Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 31 Disember 2012

Jejak - Jejak Langkah & Warna - Warna 2012



 Lastly Entry 2012 ( bersamaan 31hb Dis 2012- Isnin )




Rasa sedih mengenangkan 2012 akan berlabu tiranya petang ini, sebaik terbenam mentari diufuk timur. 2013 akan menjelang memulaikan tirainya hinggalah ke 31hb Dis 2013 nanti. ( Semoga dirahmati hingga ke tarikh itu)


Setiap kita ada detik waktu atau peristiwa terbesar yang kita lalui disepanjang 2012. Manis, pahit dan rasa kehidupan yang lain kita telah alami di era 2012. Etuza di sini hendak lakarkan beberapa peritiwa penting sepanjang 2012 dalam kehidupan etuza dan family. Rasanya 2012 adalah tahun terbaik dan cemerlang utuk etuza hayati. Kerana itu suka hendak kongsikan setidak-tidaknya menjadi memory indah dalam wall Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan. Antaranya yang sukar dilupakan ialah:-
  1. Menjejakkan kaki di KLIA, Kuala Lumpur, Puterajaya, Menara Petronas Berkembar ( sept 2012)
  2. First time menaiki pesawat Kapal Terbang Mas ( sept 2012 )
  3. Anak sulung mendapat tawaran ke Universiti Al- Azhar Mesir ( sept 2012 )
  4. Menginap di hotel ZARA, antara hotel terkemuka di Sabah ( sept 2012 )
  5. Menjejakkan kaki di Bandar Lahad Datu Sabah ( Dis 2012)
  6. Mendaki tangga dan ke puncak Menara Kayangan di Lahad Datu, Sabah ( Dis 2012)
  7. First time menyaksikan 9 pasangan bernikah di Masjid Besar Bandar  Lahad Datu, Sabah ( Dis 2012 )
  8. First Time masuk restoran Pizza Hut di Keningau( permis baru ), kata orang mahal, so mahallah kaki ke sana, tapi nak juga so minggu lalu tertunai niat, ok juga service dan juadah ( Dis 2012 )
  9. First time guna Skype vedio cal dengan anak di Mesir ( Sept 2012 )
  10. Solat Jumaat di Masjid Puterajaya ( Sept 2012 )
  11. Pertama kali jumpa sesama blogger ( All abaout love ) blog milik  Warfi dan Suzy, jumpa mereka di Ranau Sabah ( Dis 2012)
  12. Anak di tahun 1 2012 dinobatkan Cemerlang Akademik keseluruhan murid tahap 1 2012 ( Nov 2012 )
  13. Pokok manggis depan rumah kali pertama berbuah dan buahnya fresh dan telah kami makan ( Dis 2012 )
  14. Majlis hari lahir 4 anak lelaki dimeterai ( Dis 2012 ) 
  15. Dinobatkan meja paling ceria di sekolah tempat kerja ( Mac 2012 )
  16. Menjejakkan kaki ke Bandar Sandakan Sabah ( April  2012 )
  17. Anak lelaki ke 3 peserta Sukan Hoki wakil ke peringkat Negeri Sabah ( April 2012 )
  18. Anak ke 2 perempuan mencapai 5A PMR ( Dis 2012 )
  19. Anak lelaki pertama belajar memandu dan sedang menjalani ujian pemanduan berhemah ( Dis 2012 )
  20. First time buka akaun HCBC untuk anak ( Sept 2012 )
  21. Kelas terbaik keseluruhan tahap 1 2012 yang dicapai oleh isteri etuza ( Mac 2012 )
  22. Membeli komputer LCD 24 inci ( Dis 2012 )
  23. Masuk pertama kali ke Tabung Haji di Labuan ( Mei 2012 )
  24. Menginap di hotel Dynasti  Tang Kota Kinabalu, Sabah ( July 2012 )
  25. Membeli burung sepasang jantan & betina ( burung tekukur ) Mei 2012.Masih ada hingga sekarang.
  26. Menjadi pengendali Majlis Bintang Kecil anjuran Unit Bahasa KadazanDusun peringkat daerah Keningau ( Nov 2012 )
  27. Membeli kamera canon ( Nov 2012 )
  28. Singgah makan tengahari di Telupid Sabah ( Dis 2012 )
  29. Masuk ke Jalan menunju ke Air  Terjun Sungai Mahua, tapi tak sampai ke air terjun tersebut  kerana cuaca mendung. So patah balik ke Keningau. ( Dis 2012 )
  30. Pergi bercuti di Karambunai Resort Kota Kinabalu, Sabah ( Ogos 2012 )
  31. Pergi makan tengahari di Sungai Biru Resort Ranau Sabah ( Okt 2012 )
  32. Pencapaian terbaik berblog juga 2012 ( agak tinggi traffic )
Setakat tu ja yang boleh di kongsikan. Tolong aku, be positif~ bukan riak.
( 10.16 minit pagi ~ rest.On9 semula selepas semua kerja2 selesai )

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

26 Pesona Kata Hati Mereka:

Farah Waheda Wahid berkata...

selamat tahun baru cikgu...moga tahun baru ini kita semua dilimpahi Rahmat, dilindungi Allah, diberi kejayaaan, diberi kesihatan tubuh badan dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat... In Shaa Allah... ^_^ semoga hidup kita semua lebih baik di tahun 2013

Nurul Says berkata...

banyaknya achievement cikgtu T___T memberikan inspirasi kepada kami

Unknown berkata...

anugerah dari Allah tu Aima.alhamdulillah...

NoEn berkata...

alhamdulillah....
selamat tahun baru untuk cikgu dan keluarga
mudah mudahan tahun 2013 akan lebih baik dan bermakna drpd tahun sebelumnya

Kamsiah yusoff berkata...

semoga kita menjadi insan yg lbh baik dari semalam...

ewanthology berkata...

moga tahun 2013 makin naik trafik nya

Hermanbagus berkata...

selamat tahun baru cik gu :)

Arluva berkata...

selamat tahun abru :)

Arluva berkata...

selamat tahun baru :)

Nyue berkata...

banyaknya kegembiraan yg dapat diungkapkan..hehhehe...selamat tahun abru cikgu :)

are_lin@yu berkata...

banyak kenangan cikgu kan...esok dah tahun baru.hehe

JR berkata...

Selamat tahun baru 2013, cikgu. Ada org kata 2013 penuh kejutan, tapi tak pasti siapa yg akan terkejut, harap2 kita tak terkejut apa2, nanti kena heart attack. Ini kerana ada yg kata 13 itu angka yg bagi org putih angka tak bernasib baik. 2013 juga tahun ular yg bagi masyarakat Cina ada yg percaya akan ditimpa malang..spt dipatuk ular.

Tapi kita org Islam jgn mempercayai tahyul mahyul tu. Masa depan di tangan Tuhan bukan di tangan angka...

Mrs Velentine berkata...

No.11 mmg satu pengalaman yg x dpt dilupakan

Miss N™ berkata...

alhamdulillah..byk dah tercapai..
nur kena postpon tahun depan laa..huhuhu

deq's qienz berkata...

slamat tahun baru cikgu :)

Pn Kartini berkata...

MOga 2013 menjanjikan yang TERBAIK buat ckg Etuza sekeluarga..Amin

dieyna berkata...

banyaknya pencapaian.. kalau buat markah skt ni.. hampir 100% tercapai ni.. hehe gurau je cikgu.. Tahniah untuk pencapaian cemerlang anak-anak cikgu... Semoga kebahagian berkekalan hingga ke akhirat... Insya Allah..

Si Matatajam berkata...

Hepi new Year cikgu...banyaknya pencapaian dalam thn 2012 yek..hope 2013 lagi menyerlah..hepi blogging Cikgu..

THE AUTHOR berkata...

Datang sini nak mengucapkan Selamat Tahun baru 2013....semoga persahabatan kita kekal berkekalan

Abang Karu berkata...

byk juga kenangan yg menarik sepanjang tahun 2012 dlm diary cekgu nih :)

boni kacak berkata...

banyak kenangan manis tercipta pada tahun 2012.. saya doakan agar tahun 2013 akan lebih banyak kemanisan, kebahagiaan dan kejayaan akan menemui cikgu..amin... selamat tahun baru :)

Liyana Anuar berkata...

banyak tu..hehe :)

selamat tahun baru cikgu~ :)

Abu Miftah berkata...

tahniah untuk semuanya. tahniah anak sulung akhirnya dpt yg lebih bererti dgn ke al-azhar. afif pun sy tengok ada nama d SMKA Keningau - semoga mereka pula jd pelopor kecemerlangan demi kecemerlngan

Unknown berkata...

terima kasih ustaz abu miftah

kinara kinatara berkata...

wah..banyaknya pencapaian cikgu ya..:)


moga lebih lagi yang di capai untuk tahun ini..:)

9n0L4 berkata...

mesti sume ni jadi kenangan buat cekgu sekeluarga. :)