
ke rumah ipar di kampung Laut.
na nilah yang dia boring sangat sampai
teringin nak makan kek Mocha kukus.
Saya bagilah tips2 nak masak kena macam ni
itu ini, potong macam ni...
Akhirnya jadilah satu kek Mocha Kukus Mudah
yang dimasak oleh azie...anak etuza yang ke 3.

ha ni lah Kek Mocha Kukus Mudah tu...

bahan2 yang mudah didapati
1 ketul mentega
setengah cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan susu cair
1 sudu makan nescafe
setengah cawan susu manis

2 biji telur
1 sudu teh esen vanila

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
setengah sudu teh soda bikarbonat.
mudahkan senang ja sukatan2 tu
esok2 trylah buat.
Cara2
gaul2 kan semua hingga sebati
kukus tau bukan kukus guna oven,
kukus biasa guna air dalam belanga,
hiaskan dengan krim dan tabur buah-buahan 
koktel ( sebaiknya potong2 kecik2 dulu)
selamat mencuba.

 Dalam resipi memang ada diletakkan krim
dan buah-buahan koktel
memang sedaplah...sederhana manis pula tu
tu yang 2,3 ketul makan tadi..hehehe..


baju lengan hijau tulah anak etuza yg  ke 3
sangat bersyukur dah mulai minat memasak
seperti kakaknya juga ..


@hakcipta etuza




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

31 Pesona Kata Hati Mereka: