Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 10 Disember 2012

Adakah Yang Nikah Tak Sibuk ?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Keluarga etuza mula bergerak ke rumah Ameng
yang nak nikah 8hb Disember 2012, sebelum tu
jemput tengok .....kesibukan tuan rumah yang 
hendak menikahkan anak. Sibuknya..hingga 
ke larut malam...tak percaya tengok ni...

12

34

56

78

Rasanya ada juga agaknya yang kalau anak nikah, kakak, abang, sepupu, pakcik dan makcik dia nikah, keluarga dia tak SIBUK kan. Ada tu yang nikah tanpa restu ibubapa, ha tulah yang nikah tak sibuk, jumpa berdua ja dengan pasangan ke tok imam minta di nikahkah. Iyalah....bagus juga pasangan tu akan selamat dari maksiat. Tapi yang etuza hadir perkahwinan di Lahad Datu ni sibuk tau, keluarga Ameng benar2 sibuk hingga 3 hari 3 malam. Apa taknya ramainya yang datang membantu sediakan perkahwinan Ameng dan SEPUPU etuza namanya Lane dari Kunak, Sabah. ( asal ibubapa Lane di Tambunan, Sabah) ibubapa Lane dahj tetap di Kunak, Sabah.

ok terus ceritalah ni ...harap tak boring teman2 blog maya tu. Klik gambar tu pun dah share info. Tq.
  1. Rumah orang nak nikah, tengoklah betapa sibuk, kerusi2 juga nak susunkan baru manis memandang pengantin di pelaminan.Sibukkan.
  2. Tengoklah sibuk juga siapkan pelamin yang indah, nampak tak tema putih dan hijau...wow! hebat ni. Lepas ni pasti lebih menarik.
  3. Masih sibuk tau! siapkan pelamin persandingan diorang ni..antara Ameng  dengan Lane.
  4. Yang ini dalam rumah tempat majlis berinai, ni ja sempat ambil, malam berinai sempat jamu selera lepas tu balik ke rumah Pakcik Abdullah di sebelah rumah Ameng.
  5. Bergambar depan rumah Pakcik Abdulah ( pesara guru besar ) Terima kasih kepada Pakcik Abdullah sudi beri penginapan kepada kami selama 2 hari 2 malam di Lahad Datu, Sabah.
  6. Kalau nak kenal ha...ini wajah kakak etuza dan suami dia. Bolehlah mereka ada 6 anak ( 3 L dan 3 P )
  7. Nampak tak masih sibukkan ...yang duduk2 tu adalah anak2 etuza dan anak2 kakak etuza. Happy tengok mereka hari tu sangat ceria. Inilah percutian mereka yang special di Lahad Datu, Sabah.
  8. Alamak 2 pasang lelaki bersanding pula, mujur pelamin masih tak siap. Tapi gambar ni kenangan bapa etuza dengan besan kami bapa Ameng yang berseri berpakaian baju melayu hijau tu.

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

19 Pesona Kata Hati Mereka: