Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 25 November 2012

Disebalik Tabir


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ya Allah.. hanya Engkau yang tahu apa
disebalik tabir Bumi Palestin.


Rasa terpanggil, rasa ingin bersuara, rasa ingin menyatakan, rasa ingin berjuang, rasa ingin datang berlari sendiri melihat realiti bumi Palestin yang di BOM bertalu2 oleh rejim ziones ( pengganas )...dan akhirnya hanya ada DOA membisik diangin lalu dan yakin benar bahawa ada Dia yakni Allah mendengar DOA itu. " Ya Allah selamatkan Bumi Palestin, selamatkan Bumi  Islam  ini, selamatkanlah ya Allah" . Amin ya rabbala alamin.

Aku lihat, begitu banyak persada blog maya mempersembahkan bagaimana deritanya rakyat Gaza di Palestin, sungguh ngeri melihat bergelimpangan mayat-mayat terbujur kaku, beku dan disimbah darah pekat manusia. Sedang kita dibuai lena bahagia berkehidupan di Malaysia ( Syukran~alhamdulillah) kurnia ini. Tampak sungguh mereka amat2 derita, ketakutan dan kehilangan arah kehidupan sebenar. Mereka hanya mampu mengharap RahmatNya, KasihNya dan HikmahNya agar mereka tetap diberi jalan penyelesaian dari terus diburu dan dijajah.

pedih! hati melihat luka dibadan yang ditikam yang terkena bedil peluru tak bermata. Kemudian melihat bangunan bersepah runtuh dan berhamburan asap membelah angkasa. Sungguh inilah kehidupan di Gaza? Inikah janjiNya pada hambaNya di Palestin? Sebenarnya bukan ini...Allah lebih tahu tiap-tiap apa yang berlaku.Disebalik kejadian itu Dia yakni Allah yang lebih tahu. 

Inilah kanca permainan manusia yang sungguh tidak sempurna. Pada kata lain para pemimpin yang dayus, pemimpin yang gila kuasa dan gila harta Dunia. Mereka sanggup menjual maruah negaranya, sanggup melihat rakyat lain diBumi sendiri dijajah, dikongkong oleh kuasa2 asing yang hendak merampas negara sendiri. " Bila wang kekayaan dan penting diri menguasai...semut api di jalanan tidak akan nampak, padahal jutaan semut2 itu memohon simpati, memohon agar negara jangan dijual...sayang sekali" " Apakah disebalik tabir keadaan Gaza ~ Palestin sedemikian rupa"

Atau memang inilah bukti kerakuasan pengganas laknatullah, sehingga tidak ada hati perut. Keganasan untuk merampas kehidupan rakyat Palestin lalu membunuh mentah2 rakyat Palestin. Marilah persembahkan doa kirimkan ke palestin " selamatkan Bumi Palestin3x" Engkau lah ya Allah yang maha tahu disebalik tabir peperangan di Palestine"

doaku untukmu 
Palestin~etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

18 Pesona Kata Hati Mereka:

Miss N™ berkata...

Ameen..Ameen..Amen..
moga ALLAH dengar setiap doa yang kita panjatkan..

dieyna berkata...

Alhamdulillah.. senjata telah diturunkan.. mereka sudah aman...

Unknown berkata...

MMG MEMILUKAN HATI BILA TENGOK GMBR2 APA YG TJADI DI GAZA..ITULAH,HANYA MAMPU MENITIPKAN DOA BUAT MEREKA

محمد رازيق berkata...

ayuh kita doakan mereka. moga mereka beroleh kemenangan

Hermanbagus berkata...

selamat malam cik gu

Chic Na berkata...

sama2 berdoa utk mereka. :)

ewanthology berkata...

harap2 kita semua sentiasa istiqomah mendoakan kebebasan Palestin

JR berkata...

Jika mengikut sejarah Gaza, pejuang Hamas yg memerintah Gaza bukan saja tak disukai oleh Israel tapi juga jiran2 Islamnya. Malah bila Hamas di bawah pimpinan Ismail Hamiyeh yg berjuang atas nama Islam memenangi pilihanraya Palestin, dunia termasuk Malaysia yg juga negara Islam tak mengiktiraf kemenangan Hamas. Dunia yg dipimpin Amerika mengiktiraf parti yg kalah (PLO) dan sampai sekarang pemimpin yg kalah itu - Mahmud Abbas dari PLO - masih menjadi presiden Palestin.

Si Matatajam berkata...

Semoga Allah sentiasa melindungi mereka disana

dariilhamkehati berkata...

insyallah , kemenangan milik Islam , amin :)

Mrs Velentine berkata...

Semoga Gaza terus dilindungi..

Kamsiah yusoff berkata...

apa daya kita,melainkan berdoa,solat hajat...sedangkan Israel dilindungi kuasa besar-AS...

Nyue berkata...

sedih nyue baca...

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum ..
saya membalas kunjungan awak daripada blogger Triple S. salam perkenalan.
saya suka warna hijau kat blog awak ni :)

Cikrosecute berkata...

Ameen2....Inshaa Allah...ada mukjizat dari Allah...

Deq's Qienz berkata...

sedih bila mgenangkan bumi palestin nih kan??tapi apa kan daya kite..hanya mampu berdoa semuga sgalanya beansur gan baik.. amin. smg Allah pelihara keadaan umat Islam di Sana.

kinara kinatara berkata...

amin-amin ya rabb:)

Solehah Shamsuddin berkata...

kita hanya mmpu berdoa utk mereka,nk tolong pn xterdaya.cme mmpu hulurkan bantuan dari segi kewangan sje yg mmpu