Ameng lafazkan nikah 1 sahaja~disahkan
Lepas tu doa, taklik, solat dan bergambar
Pernikahan mereka berwalikan hakim ~ ada sebab tertentu.
Bertempat di Masjid besar Lahad Datu, Sabah ~ 8hb Dis 2012.
Aku tak dapat sebagai saksi kerana anak dipihak perempuan.
Tahniah Ameng & Lane Madai Asinti.
Selamat berbahagia di alam rumahtangga.
Ini antara gambar nikah mereka.
Dulu aku ingat masa nak nikah tu ada debaran dan degupan jantung yang kuat tetapi tersembunyi di lubuk hati. Lafaz nikah itu satu pengesahan dan mengugurkan yang haram antara dua insan yang bukan muhrim. Di sinilah letak penyatuan dua hati, dan sekali lafaz atau dua kali lafaz atau juga tiga kali lafaz jika sah maka sahlah dua insan yang bukan muhirim menjadi muhrim sebagai suami isteri. Terbina lah satu rumahtangga yang bahagia. Aku nak beri nasihat bahawa jangan permainkan taklik anda, kerana kunci kebahagiaan itu juga telah digariskan dalam taklik anda selepas nikah. Antaranya:-
- Jangan sakiti dan pukul isteri atau kasari isteri.
- Beri nafkah zahir batin makan dan minum
- Isteri taat pada suami
- Suami memberi kebahagiaan kepada isteri
- Saling bertolak ansur dan saling memaafkan.
Tahniah kepada Ameng dan Lane.
@hakcipta etuza
13 Pesona Kata Hati Mereka:
Slmt Pengantin Baru buat Ameng & pasangan...Moga dilimpahi keberkatan & bahagia ke anak cucu..Amin..
:)
herm...cemane la nnti fariz dah nak bernikah yer...alahai....rasa macam tak ready..tapi lagi 3-4 tahun konfirm punya nak kahwin....sebab dh kerja (^_^) hehehe
Fariz cepat2 kahwin ya...usia 25, 26 atau 27 ok lah lelaki kahwin...
tahniah ameng :-)
alhamdulillah dah bgelarvsuami istri y sah.tahniah buat mereka.
selamat pengantin baru ameng..semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa
Lama tak dengar pasal Ameng.Peminat setia nih.Congrates Ameng!
moga bahagialah mereka hendaknya ya cikgu Etuza :D
Alhamdulillah...selamat pengantin baru buat mereka..
selamat pengantin baru ameng
Alhamdulillah..selesai sudah... Selamat pengantin baru buat Ameng dan isteri..
selamat pengantin baru dan semoga bahagia :)
Selamat pengantin baru ameng dan isteri. Semoga berbahgia hingga kr akhir hayat
Catat Ulasan