Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 11 Disember 2012

Drop Komen Tersekat & Tak Menjadi...

       Sesiapa saja ada blog, aku tengok ada ruang FOLLOW tau!, ada ruang KOMEN sakan tau!, ada SHOUT BOX lagi tau!, kadang2 ada BANNER berkelip2 lagi tau!. Issk!! itu kan kraetif mereka, banyak blog maya yang aku tengok nampak benar2 cantik hingga kadang2 aku akan kata "WOW!". Ehhe..tak seperti blog aku ni " PESONA ETUZA WARNA-WARNA KEHIDUPAN". Kononlah pesona, sebatang pesona pun tak adalah dalam blog aku ni.

Adui! penat tau, ialah macam katak melompat-lompat, mana tak nya asyik ke blog dan ke blog kawan2 maya. Barulah dapat hidupkan Jendela Maya ( jaringan internet~ guna blog ). Ialah mana ada yang suruh aku melompat-lompat macam katak, aku dera diri sendiri lah. So dalam melompat-lompat tu ada juga aku follow dan dia follow juga blog aku, lepas tu aku drop komen...tujuan nak kenal dia maka aku nak tinggalkan jejak perkenalan, sekurang-kurang tuan rumah blog tahu tahu aku dah coroboh cara terhormat masuk MEMBACA entry di blog dia, ala takkan korang yang ada blog tak suka jika ada orang luar membaca senyap entry2 anda, suka kan!!.Tapi alamak  &  Mak oiiii! komen aku TERSEKAT tau. Tak boleh publish lagi. Ini disebab kan ada benda ni..tengok, tengok betul2 ya...

 
tak jelas lah apa nombor ni...reCAPTCHA challenge image
dulu aku kena tegur pasal benda ni di blog aku, giliran aku pula menegur ..harap faham .
Ini lah benda yang menyekat drop komen aku ke blog awak. Faham tak!...susah kan ada benda ni. Aku rasa ramai dah buat teguran ni, aku rasalah bersalah pada blogger yang aku nak sangat komen entrynya tapi aduh ! tersekat. Sila lah buka pengesahan tu ya.
Klik ni untuk buka pengesahan tu, klik no pada ruang yang dinyatakan. Ingat tu!...ada blog tutorial blog untuk buka benda-benda ni tau!.

http://tutorialuntukblog.blogspot.com/ ( klik ni..)
http://www.mialiana.com/ ( klik ni ...)
http://www.lyssasecret.com/ ( klik ni ..)

pilihlah mana2 tutorial yang anda suka & cepat faham.
Selamat mencuba dan belajar ...
Belajar sepanjang hayat itu baik tau!

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

33 Pesona Kata Hati Mereka: