skip to main |
skip to sidebar
ziekaetuza ( klik )Sudah bermula hari ini titik permulaan tahun 2013, bermakna selangkah lagi usia kita bertambah, maknanya kehidupan sepatutnya semakin matang dan ekoran dari kematangan itu maka kita seharusnya kini lebih rasional dalam aspek pemikiran. Setidak-tidaknya kita tahu menilai sesuatu perkara yang buruk dan sesuatu yang baik. Pemikiran lebih rasional dari kita
sendiri amat penting demi meneruskan kelangsungan hidup kita di era 2013. SELAMAT MENJALANI DAN MENCATAT DAIRI KEHIDUPAN 2013, LAKUKAN LAH
YANG TERBAIK.
Ayuhlah contohi dairi hidup Rasulullah SAW, dialahsebaik- baik ikutan, dialah penghulu segala nabi dan nabi akhir zaman. Hakikatnya kita tidak mampu mengikut jejaknya dan menyulam dairi kehidupan dia sesempurna amalan Rasulullah, tetapi tunaikanlah semampu dan seikhlas nurani kita dalam melayarkan dairi kehidupan 2013 secara berterusan mengamalkan sunnah nabi yang mudah kita lakukan tetapi kita meremehkannya hanya kerana kesibukan menjalani kehidupan masa kini.
Siapa lagi yang boleh dijadikan contoh sekiranya bukan Rasulullah SAW. Dialah manusia terbaik yang mampu mengolah kehidupan sementara menjadi lebih bermakna.Nabi pernah berkata " yang paling cerdas dan mulia di antara umatku adalah mereka yang banyak mengingati mati, lalu mempersiapkan hidup sesudah mati." Jelas di sini kata-katanya ini merujuk kepada dairi kehidupan kita sehari-hari, baiknya amalan kita maka baiklah hidup di akhirat dan sebaliknya buruk amalan kita maka buruklah kehidupan di akhirat. Wallahualam.
Lakukanlah teruskanlah permantapkanalah pertambahkanlah zahirkanlah dan laksanakanlah amalan-amalan yang baik demi mengisi dairi kehidupan yang bermula hari ini dengan menjaga 5 perkara :-
- Dirikanlah solatmu dengan teratur dan tidak putus waktu
- Carilah rezeki dengan cara halal dengan titik peluhmu sendiri
- Bersedekahlah pada semampu seikhlasmu di jalan yang benar
- Berpegang teguh pada kalimah Allah dan amalkan sunnah nabi
- Pertahankan kebenaran dan menolak kebathilan
@hakcipta etuza
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini
20 Pesona Kata Hati Mereka:
moga tahun ini diri kita menjadi lebih baik dari sebelum nya. selamat tahun baru cekgu :)
semoga tahun baru membuka lembaran baru untuk terus memantapkan jati diri dalam menempuh hidup didunia dan diakhirat....
slmt thn baru cikgu..nice sharing permulaan thn baru
assalam, selamat tahun baru cik gu..
selamat tahun baru cikgu.. dengan harapan baru. :)
peringatan yg baik sekali ..
selamat tahum baru utk etuza
cikgu...ramai yg berazam ..mematuhi azam sekejap ja hehe..
2013 harus bisa lebih baik lagi ya cik gu
Bagi JR, perkara ini yg paling sukar dilaksanakan:
"Pertahankan kebenaran dan menolak kebathilan".
Kadang2 undang2 ciptaan manusia tidak menyebelahi tuntutan agama kita. Bercakap benar masuk penjara...sebab tu ramai yg cuma mendiamkan diri demi keluarga, anak dan istri, tak mau masuk penjara...
salam 2013 :)
slmt tahun bru cikgu..semoga tahun ni lebih dri tahun lepas
oga 2013 membawa kita lebih dekat dengan sang pencipta:)
selamat tahun baru 2013 bro
moga tahun ni lebih sukses sokmo :)
selamat tahun baru...
Semoga tahun baru lebih baik dr tahun sebelumnya
moga tahun ini kita lebih dekat lagi dengan sang pencipta kita..:)
Terima kasoh atas nasihat tu cukgu. InsyaAllah CiM akn buat yg trbaik utk diri sendiri dan keluarga.
Terima kasoh atas nasihat tu cukgu. InsyaAllah CiM akn buat yg trbaik utk diri sendiri dan keluarga.
Selamat 2013
moge tahun ni cekgu lebih sukses dlm kerjaya. :)
Catat Ulasan