skip to main |
skip to sidebar
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam sejahtera semua yang tersinggah melihat paparan maya Pesona Etuza hari ini. Semoga kita semua beroleh keberkatan dan rahmat dariNya. Pagi khamis yang ceria ini semoga melambangkan bahawa kita akan terus ceria dan bahagia.
Nak Tanya apa perasaan jika bekalan air di rumah kita tiba-tiba tidak ada. Setitis air di mulut air paip pun tidak ada? Apa anda buat, apa yang pertama kali anda hendak buat. Air sebut pasal air, unsur ini sungguh menjadi keperulan utama setiap kita yang bergelar manusia, malah kepada semua makhlukNya. Adakah manusia yang boleh hidup tanpa air? Kita berpuasa hanya disiang hari, tiba berbuka dan bersahur air dahulu disentap teguk hingga puas menghilangkan dahaga. Orang gila juga akan mencari air lalu meminum air yang entah bersih atau tidak, selain itu kita pernah juga menonton watak peminta sedekah menadah tangan meminta air minuman kepada orang yang lalu lalang dekat dengannya sambil berkata "air,air,air". Sungguh kasihan.
Putus talian line internet,mungkin terminated kerana tak sempat bayar sewa lalauan tidak apa, tidak memudaratkan kesihatan sesiapapun, tidak mengundang high blood!. Biasa kita tenang esok lusa tulat kita bereskan pembayaran line internet. Tetapi banyangkan jika tiada air di rumah. Macam-macam rasa kita alamai. Dan paling ketara kebingungan adalah para suami, kerana si isteri akan membebel,melalak ( something ada yang macam itu ) merungut kerana apa sahaja aktiviti di dapur tidak akan sempurna akibat ketiadaan air.
Aku kalau tidak ada air, aku bingung inilah kelemahan lelaki ini. Kerana bayangkan sahaja kalau:-
- Nak ke tandas bagaimana?
- Nak basuh kain kotor, pinggan mangkuk segalanya bagimana?
- Nak cuci tangan kotor bagaimana?
- Nak cuci kain macamana?
- Nak masak, nasi, air, sayur mayur, lauk, kuih macamanakan!
- Ambil air wuduk juga bagaimana?
- Bagi minum makan tetamu yang datang bagaimana?
- Anak buah buang air besar bagaimana?
- Binatang peliharaan, kucing, ayam , burung dan ikan-ikan dalam kolam bagaimana?
- Nak cuci muka, berus gigi juga tidak dapat!.( semuanya susah,susah & payah)
Bayangkan semua ini, memang bingung hingga tahap kritikal. Aku sebenarnya selalu alami keadaan 10 perkara di atas. Dengan sedihnya aku melangkah menyiasat talian paip air punca air ( mata air ) dari kaki bukit, melihat apa yang terjadi. Astagfirullah!!! putus, terfikir sejenak siapa yang putuskan? air di tangki utama kosong hingga ke lantai. Apakan daya inilah realiti hidup di kampung salah satu masalah air terputus adalah kerana ada orang lain di kampung yang tidak berapa peka keadaan bahawa memutuskan air paip air ke rumah jiran adalah sangat berdosa.( Biasanya aku bersangka baik~ mungkin tekanan air paip menyebabkan putus) Sukar untuk dimengertikan, tetapi biarlah hal kecil kita jangan perbesarkan. Tiada bukti kita menuduh sesiapa.
Aku kembalikan semangatku dengan berdoa kepadaNya agar orang-orang yang macam itu berubahlah, sedarlah dan memohon ampunlah pada Allah, kerana sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan penerima taubat. Sedang aku memang macam ini " sudah memaafkan, walaupun engkau tidak datang memohon maaf".
@hakcipta
etuza.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini
29 Pesona Kata Hati Mereka:
Air memang keperluan asas no 1
sgt susa kalo xdak air kan..smua bnda xleh buat..sb tuh org dulu² bgantung gan sungai biarpon eletrik xdak..kan cikgu kan??
Assalamualaikum...
kunjungan perdana di blog cantik ini, artikel yang sangat bagus sekali, :)
salam kenal dari saya di Bumi Indonesia :D
org kata baik xde elektrik dr ke api..hehehhehe..ayat nenek nyue ni :)))
betul tue..xda elektrik ok lagi..tapi nda ada air..andu bah.biking binggung..kalau ada sungai ok..
baru ptg kelmarin tiada bekalan air...dari tgh hari sampai ke malam baru ada...
nasib baik kolah dalam bilik tu penuh terisi...air yg dah siap ditapis pun penuh bekasnya...
tp bg saya,lbh baik putus bekalan air dari terputus bekalan letrik hehe...
sbb jika terdesak sgt takde air,...masih boleh blk kg atau ke rumah ipar duai...
biar tak ada elektrik, makanan lagi..jangan tidak ada air.. air penting untuk kita...
susah sgt2 kalau xada airkan
rela putus elektrik dr putus air. huhu..
memang kalu tak de air banyak benda tak leh buat....
stuju dengan pekara diatas..:)
air adalah keperluan utama dunia...:)
bukan saje keperluan biasa juga untuk beribadat..:)
terima kasih semua, masing2 menegakkan pendirian..inilah keadaan keluarga etuza 3 hari yang lalu...lastly baru dapat air, paip air masuk angin sebab punca tanggi air kosong, putus. dah penuh baru air ada talian air tu...
boleh mati kutu kalo umah xde air.. haishh... nk tertutt pun kena tahan2.. seksa sgt tau cikgu...hihi...
Informasi yang bagus cik gu :) selamat malam dan salam sukses dari Hermanbagus
klu xda air mmg susah jgk tu..xda intrnet xpa lg..hehe
betul, klau elektrik xde x pe tp klau air, mmg rs nk mengamuk, semua keje x jd....
Teringat krisis air di KL lebih 10 tahun dulu, kira2 2 minggu rumah tak ada air, memang sesuatu yg sangat memeritkan....
betul kata cikgu air sangat penting.kalau tiada air huru hara jadinya.hehe
cikgu baju lelaki tu rasanya lebih baik saya buang saja lukisan lelaki itu kan?.lagi baik kosong kan cikgu :)
nampak lebih kemas dan macho..hahaha.
apa pendapat cikgu? hehehe.
air kalu xder mmg susah..letrik oklg kalu xder pun hehe
air kalu xder mmg susah..letrik oklg kalu xder pun hehe
Mcm tadi elektrik takda so kompem la line tenet kat umah M x da tapi still rasa ok..tapi kalau Air yg takda, memang KO la jawabnya.. Terus balik umah my mak,,
dah pernah rasa Cikgu..biar xde letrik 3 hari xpe dr xde air satu hari..sggh menyiksa kan..
penting tu air...macam bahaya hidup kita kalau ndak ada air...
orang kata tak makan seminggu boleh hidup lagi..tapi kalo tak minum air 2 hari je boleh maut..betapa pentingnya air tu.
mmg teruk kalau xde air..air an asas num 1
air keperluan utama cikgu... baik tiada elektrik daripada tiada air.. huhu
Dulu melaka 3 bulan tak der air...memang tahu kepayahannya...
xde air..semau benda x jadi kan.. manusia sendiri pon nk hdup perlukan air..xde makanan xpe..jgn xde air
terima kasih drop komen..etuza sekeluarga baru balik dari Lahad Datu semalam 9hb Nov 2012
betul tu cikgu kalau di bg pilihan air dan elektrik..air lah saya pilih
Catat Ulasan