Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 11 Disember 2012

Ameng Sekali Lafaz Nikah

         Ameng lafazkan nikah 1 sahaja~disahkan
Lepas tu doa, taklik, solat dan bergambar
Pernikahan mereka berwalikan hakim ~ ada sebab tertentu.
Bertempat di Masjid besar Lahad Datu, Sabah ~ 8hb Dis 2012.
Aku tak dapat sebagai saksi kerana anak dipihak perempuan.
Tahniah Ameng & Lane Madai Asinti.
Selamat berbahagia di alam rumahtangga.
Ini antara gambar nikah mereka.




      Dulu aku ingat masa nak nikah tu ada debaran dan degupan jantung yang kuat tetapi tersembunyi di lubuk hati. Lafaz nikah itu satu pengesahan dan mengugurkan yang haram antara dua insan yang bukan muhrim. Di sinilah letak penyatuan dua hati, dan sekali lafaz atau dua kali lafaz atau juga tiga kali lafaz jika sah maka sahlah dua insan yang bukan muhirim menjadi muhrim sebagai suami isteri. Terbina lah satu rumahtangga yang bahagia. Aku nak beri nasihat bahawa jangan permainkan taklik anda, kerana kunci kebahagiaan  itu juga telah digariskan dalam taklik anda selepas nikah. Antaranya:-
  1. Jangan sakiti dan pukul isteri atau kasari isteri.
  2. Beri nafkah zahir batin makan dan minum
  3. Isteri taat pada suami
  4. Suami memberi kebahagiaan kepada isteri
  5. Saling bertolak ansur dan saling memaafkan.
Tahniah kepada Ameng dan Lane. 


@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

13 Pesona Kata Hati Mereka: