Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 17 Disember 2012

Test Kek Mocha Kukus Mudah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aku tengok kadang2 dia boring 
lalu membaca segala buku, novel
di dalam almari kakaknya yang ditinggalkan.
Lepas tu ada sekali aku tengok dia asyik
membaca buku resipi yang aku beli..
Hari ini jam 10.00 pagi, aku baru
balik dari rumah di kampung Ulu.
Sekali lagi aku tengok dia membaca buku resepi.
Lepas tu aku duduk menghadap komputer
terjah blog ke blog kawan-kawan maya.
Sesekali ada pertanyaan...
Ikut sukatan ke memasak ni ayah!
Ni lah azie ( nama singkatan ) nak try lah masak ni.
Nampak mudah ja, dan azie cek
semua bahan ada di dapur.
Mahu cuba lah buat..boring tak ada nak buat.

Ada juga campur tangan, sementara ibunya 
ke rumah ipar di kampung Laut.
na nilah yang dia boring sangat sampai
teringin nak makan kek Mocha kukus.
Saya bagilah tips2 nak masak kena macam ni
itu ini, potong macam ni...
Akhirnya jadilah satu kek Mocha Kukus Mudah
yang dimasak oleh azie...anak etuza yang ke 3.

ha ni lah Kek Mocha Kukus Mudah tu...

bahan2 yang mudah didapati
1 ketul mentega
setengah cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan susu cair
1 sudu makan nescafe
setengah cawan susu manis

2 biji telur
1 sudu teh esen vanila

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
setengah sudu teh soda bikarbonat.
mudahkan senang ja sukatan2 tu
esok2 trylah buat.
Cara2
gaul2 kan semua hingga sebati
kukus tau bukan kukus guna oven,
kukus biasa guna air dalam belanga,
hiaskan dengan krim dan tabur buah-buahan 
koktel ( sebaiknya potong2 kecik2 dulu)
selamat mencuba.

 Dalam resipi memang ada diletakkan krim
dan buah-buahan koktel
memang sedaplah...sederhana manis pula tu
tu yang 2,3 ketul makan tadi..hehehe..


baju lengan hijau tulah anak etuza yg  ke 3
sangat bersyukur dah mulai minat memasak
seperti kakaknya juga ..


@hakcipta etuza




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

31 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

sedap tau ada rasa aroma buah2an...lepas tu memang aku bagi azie kridet..senyum lebar dia...

are_lin@yu berkata...

sedapnya..kasilah cikit..hehe

hazwan hairy berkata...

pergh sedpnya..terliur sat ni...

deq's qienz berkata...

sedapnya.. nak sikit

kinara kinatara berkata...

wah...menarik..mesti sedap kan..antarlah kina sket:)

Farah Waheda Wahid berkata...

looks yummylicious-lah etuza... cket boleh? ^-^

Si Matatajam berkata...

Ditambah ngan buah2an mesti lagi sedap..
p/s: sejuk mata M tengok wajah lembut anak cikgu Etuza...

Dkna Abza berkata...

dkna malas masakkk...tapi rajin makan heheee

RIZZNA berkata...

Sedapnye..smpi ke sìni bau harumnya

Miss N™ berkata...

wahh..macam menarikk...
nanti bole cuba nanti...:)

Unknown berkata...

bgsnye ank cikgu minat masak... contoh yg baik cikgu bagi pada anak2... cantik ank cikgu..manis.. :)

p/s : cuba check senarai byrn kat blog deqla..berkenaan tempahan baju. :)

dya nasir berkata...

sedapnya..ada buah-buahan lgi

Hermanbagus berkata...

wih sedap ya cik gu :)

Liyana Anuar berkata...

nampak cam sedap..comel anak cikgu~ :)

Cikrosecute berkata...

sedapnya....Nanti jangan lupa beri pasword gan log masuk ya...

sweetie berkata...

Alhamdulillah! Dah boleh diharap... Patut disuburkan lagi minatnya tu Etuza...

Unknown berkata...

wah cantik lah anak etuza, dah lah cantik , pandai memasak pulka tuh. ihihi

fieda berkata...

ermm..nmpk sedap..

JR berkata...

Emmm..sedap nampak, boleh pos sepiring ke rumah JR?..hehehehe..

Mrs Velentine berkata...

alhamdulillah...bertuah ada anak mcm ni..pandai pula belajar masak ni..comel MV tengok dia..

Tanpa Nama berkata...

Thanks for finally talking about > "Test Kek Mocha Kukus Mudah" < Liked it!
Feel free to surf my blog - work at home Jobs online

Nyue berkata...

tertarik menarik tgk kek ni...sedapnya...

Chic Na berkata...

untung cikgu anak perempuan semua rajin2.

Kamsiah yusoff berkata...

wahhh..airtangan anak dara manis rupanya...

Nurul Says berkata...

siuknya cikguuuu..dpt anak2 rajin memasak..

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum.

Wah wah.. siap bubuh buah2an koktel atas kek, memang menawan la kek buatan anak uncle! hehehe ^_^

#Bila masa uncle ubah rupa blog,hehehe. Nampak lebih kemas dan lebih ringan berbanding sblmnya.. tahniah uncle ^_^

Unknown berkata...

sedap nampak...makan confirm sedap nie...

boni kacak berkata...

ada bakat jadi seorang chef terkenal tu.hehe

Kak Mahh berkata...

Suka sangat kek ini.

9n0L4 berkata...

wahhhhh. pandai buat kek. dh boleh bagi kawen ni cekgu. hehe.

dieyna berkata...

sedapnya hehe pos sikit hehe