Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 10 Disember 2012

Alhamdulillah Sampai Di Lahad Datu Sabah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Puji dan Syukur ke hadrat Allah, kerana keluarga etuza
sampai di Lahad Datu, Sabah pada 7hb Dis ~ 9hb Dis 2012
Klik gambar nak tengok lagi dekat tau!
Kalau tengok bermakna teman dapat tahu
beberapa situasi panorama alam di Sabah.

12

34

56

Ok terus saja dengar cerita etuza, penat ni baru semalam sampai di Keningau.Terus kepada point-point penting perjalanan ke Lahad Datu.
  1. Gambar 1, itu view depan Kampung Luanti Baru di Daerah Ranau, etuza ambil gambar ni ketika melalui kampung ini menuju ke Lahad Datu, Sabah pada 7hb Disember 2012. Dan di Kampung Luanti Baru, Ranau ini terdapat satu sungai yang di TAGAL serta menarik dengan ikan2 jinak yang datang mengerumuni seolah mengurut seluruh badan kita semasa kita berendam dalam air sungai Tagal Luanti ini. 
  2. Gambar ini ketika rehat perjalanan selama 20 minit di Pekan Telupid. Kami sekeluarga berhenti di sini untuk makan tengahari. Kalau nak tahu sedap juadah di sini, pelbagai lauk pauk, sesak tau. Ramainya yang makan di sini. Maklumlah dah jam 12.00 tengahhari, bertolak jam 7.30 pagi.
  3. Ha tu beberapa anak buah, anak kakak etuza, sempat pose selepas menjamu selera. Nampak tak suasana tu....
  4. 5 anak etuza dan 5 anak kakak etuza tu, ha ini di Kampung Binuang Lahad Datu, kami dah sampai sebenarnya di tempat di tuju, rumah saudara kami di Lahad Datu, ada perkahwinan  nanti pada 8hb Disember 2012 di Masjid besar Lahad Datu, kata mereka.
  5. Lelaki tersenyum berbaju t hijau tulah namanya Azmil tapi terkenal dengan gelaran Ameng di kampung ni, dialah yang jemput kami di bandar Lahad Datu, dan di rumah Pakcik Abdullah nanti kami menginap untuk 2 hari 2 malam.
  6. Ha nampak tak etuza,inilah depan rumah pakcik Abdullah tempat kami menginap di Lahad Datu, dalam gambar ini ada ayah, mak, kakak dan wife etuza serta pakcik Abdullah dan isterinya. Pakcik Abdullah ni ada 2 isteri, isteri keduanya di Daerah Keningau, Sabah.
Untuk perkongsian pengalaman percutian family etuza seterusnya teruskan bersama etuza di blog Pesona ini, pasti ada sesuatu yang menarik untuk diketahui. Salam 1 blogger dan terima kasih kerana setia bersama Pesona.

@hakcipta etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

12 Pesona Kata Hati Mereka:

ANIM berkata...

belum pernah jejak sabah,insya-Allah.. satu hari, jika diizinkan Allah

Mrs Velentine berkata...

majlis kahwin tue 8.11.2012???cikgu salah taip kah??apapun mmg meriah..sya nda pernah smpi LD lagi...tp luanti tue mmg banyak kali sdh pegi

Unknown berkata...

alamak yalah MV salah date pula...moaaf dan terima kasih betulkan ya..

Unknown berkata...

Assalamualaikum... seru sekali kalau saya lihat foto-fotonya :)
dan ingin sekali berlibur mengunjungi Malaysia...

Follback dari saya sukses, silahkan cek di #874, terima kasih... salam ukhuwah...

Reena Sidek berkata...

teringin nak jejak ke sabah... insya allah moga ada rezeki nanti...

Nong Andy berkata...

cikgu.. kecik betul la gambar... kena tgk dgn kanta ni hehehehe

Unknown berkata...

cikgu,paling last aku p lahad datu 2009 dulu.hehh..

Chic Na berkata...

seronoknya bercuti ramai2 dgn family..

Si Matatajam berkata...

M x penah smp sana lg.. Mmg teringin nk ke Sabah & sarawak..

Hermanbagus berkata...

wah ingin kesana

Unknown berkata...

besnye dapat pergi bercuti dengan keluarga :)

dieyna berkata...

Seronok makan makan tu cikgu.. best tak menunya..