Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 6 Disember 2012

Putus Talian Line Interent Tidak Apa, Tapi!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

   Salam sejahtera semua yang tersinggah melihat paparan maya Pesona Etuza hari ini. Semoga kita semua beroleh keberkatan dan rahmat dariNya. Pagi khamis yang ceria ini semoga melambangkan bahawa kita akan terus ceria dan bahagia.

Nak Tanya apa perasaan jika bekalan air di rumah kita tiba-tiba tidak ada. Setitis air di mulut air paip pun tidak ada? Apa anda buat, apa yang pertama kali anda hendak buat. Air sebut pasal air, unsur ini sungguh menjadi keperulan utama setiap kita yang bergelar manusia, malah kepada semua makhlukNya. Adakah manusia yang boleh hidup tanpa air? Kita berpuasa hanya disiang hari, tiba berbuka dan bersahur air dahulu disentap teguk hingga puas menghilangkan dahaga. Orang gila juga akan mencari air lalu meminum air yang entah bersih atau tidak, selain itu kita pernah juga menonton watak peminta sedekah menadah tangan meminta air minuman kepada orang yang lalu lalang dekat dengannya sambil berkata "air,air,air". Sungguh kasihan.

Putus talian line internet,mungkin terminated kerana tak sempat bayar sewa lalauan tidak apa, tidak memudaratkan kesihatan sesiapapun, tidak mengundang high blood!. Biasa kita tenang esok lusa tulat kita bereskan pembayaran line internet. Tetapi banyangkan jika tiada air di rumah. Macam-macam rasa kita alamai. Dan paling ketara kebingungan adalah para suami, kerana si isteri akan membebel,melalak ( something ada yang macam itu ) merungut kerana apa sahaja aktiviti  di dapur tidak akan sempurna akibat ketiadaan air. 

Aku kalau tidak ada air, aku bingung inilah kelemahan lelaki ini. Kerana bayangkan sahaja kalau:-
  1. Nak ke tandas bagaimana?
  2. Nak basuh kain kotor, pinggan mangkuk segalanya bagimana?
  3. Nak cuci tangan kotor bagaimana?
  4. Nak cuci kain macamana?
  5. Nak masak, nasi, air, sayur mayur, lauk, kuih macamanakan!
  6. Ambil air wuduk juga bagaimana?
  7. Bagi minum makan tetamu yang datang bagaimana?
  8. Anak buah buang air besar bagaimana?
  9. Binatang peliharaan, kucing, ayam , burung dan ikan-ikan dalam kolam bagaimana?
  10. Nak cuci muka, berus gigi juga tidak dapat!.( semuanya susah,susah & payah)
Bayangkan semua ini, memang bingung hingga tahap kritikal. Aku sebenarnya selalu alami keadaan 10 perkara di atas. Dengan sedihnya aku melangkah menyiasat talian paip air punca air ( mata air ) dari kaki bukit, melihat apa yang terjadi. Astagfirullah!!! putus, terfikir sejenak siapa yang putuskan? air di tangki utama kosong hingga ke lantai. Apakan daya inilah realiti hidup di kampung salah satu masalah air terputus adalah kerana ada orang lain di kampung yang tidak berapa peka keadaan bahawa memutuskan air paip air ke rumah jiran adalah sangat berdosa.( Biasanya aku bersangka baik~ mungkin tekanan air paip menyebabkan putus) Sukar untuk dimengertikan, tetapi biarlah hal kecil kita jangan perbesarkan. Tiada bukti kita menuduh sesiapa.

Aku kembalikan semangatku dengan berdoa kepadaNya agar orang-orang yang macam itu berubahlah, sedarlah dan memohon ampunlah pada Allah, kerana sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan penerima taubat. Sedang aku memang macam ini " sudah memaafkan, walaupun engkau tidak datang memohon maaf".

@hakcipta 
etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

29 Pesona Kata Hati Mereka: